Sunday, May 20, 2012

Jenjalan

Baru selesai kemas baju dan esok nak gi jenjalan. Lalala...

Cun

Kelmarin saya beli selai baju dari voir. Ada sale kat situ kan. So dapat la magazine dia. So tadi dok selak2... Cantik la... Rasa mcm semua cantik2 kot. Tapi tu la... Dah sengkek ni kan... Duduk diam2 sudehhhh... Sedey

So kasut dan baju ni antara yang saya bekenan giler bila pandang. Adoiyai... Magazine macam ni kalau baca mmg tak jemu kan kekeke...

Yang kasut tu khaki military inspired heels RM99.90 ... Yang satu lagi jersey cardigan with singlet soda RM119

Kot korang kenan sila pegi cari vior berdekatan hekkk

Sekian dimaklumkan

Friday, May 18, 2012

Ehem

Saje nak eksen jewwwwww.... hew hew hew
Itu beg baru kitew tau

Sukeeeeeee giler...

Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Thursday, May 17, 2012

Cinta dari Anak

Semalam saya balik dari kerja dan en.Badang menjemput saya macam biasa dan saya ternampak kad hari ibu ni untuk saya. Holloh3... sumpah terharu. Tapi saya ternampak je saya tak pegang pun. En.Badang kata tunggu dulu sebab anak-anak nak buat kejutan kat saya hehehe. Somel kan macam tu. So saya terpaksa la terkejut nanti HAHAHA

Semalam jugak kebetulan en.Badang jemput saya dulu then baru jemput budak. Biasanya jemput budak dulu baru amik mamanya. So semalam kitorang gi amik bebudak kat rumah kakmas. Nisa dan anoi masuk je kereta terus buat kejutan kat saya. Rasa bergenang air mata ni.

Selamat hari ibu mama.... kata nisa dengan anoi. Pastu berebut2 nak cium pipi saya. Pastu dua2 eksen kad siapa kaler yang lawa. Cemas saya nak cakap siapa punya lagi cantik. Dua2 pun saya puji. hehehehe.

Ini hasil tangan anoi (3 tahun pada bulan 6 ni)

Ini hasil tangan nisa (5 tahun)

Alesha tetap dalam hati mama.

Nak sayang ibu, bukan kena tunggu hari ibu je kannn. Hari2 pun kena sayang.

::LOVE::


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Friday, May 11, 2012

Makan sampai lebam


Hari tu balik cheras. Saya telah mengeksen dekat Abah yang satey tulang dekat senawang sedak (read: sedap) giler. Memang takleh cari kat tempat lain kecuali kat Negeri Sembilan. Amacam best tak negeri sembilan? Meh semua pakat beli rumah kat sini meh. jadi jiran kakjeng (read: kakjem ckp ganu). Macam-macam dah ada wooo kat sini. Bangga mek jadi orang seremban okeh.

Lepas saya eksen-eksen tu lepas tu menabur janji manis kat abah kata nak bawak balik. Lepas tu saya senyap seribu bahasa hehehe. Tensen abah menanti satey tulang.

Pastu hari tu saya balik cheras tangan kosong je. lalu Abah tanya... "mana satey tulangnya" eh lupeww HAHAHA. Terus bagi alasan dia bukak malam je bah, tak sempat andak nak beli HAHA. Bergeliga kepala hotak kau kakjeng. Memang boleh buat batu cincin HAHAHA.

Eh Abah baca la .... tompang lalu abah hehe :p

So lepas tu saya pun plan la nak beli bawak cheras. tetiba mak plak lepak rumah kaklang sebab rumah cheras tengah cat. Abis tu canne plak ni. Kalau mak kat cheras semua cerita jadi senang la sebab mak dengan abah kat tempat yang sama.

