Follow Viruspadu

Wednesday, December 26, 2007

hilang mood sy pagi2 ni

pagi2 sy sampai ofis, bukak jer pintu bilik, terus nampak surat ni atas meja...
HAMPAGAS sungguh...

hilang mood sy hari ni,

kalu uols terajin baca entry sy sebelum ni yg rumah sy kene masuk pencuri, yang mana laptop office sy kene curi sekali tu, mangkuk hayun betul la...

kejadian tu jadik lama dah, tahun lepas, tp smpai sekarang x setel2 lagik, ntah hape2,

sy bawak laptop tu balik, betul2 ikut prosuder, dah tulis dalam buku siap tu,

dan yg paling penting, sy bawak balik laptop tu ingat saje2 ker, sbb sy nak siapkan kerja... di ulangi kerja opis la mangkuk, geram giler sy, igt saje2 ke nak bawak balik laptop buruk tu, dah la berat...

bila rumah sy kene masuk pencuri, laptop ilang, dorang nak surcaj plak, GERAMnya... dah la rumah yg sy duduk tu rumah kuater plak tu, x secure lg plak, so jgn la nak salah kan sy sorang, salahkan kuaters tu sekali,

geram lahhhh.............

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

12 komen[s]:

mad.redo1 said... [Reply to Comments]

kena surcaj?

dulu pernah gak mad redo1 dok dalam committee kes hilang laptop, memang in the end surcaj 50% of the present value of the laptop, tapi tu kes tinggal laptop dalam bilik mesyuarat kat hotel.

ghimau said... [Reply to Comments]

sabar jer la

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

mak aiihhh lama tuuuu...tak settle2 lg...kalau tak salah kejadian tu awal tahun hari tu la kan.. sekarang pun dah hujung tahun dah nak masuk tahun baru, sabar jerk la!

mama ranggie said... [Reply to Comments]

selamat pagi mah...

dah lame tul kes tu..nape x settle lgik?

susahkan org jer kan?

viruspadu said... [Reply to Comments]

mad.redo1
itu lain tau, sbb mmg salah dia, cuai, tinggal laptop kat bilik mesorat, ini kalu kes pecah rumah, bukan kes cuai, xkan sy yg salah, pencuri masuk rumah sy kan, kalu sy tinggalkan laptop dlm kete ke lain la cite nye... geramnya

ghimau,
akak ko ni mmg tgh saba la ni

hotmama,
tu la pasal, dah lama giler dah ni, x setel2, mangkuk betul la

viruspadu said... [Reply to Comments]

ra,
tu la pasal, bengang aku

@in said... [Reply to Comments]

kena ganti balik ? apa la ek...
tapikan tak silap saya pekeliling Bil.5 tahun 2007 yang baru ni ada option kalau kehilangan harta kerajaan. proses hapus kira dalam kew. PA-30 rasanya la.

viruspadu said... [Reply to Comments]

@in,
tul ke? bagus kalu gitu kan...geram x abis lg nih

Ziana said... [Reply to Comments]

so?
kene ganti ke mah??
takkan laa kan??

nnt sambung story ek kalau dah ade any update psl nih..
nak gak tau camne kesudahannye..

norsha said... [Reply to Comments]

Hmm..simpati gak bc entry nih..truk btl pencuri tuh, awat nak curi harta benda org lain???jahat btl manusia nih..kalu org tuh curi mesti tgn dia akn kene potong dah,tapi kita lah yg susah skrg..ape nak wat sabar jelah..dugaan...sabar itu separuh drpd iman...harap semua benda dapat diselesaikan sgr..jgn lupe berdoa kpd yg Maha Esa..

viruspadu said... [Reply to Comments]

ziana,
resultnya x kuar lg, x habis2 lg dia punya semakan, penat dah melayan

norsha,
tu la pasal, geram pun ada, tp nak buat mcm mana, dah ditentukan dugaan akak mcm ni kan

mad redo1 said... [Reply to Comments]

opps... tumpang tanya lak, kena surcaj ni dah ada hearing ke?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^