Follow Viruspadu

Monday, February 18, 2008

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya…

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2.Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati.. Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

Petikan dari forum www.VivaOwnersClub.net

Papa Alesha dan An-nisa Abriza

12 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

SATU LAGI TAKTIK YANG DIGUNAKAN UNTUK MEYAMUN PEMANDU WANITA ADALAH TAKTIK SURUH BERENTI KONONNYA TAYAR KERETA PANCIT..BILA BERHENTI, SETERUSNYA ORANG ITU PUN BERENTI SAMA...BILA WANITA TU TURUN DARI KETE,ADA DUA ORANG MAMAT YANG SERBU DAN UGUT MINTAK DUIT..

MANGSANYA ADALAH POMPUAN YANG MEMANDU SORANG DIRI....JADI KEPADA KAWAN2 POMPUAN YANG MEMANDU SORANG DIRI,SEKIRANYA TERJADI SEPERTI INI,JGN BERENTI TEMPAT YANG TIADA ORANG DAN SEBAIK2NYA BERHENTI DITEMPAT YANG RAMAI ORANG.....

~dalila~dyla~deyll~della~ said... [Reply to Comments]

thanks sharing the info....
itu la org zaman sekrg nak kaya cepat

LayarLara Legendary Of Journey said... [Reply to Comments]

En. Hassan tu dalam bertugas ke?? Boleh bawak senjata pulang?? Apa2pun thankslah berkongsi cerita.. kene aware ni..

Pn. Virus.. u look totally differentlaaaaaa... so cute... hampir tak kenal..

oli_ole said... [Reply to Comments]

thank you for sharing...

Ummi Yang Tomey said... [Reply to Comments]

ish.. takutnyerrr dgr..
lepaih nih.. xmoh da bwk kete sensorang jejauh lagi laa..
tengkiu for the info

p/s zai.. cmner operate hari tu? sumer da okeh? sihat skrg? mudah2 han..

Ummi Yang Tomey said... [Reply to Comments]

eh.. yaAllah..
pnye la lama x mai sini...

mama nisa da pegi kemana2 da pun.. ummi baru nk tanyer sihat ke tak.. hampress betul ummi nih... ekekeke

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

ada jgk baca forwarded mail nih,malaysia aman tapi tak selamat..huhuhu

ita.itu said... [Reply to Comments]

ish bahaya tuh...jg diri ek

Ziana said... [Reply to Comments]

skang nih mmg mcm2 kan..
bahaya tol...

Aleeya said... [Reply to Comments]

hmm good info!

Aku Bukan Bidadari said... [Reply to Comments]

hish ngeri, but thanks for the advised!

Cikpid said... [Reply to Comments]

wah..takotnye..time kasih bg info camni..sesuai tuk saya yg selalu drive g site jauh2 sorang2..huhuhuhuhu..takot seh..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^