Plan punya plan, ok semua family berkumpul kat shah alam je. Lepas saya habis keje terus uteh jemput saya terus merempit ke shah alam. Kematu vontot ahkak okey. Kebas2 muka kena angin. Kemain jauh rasanya. Dah la uteh bawak laju. Aiyoooo.

memula saya tanya dorang. Sebab nak bajet nak beli berapa cucuk satey. Pastu akak cakap sorang nak makan 10 cucuks. Giler eh HAHAHA. Andak yang paling kuat mentekedarah kat rumah tu pun boleh makan sampai 3 cucuk je korang nak makan 10. Gilerrrr HAHA. Pastu dorang kurangkan jadi 5 cucuk sorang. Saya tak yakin betul dorang boleh habiskan. Tapi belasah aje la kan. Makan aje la sampai lebam.

Tu dia. 120 cucuk satey tulang





Dia bukan macam satey biasa kecik cotek sampai boleh makan 30 cucuk sekali gus (ini kes maklang spender ni HAHA). Ini satey tulang okeh. Besar kot. Besar dan letih nak ngalihkan tulang-tulang.

Kaklang dah makan 2 cucuk. pastu masih igt daging lembu HAHA. Poyo. Terang2 tulang ayam kat situ. Cemana dia boleh rasa lembu haaaaaaa... Hilang deria rasa ke apa poms tu HAHA

kaklang masak sambal goreng dengan telur dadar. Kemain bertambah kitorang semua makan. tu je pun dah rasa sedakkk sangat dah. Lepas dah makan 3 kali tambah. Mengelupur kakjeng buat sit up. Rasa bersalah terhadap perut la tewwwwwww




gambar2 adelah ehsan kaklang. nak suruh saya snap gambar memang taklah. sibuk nak berebut kerusi dengan abangcik adelah. HAHA. sengal lelaki gemuks tu suka kacau orang.




Kitorang lepas makan elok je diam2 tengok tv. masing2 cakap sikit2 je. Tapi padahal depan mata ni leka berwasap antara satu sama lain HAHA. Giler punya adik beradik kan. Kejap kutuk kakcik dengan kaklang kat wasap. Kejap kenakan akak. Kejap kenakan badang.

Dari jauh nampak bahu je bergerak tahan gelak. Muka suci je kan. Padahal kutuk orang mcm nak terbalik urat saraf bagai. (wasap = whatsapp)




Pelakon utama pada hari itu. Asal letak kepala je dia zzzz. Sebenarnya sian dia penat sangat.

Okeh kesudahan kepada cerita kepada 120 cucuks satey tulang tu??

Separuh pun tak habis okeh. Adoiyainye pun. Tu sape yang nak makan sampai 10 cucuk tu? Meh kakjeng sekeh2 sikit pale dia tu. haip haip. geram ni HAHAHA.

Dan malam itu saya tido kat rumah kaklang sambil tengok running man.

Sekian.



Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Monday, May 07, 2012

Apakah cerita Perodua anda?

Adakah cerita Perodua kita sama? Adakah pengalaman Perodua kita sama? Pasti tak sama? Kalau sama maknanya awak en.Badang hehehe. Sebab saya share kereta Perodua saya dengan en.Badang sorang je hehe.

Kenapa pulak kena cerita?

Sebab sekarang Perodua mengadakan satu kempen yang dinamakan sebagai “Apakah cerita Perodua Anda” yang mana semua pengguna Perodua boleh share cerita dan pengalaman personal korang dengan Perodua. Nak bagi cadangan juga adalah sangat di alu-alukan. Cadangan yang relevant dengan perodua  .
Maka korang kena login ke www.peroduastory.com.my dan hantar apa je cerita/ gambar / video / cadangan .
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh jugak terlibat dalam kempen ni dan sangat berbesar hati nak dengar pandangan kita sebagai pengguna tau. Masa ni lah kita kena tonjolkan bakat engineer kita HAHAHA. Yelahkan korang kan hebat bila beli kereta siap modify hebak hebak kan. Apa kata korang terus bagi cadangan macam mana yang korang suka kan.


So kalau korang pakai perodua macam saya. Ataupun dah plan-plan nak pakai Perodua. Boleh la kita share sesama cerita kita. Tak kira la cerita manis ke tak berapa nak manis ke apa-apa lah.

