Follow Viruspadu

Friday, November 02, 2007

Sy BOIkot Air GAS

ahaks... lambat ler update hari ni kan
sbb hari ni sy sampai lambat opis
ni baru smpi ni... after lunch baru masuk opis
tu pun mintak tolong en.hakes kiter jemputkan kat umah
tq en.hakes...utang kfc dah byk sgt ngan mamat ni lalalalala

semalam,
sy n en.hakes g wat site visit, mcm biasalah, nak clean server kat telekom cyberjaya tu, nak set ftp bagai... so pastu, kitorg x terus masuk opis, terus, ca alip bot, cabut, balik umah huhuhuh...

baju baru sy, beli semalam


nak dijadikan cerita, kamera sy tertinggal kat opis semalam,
jd terpaksa la amik pict pakai kamera phone gitu
jadikla, drp xde pict kan hehehe

haaa... nak tahu sy masak apa semalam
jeng jeng jeng
ikan kukus


dan
lobak putih (betul ke nama dia) blasah je lah


perut sy sakit2, jd sy x jamah lgsg, laki sy je makan, yg x abis mcm biasa buang, rugi kan... ni yg malas nak masak ni... membazir jer

semalam gak sy hadir 2 open house, pict mcm biasa, yilek, kamera yilek,
umah kak poai n yati, makan, makan, makan
tp sy makan sikit jer, pasal perut ni memulas, gastrik nak sampai ke hape

nak dijadikan cerita, petang tu sy togok ayak gas,
malam tu sakit yang amat, beranak pun x sakit mcm ni... tu dia, gambaran yg sgt sakit kan,
sape yg kene gastrik tahu la sakit mcm mana kan

bila sy fikir2 balik, rerupanya, di sbbkan airgas la sy admitted spital ari tu, dan baru sy perasan, tiap kali minum air gas jer sakit... oooo rerupanya x boleh minum air gas, mana saya tahu...

punya la x tahan menahan sakit,
sy ajak hubby g spital kul 12.++ pagi mcm tu
ramai plak kat emegensi malam td, hampeh tul la,
paling sian nisa ler, kene angkut sekali, seb baik dia lena jer tido

yg best, doktor tu dah cam muka saya, adeh malu dong
"awak ni, byk kali dah dtg, pasal gastrik ni kan"
"yelah doktor, sy salah makan, sy terminum air gas"
"dah tahu gastrik x boleh minum, apsal awak minum"
"mana sy tahu, doktor x cakap pun"

aduh, boleh x nak kelahi ngan doktor mcm tu

lepas dienjet semua, balik umah,
baru reda sakit itu, baru leh tidoooo zzzzz

bgn2 pg, sakit masih ada sikit2, tp masih dpt dikontrol ayu gitu...
memula decided nak EL, tp bila tghari sikit, sakit dah kebah
so, teringat keje kat opis ni ada yg lum siap
terus sy call en.hakes, mintak tolong jemput saya
seb baik en.hakes ni sudi menjemput...

esok sy balik cheras... lalalalala


Mama Alesha dan An-nisa Abriza

4 komen[s]:

shasha said... [Reply to Comments]

oohhhooo..ikan masak stim..yum yum..nampak sedap sangat...
org yg gastrik digalakkan minum susu..itu yg saya penah dengar..tak sure betul ke tidak...so skang kena start berenti minum air gas..saya sejak kecik tak suka minum..hehehe

miss^dbab said... [Reply to Comments]

iye betul..susu utk meneutralkan asid rasanya..ntah..sebab tgk petua hubby kan..dia lagilah..minum nespray lagi instead of fresh milk..mcm kanak2 ribena..nasib tak enfagrow ke..nestle 1 2 3 ke..hehe.
dah..lenkali jgn minum lagi fizzy2 drinks ni tau! :)

norsha said... [Reply to Comments]

must take care of our health ...penting maa..kalu tak ape yg kta ada semua terlepas mcm tuh ajer...semoga shat sokmo:)

ghimau said... [Reply to Comments]

hmm.. bila agaknya gua nak tuntut utang kfc ni yer. hihihi







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^