Thursday, April 24, 2008

Episode 5 : u pink my heart

Episode Lalu:

selang beberapa minggu selepas itu

tetet tetet

"Hai, buat apa tu?"

saya mendapat sms daripada seseorang

...

sape pulak yang hantar sms ni... erm...

kebetulan masa tu henset saya ada kredit tau... biasalah, student kan memang biasanya dan selalu2nya mmg la takde kredit kan... harap enset ajer canggih... weiiii zaman tu henset baling hanjeng la yang paling canggih okehhhhhh... kiranya kalau makan kat caffe harusssssss letak enset atas meja walaupun ada poket hahahahahaha...

jadi saya balas lah sms tu

"sape tu?"

beberapa minit selepas itu... saya mendapat call dari orang yang menghantar sms itu... tapiiii... erm nak angkat ke tidak ek... nak angkat tidak nak angkat tidak... erm...

"HELLO"...

oooo abang laloque rupanya yang call saya...

tapi sebenarnya saya ni agak2 ingat2 lupa jugak wajah en.laloque ni... salah satu kelemahan saya adalah mengingat muka orang dan ingat nama orang... mmg saya sgt susah nak ingat, tapi nama "abang lalok" ni senang la saya ingat sebab nama dia "buruk" sangat hahahahahaha

weols borak2 biasa lah, wat ape, kat mana, itu ini... boghinggggg.......

saya biarkan dia bercakap, saya cuma ermmm... ooooo... aaaa... yeke... hahahaha... (buat syarat cakap je ni)

dia ni kalau bercakap macam motobot tau, x berhenti2, saya nak terkencing pun dok tertahan2...
dalam hati saya masa tu kan

eeeeeeee... dah la tu... aku nak kencing ni, menyampahnya... macam mana la nak stopkan mamat ni ek... kang cakap direct kang kecik ati la pulok kan

sungguh uols... memang hazab la telinga masa tu, bercakap punya la lama, dah la baru kenal, 1st time call lak tu, cakap x hengat2 dunia punya lama... sampai bateri henset low tau... fuhhhh penyelamat sungguh la bateri ni hahahahahaha

lepas letak phone, saya cucuk wayar charge bateri... saya dapat call dari "kawan" saya

"apsal tadi engaged"

adoiiiii .... hehehehehehe...

bersambung...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

17 komen[s]:

nani said... [Reply to Comments]

"kawan" tu saper mmah?
nani kenal x? hehheee..jeng jeng jeng....

muadzlife said... [Reply to Comments]

kenangan lalu menggamit perasaang ..hiks

KV said... [Reply to Comments]

jeng jeng jeng!!!!
cepat la sambung.

Intanaziela said... [Reply to Comments]

cepat..plessshh...sambung la cepat...tak sabar ni..

~mama ranggie a.k.a eira~ said... [Reply to Comments]

kan dah kantoi dgn 'kawan' tu...

hehehe...

cepatlah sambung mah...

IdaShah said... [Reply to Comments]

lorr dah episode 5. dah miss 4 episode

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

hi akak pink,

thanks 4 the cenderahatiiii!! :D

sukerrrrrr..

*SiRibenMerah said... [Reply to Comments]

akak..
sket2 je citer neh...
tapi mood x pernah ilang menanti sambungan nye..
ahaks=P

pasneh muleh tulis novel yek...

hahahahaha =P

syahed© said... [Reply to Comments]

alahai..pendek bebenor citer..meh pinjam diari nak bace spi abis bole??

Leeds Al-Malique said... [Reply to Comments]

update ada kat wordpress tau :)

Ceera said... [Reply to Comments]

uit, masa tu apa ke nama mamat tu.. adoi lupa plak atam, hehe

ArELeEz said... [Reply to Comments]

detik2 p'mulaan b'chenta nih! syiokk2..! akn ku ikuti siri nih sampai abis.. hiks..

risanur said... [Reply to Comments]

tak sabar la nak tau jln ceta seterusnye...risa pun nak ceta kisah cinta risa tp tak pandai nak susun ayat la..

tinkerbell said... [Reply to Comments]

huhu.. interesting..
tuhlaa bahya kalau x suke org kan..
huuhu...
mesti rindu rindu

lil^RED799 said... [Reply to Comments]

lama oooo tunggu part 5 nih

...cewek brad pitt said... [Reply to Comments]

rasa cam nk tiru je idea menulis kisah chenta nih...hehehehe best gak kan,mengimbau kisah silam...

saya tak tipu.... said... [Reply to Comments]

lawak...............

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^