Follow Viruspadu

Friday, February 08, 2008

prosedur itu

oh hari ni sy nak cite pasal prosedur kuarkan batu dlm saluran hempedu yer...

selasa, uols tahu kan, sy dah daftar masuk wad jam 8.30 pagi, paniknya x usah ckp lah, giler punya panik, tp dlm pada panik tu, siap mekap2 bagai ler, sy rasa sy la pesakit paling vogue hari tu tau hiks, pedulik hape orang nak kata hahaha

sy mmg dah bersedia, sy mmg dah diberitahu prosedur itu kan dilakukan pada waktu petang, damn... giler la boring kan, dr kul 8.30 pg ke 3.15 ptg, ko nak buat hape kan, bapak la boring, jd sy mmg dah bawak siap2 dah noval "rinduku untukmu" hehehehe... peh layan noval kat spital la plak kan...

jam 3.15 ptg sy dah ditolak guna kusi roda ke bilik x-ray (padahal sy leh jalan sendiri hiks), ada 3 orang pesakit akan melalui prosedur yg sama, tp yg lagi dua tu mokcik2 lah, depa tolak pakai katil tu huhuhuhuh... sy orang kedua masuk bilik x-ray

masa dok tunggu orang pertama tu, aduh, jantung sy kat luar dagdigdug, alah2 dangdut dah, bapak panik uols, siap call en.laloque lg, hiks, dlm masa yg sama, calling2 pasal kerja sama, huh, duk spital pun buek kojo tauuuu... rajinsss i ni

dlm kul 3.30 ptg sy plak masuk ke bilik itu... aduh, tgk doktor pakai ala2 apron, mcm sy plak la hidangan dorang utk hari ni, adoilahhhhhh

selepas bersoal jawap ngan doktor, dia sempur ubat kebas kat tekak saya, peh pahit, tp kejap ajer, dlm seminit mcm tu, lepas tu terus x rasa hape2, doktor suruh sy baring meniarap, kepala senget dan gigit apakebende bulat, utk masukkan kamera melalui mulut,

doktor kata dia akan enjet ubat tido, sy pun alhamdulilah, legaaaa... tp bila dah enjet, x tido2 la plak kan, tp... lepas tu.... zzzzz... sy x sedar apa2 pun... yg sy tahu, semuanya mcm mimpi, tahu2 ajer dah siap, sy ditolak menggunakan katil bergerak tu ke katil kat wad, sy perasan prosuder itu siap dlm jam 4.30 ptg mcm tu,

dan kini sy tahu, x lah ngeri mana nak buang batu dlm saluran hempedu ni kan, x perasan ape2 pun, tahu2 dah siap hihihihi...

1st round dah siap, tahniah kepada saya kerana berjaya melaluinya ewah...

final round menanti bulan depan... wish me luck friends

**hambarkan entry xde gambo**

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

14 komen[s]:

ita.itu said... [Reply to Comments]

oo mcm gitu ek..sng je kan..harus x takut lg..hehe

angah said... [Reply to Comments]

tu ler.. sib baik dia nie x sedar.. kalo tak.. ntah ape2 dia merepet2 krg pasal prosedur operation hempedu 1 nih.. sedar2 dh ok dh.. tp ko x tau.. doc tu masukkan kamera tu ikut idung ko.. katanya lubangnya luas sket!! kahkahkah...

Wynn Syarina said... [Reply to Comments]

Mah, lamenye aku tak menjenguk blog kau, tau2 dah operate. adoihhh sori le mah. Tak sempat nak ucap selamat berjaya, kau dah berjaya pon. kekeke.. Aku bkn ape, pc kwn aku ni berat sgt. so, lambat nak bukak blog. Aku pon naik fedap dah. Broadband kenmain canggih lagi. PC lembap mcm haram. *itu dia, aku sedang hangin.

Time kasehla di atas citer kau ni mah. Aku ni tersangatla penakutnye dgn jarum suntikan, hatta masuk spital je dah cukup menakutkan aku. Kau sungguh terer di'inject' 3 kali. kalau aku, konfim aku lempang doktor tu. kihkihkih.

newrin said... [Reply to Comments]

gud luck!!! u go girl... kuatkan semangat insya Allah selamat

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hehee..
pasni tak lah takot sgt lg kan :)

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

haaa pasni jaga kesihatan tau!

;)

mama ranggie said... [Reply to Comments]

mah,
al-hamdulilah... ko selamat...

wendu banget dgn ko...

Lily.Lulu. said... [Reply to Comments]

sib baik kan .... sumenya ok .. kalau saya lebih baik x sedar apee2 dari sedar ..

takutttttttttttttt

matchm2fc said... [Reply to Comments]

vp,sy rasa bahaya kalau awk warnakan kembara awk tu kaler pink.sbb nye nnt org akan tau tu kereta pompuan.and as a matter of fact,pompuan adalah easy target for jenayah2 mencuri kereta,ragut dan culik.drpd tukar kaler,ape kater tukar kerusi or letak comforter ker spy selesa,tambah2 aksesori dlm kembara tu ker;)

viruspadu said... [Reply to Comments]

ita,
a ah, seb baik begitu jer, legaaa

rep,
hahahah x guno ko... hahahaha kalu doktor masuk kamera ikut idung, aku smekdown je dia hahaha

wyn,
alhamdulilah, semua dah ok dah, aku geram giler 3 kali suntik baru berjaya tau, dia igt tangan aku ni bahan experimen ke hiks

viruspadu said... [Reply to Comments]

newrin,
insyaAllah semuanya ok2 ajer

sweethoney,
betul, lepas ni akak ko ni kebal dah

leeds,
lepas ni mmg jaga sungguh kesihatan ku ini, x sanggup nak sakit lg, ngeri tau

viruspadu said... [Reply to Comments]

ra,
alhamdulilah

lily,
tu la pasal, seb baik x sedar, kalu sedar mati laaaa

match,
mmg bahaya la gitu kan... tp i minat la mcm mana ek

Mieza said... [Reply to Comments]

syukur dh selamat...simple ajer nak buang benda tu ek...

viruspadu said... [Reply to Comments]

simple ajer, nak menunggu nya yg seksa kebenor







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^