Follow Viruspadu

Saturday, December 15, 2007

Zaimah sudah discharge

Zaimah telah dibenarkan pulang. Buat masa sekarang tiada apa yg boleh doktor buat melainkan memberi beliau ubat tahan sakit. Doktor menyatakan Zaimah telah stabil. Mereka menyatakan untuk sekali lagi melakukan ultra sound dalam tempoh sebulan lagi. Kata mereka, terdapat banyak kes batu itu hilang dengan sendirinya. Tetapi sekiranya second ultra sound masih menunjukan terdapat batu, maka prosedur operation akan dijalankan. Sama ada kesemua hempedu atau hanya batu yang akan dibuang akan ditentukan pada masa itu.

Nisa dapat tido lena sebab mama dah balik...


Nisa seronok tu pagi nie... mama dah balik...
Rosak handphone mama tu...

Zaimah ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua kawan2 dan saudara-mara yang tidak putus2 dtg melawat, mengirimkan sms dan menghubungi beliau bagi menyatakan kata2 semangat dan perangsang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Papa Alesha dan An-nisa Abriza

3 komen[s]:

pu3nemo said... [Reply to Comments]

akk da ok ker?jg diri k..hope semuanyer ok..

Ms_MER said... [Reply to Comments]

alelelele..comeinye baby nisa tido tnganga. Alhamdulillah mama nisa nmpk dh beransur sihat..seronok nisa mamanyer dh balik..

shasha said... [Reply to Comments]

selamat pulang sis!!..jaga kesihatan yerr..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^