Follow Viruspadu

Wednesday, February 13, 2008

perjumpaan viva owner club di malam cny

salam,

ini adalah cerita yg dah agak2 nak basi tp x basi lagi ni hiks... ala2 suam2 kuku gitu kannn

kejadian ini berlaku pada malam CNY

petang tu kan sy baru kuar dr spital, mlm tu terus en.laloque ajak sy gi putrajaya untuk perjumpaan member2 forum dia - viva owner club, dah tentu2 ini kelab untuk pemilik kereta comel viva kannnn...


so sesiapa yg memiliki viva, join dan daftarkan diri anda dalam forum viva owner club atau singkatannya V.O.C. best ooo join this group, mcm2 xtvt ada tau, buat mana2 yg dok gersang weekend2 yang membohsanovakan tu, elok sgt la join depa ni, kekadang main boling ler, camping ler, dan yg paling depa gemar, lepak kat dataran putrajaya nun, depan masjid lagi, seswai sgt la tu, elok jemaah terus jer kan tak pun tolong pak imam lipat sejadah... buat amal sikit...


tujuan utama nak jumpa jumpaan mlm CNY ni sbnrnya en.laloque nak beli sticker dan acara tampal sticker beramai2, ewah... tp disbbkan malam CNY ramai le pulang ke kampung kan... jadi banyak x banyak agak2 9 buah viva dpt disatukan...


saya ni 1st time jumpa dorang, hiks, agak malu2 alah lg pun ye jugak, lgpun dorg tu sume muda2 bergetah lagi... awww... statement bergetah tu yg x tahan tu kannn lalalalala... terasa jer mcm dah tua gitu... mak dah tua nyah, terima ajer hakikatnya kannnn


penyertaan ke kalab ni sonang yo, xde bayo2 bulanan pun, FOC sajork ok, janji register ajer kat forum mereka itu, tp kalu korang sticker bagai pun nak free, itu dah terlebih la tu, nak pelempang? hahahaha... diknon... mana ada bende free lg dalam donia ni kan, masuk toilet pun kene bayo 40sen tauuu... tambah tisu lagi 40sen haaa kooo... hehehehe... guwe ni dah mcm duta V.O.C la plak kan... dorg xnak upah duta ke? hiks (byk kali dah sy lantik diri sendiri jadi duta ni kan... kalu dapat payment ni dah kayo makcik tau)


lagi ape info menarik yer, ermmmm... byk sgt info2 nya... x larat plak sy nak naip byk2, korang kekadang bukan baca pun kan, dok tgk gambo jer hiks... lalalalala... so sape yg berminat dan sudah pun memiliki viva atau sudah booking pun viva atau baru pasang niat nak sambar viva moh ler registerlah beramai2 dalam forum ini... saya yakin anda tidak akan menyesal... ewah... x caya tanya en.laloque kita


sy yg paling vogue kan... lalalalalala... mati la asik perasan ajer ni kan...


**semua gambar2 ini dicopy paste dari forum V.O.C, almaklumlah, masa ni kan kamera sy rosak, kalu idak lagi bersepah la gambo sy dan lama dah sy wat entry ni kan hiks**

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

6 komen[s]:

Aleeya said... [Reply to Comments]

hehe tempat pejumpaan ni tesgtle familiar dgn diriku ini bagaikan takleh dipisahkan ahaksssss

viruspadu said... [Reply to Comments]

selalu main kejar2 ke kat sini hihihihi

mikaounik said... [Reply to Comments]

ohh akak join voc erkk..
amacam best tak ngan diorang

ita.itu said... [Reply to Comments]

wah best nyer..siap ada club tuh

laloque said... [Reply to Comments]

pada sesiapa yg telah memiliki, meminjam, akan memiliki, berangan untuk memiliki bibah (viva), leh la join club nie... untuk menambah kekawan baru, bertanya info pasal bibah, @ sekadar mengisi masa lapang...

jumaat malam sabtu nie (15hb Feb) kul 8.15 mlm akan diadakan sesi gathering @ kitorg panggil HOT (Hang Out Together) di Dataran Putrajaya, depan masjid Putrajaya... leh la berkenalan..

kitorg satu family pun baru seminggu dua join club nie

Mieza said... [Reply to Comments]

sesekali jd duta apa salahnya..model x berbayr pun takper..janji enjoy!!!!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^