Aduh,Tak tergambar perasaan aku, fobia dan trauma masih lagi terasa.
Betul2 tahun baru, tanggal 1 Januari 2007, antara jam 11 hingga 2 petang, rumah aku di seremban dipecah masuk oleh pencuri yang hampeh.
Ceritanya bermula begini,
Bangun pagi, celik ajer mata aku, terus aku ungkapkan "selamat pagi sayang, selamat tahun baru sayang" pada hubby aku sambil tersenyum. Hubby pun tersenyum terus dia kucup dahi aku dan bangun ke tandas. Aku mcm biasalah, terkulat2 lagi, dan buat apa yg patut, lepas tu aku bukak tv, tekan2 remote, erm tgk HBO ajer lah, ahaks.
Lebih kurang jam 9 pagi,
aku borak2 ngan hubby, "hari ni nak wat pe", pastu hubby aku ajak "jom balik cheras, abg nak mintak tolong abang ma betulkan pitching gitar abglah", aku plak buat muka blur " baru semalam balik, hari ni ma letih la sayang, kita betulkan minggu depan ajer leh tak, hari ni kita lepak umah ajer lah, kita g giant beli barang2 dapor ajer", hubby aku ok ajer. Lepas ajer mandi, siap2, mekap2. Aku turun dari tingkat atas, panggil hubby "Abg, ma dah lapar, jom g mkn terus", "jommmmmmmm"... ahaks, dah mcm novel kanak2 plak aku tulis ni kan, boleh lah tuh yer.
Lebih kurang jam 11 tengahari,
dalam kereta, asik bergaduh, nak mkn mana, last2 mkn roti canai 2 keping, yum3, terus g giant, beli barang2 dapor yang patut, habis ajer beli barang, aku ajak hubby beli pencuci silver, sbb teringatkan barang2 silver aku byk yg dah luntur kalernya, kemudian sempat lg aku sambar satu gelang sikver, hehehe, sambil menyelam minum air gitu, then g terminal one, amik seluar hubby aku, hari tu tempah 2 helai, sempat lg sambar keronsang, jalan2 sikit mencari uniform tp takdo plak kodai untuk keperluan ibu mengandung.. oh no mmg frust betul.
Lebih kurang jam 2 tengahari... dan di sinilah bermula detik2 tak manis itu,
Macam biasa, bila kereta aku lalu ajer depan rumah, aku akan perhatikan semua pintu, ok lulus, semua tertutup, aku mmg selalu curiga, sbb kawasan rumah aku ni, mmg pencuri gemar masuk. Then buka pagar, masukkan kereta, buka gril pintu, terus buka pintu, tiba2 "Ma ada alihkan tak sofa tu", aku buat muka blur, aku fikir, takkan angin bertiup kuat sangat sampai sofa boleh beralih, takkan kucing tolak, rumah aku mana ada kucing, aku cuma jawab "takdelah papa, mcm mana ek boleh beralih", blur lg, hubby pun jengokkan kepala ke dalam rumah, nampak pintu stor dah terbukak, "Ma, rumah kita kena masuk pencuri kot", "ish abang ni biar betul", lalu hubby pun terus check grill sliding door, mmg sah dah patah, aduhhhh, masa ini jantung aku dah berdegup laju, hubby nak naik atas, check, aku larang, aku kata " jangan naik sayang, takut pencuri tu ada lg kat atas, terus call polis cepat, kang dia acu pisau ke pistol ke, macam mana nak lawan", terus hubby call polis seremban, aku minta hubby tutup semua gril pintu depan, dan kami tunggu dalam kereta, takut nak masuk rumah, muka aku dah pucat, sbb takut sgt kalau pencuri tu ada lg kat dlm rumah, terasa lama sangat masa berlalu, terasa lambat sgt polis sampai, padahal baru beberapa minit, mulut aku mula terkumatkamit, nak marah apsal lambat sgt smpi, hehehe, biasalahkan orang dah panik.
Selang beberapa kemudian, dengar siren polis, oh ok leganya hati, 3 kereta polis sampai depan rumah, terus polis serbu masuk, hubby aku ikut belakang, dan aku, masih duduk dalam kereta, dengan jantung dugdag dengan lajunya. aku call mak/abah bagitau rumah masuk pencuri. panik jugak dorg.
Bila polis dah pastikan semua selamat, baru aku masuk, tgk2 keliling, dlm hati aku "apa yg dorg curi ni, rumah aku tak apa2 pun" ini baru check tingkat bawah, naik ajer tingkat atas... haaa kauuu... berselerak atas katil, semua almari ternganga, HAAA PADANNN, habisss barang kemas aku, polis pesan jangan usik apa2, sbb unit forensik betul sampai lg, aku aku cuma tgk2 ajer, sempat ambil kamera, ambil gambar, masa ni dalam hati cuma takut takde la perasaan marah ke apa. Aku tgk2 lagi keliling, tgk meja solek, alhamdulilah, selamat satu cincin emas aku. Pagi tadi aku tanggalkan letak kat meja solek, nasib baik pencuri tu x perasan. Cincin tu masih rezeki aku.
Lebih kurang jam 3.30 petang,
Unit forensik pulak datang, dorg amik2 gambar, letak2 serbuk2 cari cap jari, aku tgk dah mcm cerita CSI plak, kagum2, sempat bgtau polis forensik tu, pencuri tu dah kebas 2 kotak air susu aku, siap tinggal aje kotak yg dah tinggal separuh atas meja, hampeh betul la. Bila di tanya apa lg yg hilang, aku jawab "barang kemas ajerla kot", polis tanya lagi "kamera ke laptop ke", haaa masa ni terus berderau darah aku naik ke muka, baru ingat laptop opis aku kene kebas, aduh ni yg malas ni, aku terus call kak samsiah bgtau laptop kene curi... huhuhuh... apalah nasib. Setelah polis siap buat semua prosedur dan balik.
Telifon berbunyi,
Mak kata nak datang, aku kata "OK". lepas tu terus aku ngan hubby kemas2 bilik. Mak aku sampai dalam jam 4 lebih dan balik cheras lepas sembahyang magrib.
Malam, aku tak boleh tido, kerana ketakutan,
Tp akhirnya tertidor jugak, ntah bila aku pun tak tahu... zzzz...
Itu lah kisah, pembuka untuk tahun 2007, penuh tragisss...
Esoknya, terus beli rantai dan mangga yang besar gedabak, ahaks, rantai semua gril yg ada.
Tamat
Mama Alesha Abriza




2 komen[s]:
huh ngerinyaaaaa pencuri masuk rumah..
nasib baik u all takder kat rumah, kalo tidak lagi susah.
sigh!
sabar bebanyak ye zaimah & laloque! alhamdulillah korang berdua selamat...
mmg pembukaan tahun baru yg menyedihkan.
Post a Comment