Follow Viruspadu

Tuesday, July 03, 2007

Selesai sudah hari sambutan itu

Lega sgt hati aku,
sbbnya dah lepas dah seksa aku, hari telekomunikasi peringkat n9 dah pun selesai ahad lepas kat jusco seremban 2. (gambar2 semua dalam kamera... lupa nak bawak hari ni... nnt kita upload sini ek)
biasalah ahad tu macam2 masalah, ini x delah, itu x cukup la, terlupa ini itu... pastu ada lak mangkuk2 yg x guna menyakitkan hati ******** (sendiri edit)********
tp xpelah benda dah lepas... semua dah selesai pun... semalam aku siap mc lg, sbb badan mmg dah flet x hengat dah... siap g urut kaki lg, pasal tumit kaki rasa mcm dah bengkak dah... lg best terserempak ngan en.hakes... en hakes pun g urut gak... hehehe... same2 la... mak buah ngan anak buah kesakitan...

dan pg tadi...
aku kena perli dgn pak gaurd... dan aku mmg dah agak, satu hari nanti pasti akan ada yg perli aku berkenaan perkara ni... nak tahu apa yg dia perli aku x???

p/g: anak sape jaga?
aku: mak...
p/g: ish kau ni, mak kau jaga ko dari kecil, skrg kene jaga anak ko pulak, nanti anak ko suh jaga cucu ko plak, rasakan lah ko masa tu
aku: tu la pasal...

masuk kete terus nangis
tu la papa, dah ckp byk kali dah, jom antar nisa kat nursery, asik tangguh ajer... malu tau kene perli mcm ni... x suke...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

ghimau said... [Reply to Comments]

b***sh***t tu apa yer? :P

...$weE+ 666... said... [Reply to Comments]

alahaiii teruknyer sesuka hati nak memperli org. zaimah jgn nangis. zz tak pernah, sampai ke hari ini, menyesal bagi mak jaga fenriz. sbb keputusan itu bukan dtg dari zz, dtg dari mak sendiri. i'm sure MIL zaimah pun sama kan...

dan bagusnya membiarkan fenriz di bawah jagaan mak ialah zz rasa lebih selamat. compared dihantar ke nursery. zz kenal mak selama 30thn hidup di bumi Allah. mak sayang cucu dia melebihi sayang anak dia sendiri. sedikit calar pun dia pastikan tak tercalit di badan fenriz. apatah lagi nyamuk datang cuba menggigit, mengamuk sakan makan mak mencari shieldtox. maka, kedamaian hati untuk kita tenang di tempat keje adalah satu pengorbanan paling mahal mak buat utk zz.

pedulikkan security guard bodoh tu, patutnya zaimah bahasakan balik dia. sesedap mulut aje nak ckp mcm tu. tak pernah fikir apa yg ada dalam hati kita. kalau kita boleh resign dok umah jaga anak 24-7 surely kita akan buat camtu kan? tapi tuntutan hidup memaksa kita meninggalkan anak dgn mak demi membesarkannya dengan sempurna. tidak mewah, tetapi sempurna.

zaimah, u r not alone. i am here with u... *hugs*

zee said... [Reply to Comments]

yup...saya setuju ngan zz...sekarang ni dah mcm² kejadian berlaku ngan anak² yang dihantar ke nursery..memang la kadangkala kita akan berpk bahawa org akan mengata bila kita antar anak untuk mak jaga tp jika kita bg imbuhan yang setimpal sama mcm kita bg utk nursery (org jaga anak kita) adalah lebih berbaloi..org bukan tahu apa mslh kita...hanya tahu mengata dan terus mengata namun untuk memberi jalan penyelesaian tiada..
Harap zaimah kuat dalam menghadapi dugaan sebagaimana zaimah kuat mengadapi dugaan semasa alesha ada dan tiada...anggap aje apa yang berlaku dan kata² org itu satu semangat untuk diri...

kecik said... [Reply to Comments]

Rase cam tau jek pak guard mane satu tu..mmg mulutnyer takde insuransss.

alycia said... [Reply to Comments]

pn virus, saya pun tak sangka ada mak tiri seteruk itu.... terbayang2 jer muka dia masa kat jusco tu..... ohhhhhh, tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......

Ceera said... [Reply to Comments]

ngehngehngeh... Tula, dula mengata akak2 yang lain, hwahwahwaaaaaaaaaa....

alamak, lepas nie mesti atam pun macam tu kan... oh tidak... tapi mak ciput lonely, dia tak kisah kot... uit, belum masuk minang dah pikir anak... apakah????

andak nie sensetip sangat... cuba la jadi strong cam atam nie, huhu...

Pisces said... [Reply to Comments]

salam kenal..
kalau mak sy nak jaga, sy pun nak bagi mak jaga..
tapi.. kawin pun blom..
hehehhehe...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^