Friday, April 11, 2008

Episode 4 : U pink My Heart

Kali ini kita baca pengalaman en. laloque pulak... dari perspektif dia lak... layan uols

.....

Esok aku konvo... akhir nyer grad jugak aku... asik aktif berpersatuan terutamanya Kelab Kenu, aku amik 2-3 paper jer setiap sem. Takut xleh bawak beb!!!... Sampai bebudak junior panggil aku pengerusi tetap Kelab PEMALAS (Persatuan Mahasiswa Lanjut Semester) dan Kelab PEMALU (Persatuan Mahasiswa Lanjut Usia)...

gambar semasa konvo, giler kurus kering masa ni kan


tengok bunga kemain banyak lagi


terpaksa minta tolong orang lain pegangkan lagi!

Seperti biasa... sejak dari aku menjadi org yg mula2 bukak gerai utk kelab kenu time pesta konvo ngan 2-3 org senior aku dulu... tiap kali konvo, mmg gerai bebudak kelab kat tapak expo la tempat lepak...

So cam biase, mase aku tgh lepak sambil bual2 ngan junior yg masih kenal aku... terdengar suara dak pompuan... "pulang la balik... pulang la..." sambil merayu minta pulangkan belon dia... si Din Kecik sibuk nyakat dak pompuan tu...

"dah la tu Din... nangis budak tu kang... belon tu pak we dia bagi tu..." sambil sengih tengok gelagat si Din Kecik tu... budak bacth aku yg sama join kelab kenu dan sama ahli PEMALAS & PEMALU...

Lepas konvo... aku dapat surat cerai (break off)... dan aku kembali solo... dok rumah layan blues sambil cari kerja. Rezeki datang, dapat kojer kerajaan 4 bulan pas aku konvo bulan Ogos tu... makner nyer aku keje kerajaan bulan Disember 1999...

Berbulan2 pastu... dek kerana boring asik keje! keje! keje!... aku xsangka pulak pas berbual telefon ngan Shon... dia jemput aku mai AGM Kenu... untuk merasmikan AGM dan bg ucapan sikit... pas aku bebel 15-20 perkara... aper lg lepak bilik Kelab Kenu la... borak2 ngan junior2 kelab, tanya asal maner dll... masa berkenalan tu, ade sorang awek nie kata dia dok kg cheras baru... uiks!!! aku ckp... "laaaa... dekat la ngan rumah abg... abg nyewa kat Kenari Court" huhuhuhuhu... pastu aku bertukar2 no hp ngan semua bebudak junior yg ade termasuk la awek tu...

Pas selesai AGM... aku pun balik KL semula... mula kan koje! koje! koje!...

Berminggu2 pastu... aku ngan Wak housemate aku pi mancing kat Kolam Ikan Air Payau kat Pandan Mewah... sedang keboringan layan mancing sebab ikan xdapat... tetiba aku teringat ngan awek cun yg dok kg cheras baru tu... wah! aku ade no hp dia la... sms la... maner tau dia balas...

jeng! jeng! jeng!.... sambung pulok....

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^