Dengan cara ni lah perodua boleh tahu apa pandangan korang pasal Perodua tu sendiri.

Jadi korang jangan bimbang nak cerita apa je okeh. Pasal tayar ke body ke minyak ke engine ke? Korang balik kampung kereta pastu jem ke apa...  Cerita manis mahupun pahit (awww). Cerita-cerita ini dapat membantu perodua tingkatkan produktiviti di masa hadapan. Tapi nasib saya memang selalu manis dengan Perodua hehe.Orang kata beli kereta ni ikut nasib kan. Orang kata lah. Tapi mana tahu lepas ni takde dah istilah tu. Takde dah istilah ikut nasib tu lagi. Orang akan cakap gerenti ok punya kalau beli Perodua ngeeeee :).

Cara nak share "What's your Perodua Story" ni memula macam saya dah cakap tadi, macam biasa papehal kena masuk link ni dulu: http://www.peroduastory.com.my/

Sejajar dengan philosophy Perodua "Because You Matter Most atau dalam bahasa senang pahamnya "Anda Keutamaan Kami" . Maka korang la keutamaan perodua. Perodua dah buat macam2 inisiatif untuk menjadikan motto Anda Keutamaan Kami tu berjaya. Antaranya Perodua Tweckbot. Apa benda Perodua Tweckbot? Rasanya ini adalah yang pertama dalam Malaysia kot (mungkin jugak pertama dalam dunia) yang bagi servis terbaik semacam ini. Mekanik dia sendiri datang rumah untuk checkkan kereta. Ko tunggu aje kat rumah. Heaven gila ini macam. Paling tak shuke tunggu lama2 kalau servis kereta. Dan yang pasti ini yang pertama di Malaysia dan even 1st in the World yang Perodua Tweckbot bagi perkhidmatan pemeriksaan 15 poin percuma berasaskan TWITTER tau. Korang yang takde akaun twitter tu lebih baik sign up sekarang ok. @ twitter.com/myperodua maka sila follow.

Perodua dalam usaha nak mengeluarkan kereta2 yang berkualiti yang kalau korang beli memang tak kan berasa kesal malah rasa bangga sangat. Maka korang meh la kita share semua cerita.

“Beb ko pakai kereta apa sekarang?”
“Semestinya Perodua, kau hadoo? Hins hins hins :8)” ~ efek hidung kembang HAHA

Macam saya cakap tadi. Apa-apa je yang korang rasa berdasarkan pengalaman sendiri bersama perodua.

Okey.

Gedit!

Klik sekarang http://www.peroduastory.com.my/ dan share cerita sekarang okeh

Kakjemah dengan Perodua. Kakjemah memang serasi dengan Perodua okeh. Meh nak cecite sikit.

Kereta yang pertama saya beli adalah kereta perodua kembara. Kenapa kembara? Sebab dia nampak gagah perkasa, tinggi dan gagah perkasa dan tinggi dan gagah perkasa HAHA ok boleh lempang kakjem sekarang :p Dan yang penting harga dia saya mampu milik masa tu. Yelah saya masa tu kerja merangkap belajar tak habis kat UPM tu. En.Badang pulak kerja terumbang ambing lagi. Tapi gatal nak kawen jugak kan HAHA. So ini la kereta kitorang lepas kawen terus beli.

Saya belajar memandu dulu pun kat UUM, Sintok nun. Belajar bawak kat hiway uols. Manade kereta. Tetiba nak bawak kereta kat KL kan. Memang kena beli kereta tinggi.



Saya ingat lagi pertama kali saya bawak kembara sengsorang tanpa ditemani en.Badang. Saya lupa tutup tingkap dengan turunkan wiper. Patut la saya bukak radio rasa bising semacam. Wiper elok tegak HAHA... Kelakar betul. Sampai2 opis tangan gigil.

Kenangan betul. Tapi kenangan manis kan.

Dengan kembara jugak la saya mengembara ke utara selatan. Elok je plak tu. Seingat saya kembara saya langsung tak pernah buat hal yang teruk2. Takat tayar pancit tu biasalah la kan. Bateri kong lalu engine takleh start. Problem kecik2 atas kecuaian sendiri je la.

Pastu tiap kali orang tengok saya beli kembara mesti orang tanya soalan yang sama
"Minyak macam mana? Kembara kuat makan minyak kan??"

Ntah... Biasa je saya rasa. Saya tak boleh beza dengan kereta lain sebab saya ada kembara je masa tu. Hehehehe... Tapi merujuk kepada Entry lama saya :

tgk...
sabtu isi penuh...
ahad isnin selasa rabu khamis jumaat...
haaa... jumaat nyer minyak... baru abis setakuk tauuuu

kalu mcm ni, sebulan baru isi minyak balik kan... hiks...
Tapi masa tu jarak office dengan rumah cuma 6km je punggg hikhikhik.

Lepas tu disebabkan en.badang acap kali oustation dan bila dia outstation saya pun kena amik cuti sebab takde kereta nak pegi keje hantar bebudak pegi taska. Maka kitorang beli lagi sebijik kereta. Dan semestinya dengan perodua jua. Setia bebenau kan

BatMobile Viva Perodua :)




Banyak jasa viva ni tau. Hari2 berulang alik seremban putrajaya. Kadang sampai ke cameron highland. Kadang sampai ke mana ntah. Sama jugak macam kembara, viva ni pun tak banyak songeh. Tak pernah buat hal.

Mungkin jugak sebab en.Badang pandai jaga kereta. Servis ikut masa. Bawa kereta pun cermat. Mungkin sebab tu hehe.

Lagipun servis perodua murahhhh... sukeeeeeeeeeee...

Itu cerita Perodua saya.

Apa cerita Perodua anda?




Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu

Sunday, May 06, 2012

Bunga Hari Ibu

Anoi demam hari ni

Start malam tadi, badan anoi dah suam-suam macam tu. Asik merengek je. Saya tidurkan anoi kat pangku saya. Anoi macam tido terjaga la. Macam ada benda yang tak kena. Pukul 4pagi anoi terjaga menangis2 lagi. Saya rasa badan dia panas. Terus saya ajak anoi mandi. Anoi agaknya sendiri tak tahan dengan suhu badan dia. Dia bangun dulu dari saya terus pegi bilik air nak mandi. Sedih pulak saya tengok dia. Menggigil2 badan dia, tapi dia still nak mandi. Lepas tu masa saya nak pakaikan baju dia baru saya perasan yang bibir anoi bengkak.

Rupanya gusi dia bengkak la. Alahai gusi bengkak adalah perkara yang paling sakit saya rasa. Sakit dan tak selesa. Sebab gusi saya yang belah dalam ni pun tengah bengkak. Tapi belah dalam takpe lagi kot. Anoi sakit belah depan tu. Adoii... konfem lagi sakit.

Mesti anoi dok menahan sakit dari siang.

Punca gusi dia sakit saya rasa sebab dia makan rambutan pagi tu. Saya tak pasti ada benda melekat kat gigi dia ke apa. Sbb sekarang mmg takleh sentuh langsung bibir dia yang bengkak tu. Terus dia nangis.

So pagi tadi en.Badang dah bawak gi klinik semua. Dan sekarang anoi tengah tido. Alahai siannya anak mama. Kalau esok anoi masih demam lagi terpaksa la mokcik EL. Habis tu nak buat canne lagi kan. Dah la sekarang saya dah rasa makin jauh dengan anak-anak. Dah tu semuanya apaknya yang uruskan. Memang dorang rapat giler dengan en.Badang la.


Semalam, Nisa dengan anoi tetiba mana ntah dia petik2 bunga ni. Sampai2 rumah terus bagi saya:

Mama... ini bunga untuk mama. Selamat hari ibu mama

Pandai amik hati mama nisa dan anoi ni tauuu... Tahu mama suka bunga. :)


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH 


Follow Me @ www.twitter.com/viruspadu
www.facebook.com/viruspadu
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^