Follow Viruspadu

Wednesday, May 14, 2008

25 steps I repeat every day on normal working days..

saya telah ditag oleh kak nonie

ok2, walaupun macam senang, tp mcm susah jugak nak fikir yer

1. Terdengar en.laloque punya suara "bangun sayang dah pagi ni" hiks... apa punya bini la saya ni kan... bangun pagi pun laki kejutkan...

2. Siap2

3. Startkan engine kereta, hantar nisa ke rumah kak masz, dan kak masz akan bawa nisa ke nursery... borak2 la sikit ngan masz begitu begini dulu kan

4. cari parking, gostan, ejas2, huishhhh susah betul masuk parking ni, kecik kebenor... hiks, nampak sgt bengong tak reti sgt parking, setel, tit tot, check pintu konfem kunci, jalan terkedek2 naik tingkat 3

5. bukak pintu bilik, sendal pakai pasu hahahahaha... penyedal takde uols, kesian kan, pasu pun pasulah... on pc, simpan handbag, keluarkan henset, baru nak check ada sms or misscall tak dari petang semalam hahahaaha... then letak atas meja

6. bukak blog... baca-baca, senyum2, update, senyum2 lagi, bukak email yahoo, bukak email office, balas2 email

7. oleh sebab saya sampai office kul 7 pagi dan saya masuk office kul 8.00 pg, so bila geng makan saya sampai dalam kul 7.30, terus gi turun kantin

8. "bang teh tarik gelas beso 2", order air dulu baru gi amik makanan, bayar, amik teh tarik, duduk, port memang tempat biasa punya,

9. bukak file laporan kerja harian, plan kerja2 yang akan dibuat hari ni, ape meeting hari ni, report report report.

10. kalu ada meeting gi meeting, kalau tak siapkan kerja, polisi, report, skodeng itu ini itu ini

11. kalau dah terlalu boring wat kerja sampai mata berpinau, buzz en.hakes ajak mengumpat + gossip hahahahaa...

12. sambil2 kerja, ada sesapa buzz YM, saya chat la kejap, biasanya takleh la lama2 sgt, sebab keje berlambak, tapi kekadang kalu saya boring saya yang buzz orang hiks

13. lunch hour, turun makan kat kantin lor, kalau hari jumaat, kekadang dak2 opis ajak kuar jenjalan gi shopping ke mana2 ker, kalu rajin saya follow, kalau tak saya lepak office layan blog

14. tepat kul 2 mesti saya ada kat tempat duduk saya, betul tak tipu hehehehe...

15. kul 3.30 saya masuk surau

16. tepat kul 4.45, saya dah resah gelisah nak balik nak balik

17. kul 5.15 saya ca alib bot, ikut pintu belakang lagi, hiks, padahal ikut pintu depan pun bukan jadi apa2 pun,

18. dah start kereta, huh masa ni agak mencabar, sebab kereta kat parking rapat2, pagi2 takde masalah, parking kosong so sgt luas, balik time kereta byk tak keluar lg, lg memikirkan nak harung jem lagi fuhhhhhhh... seb baik seremban, kalau KL lagi la haru

19. sampai nursery jemput nisa, kak masz mesti ada somthing nak story pasal nisa, tp memang saya suka dia cerita pasal nisa, tak kisah la cerita apa, cerita nisa baik ke nisa nakal ker, ada sehari tu kak masz cerita nisa gaduh ngan kawan dia sampai tarik2 rambut, last2 nisa hangen agaknya dia tolak member dia pastu dia pijak, Ya Ampunnnnnnnnnn anak aku kah ini... mak bapak budak tu tahu harusssssssssss bengang sakan tu, sowi yer, kalu berlaku depan saya mmg saya dah tangankan si nisa ni, tp.... erm...

20. sampai depan rumah, bukak pintu pagar, masukkan kereta, bukak pagar rumah, dukung nisa masuk rumah tunggu en.laloque balik

21. 5 minit lepas tu, en.laloque pun sampai

22. siap2 apa yang patut

23. keluar balik cari makan

24. lepak2, buat ape yang patut, tidorkan nisa

25. bukak tenet, update blog, baca blog uols, tidooooooooo

amacam boring tak baca... panjang sangat kan... hiks...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

6 komen[s]:

mummysya said... [Reply to Comments]

salam....

Wah2..telitinya, kalo syikin mau makan bulan nak fikir nie..hehehehe...VP, boleh email mailing add kat syikin66@yahoo.com. TQ

AKO said... [Reply to Comments]

wah wah mcm bizi jer dier yekk rutin harian yg sungguh bizi hehe

:: pRincEss_N :: said... [Reply to Comments]

wahh...lengkap tu 25 ley jawab...agk2 klo bg 50 pon sis ley jawab kn....perfect!!

anne said... [Reply to Comments]

wah sungguh sistematik hidup pn vp...hehehe. bagus kan

peej said... [Reply to Comments]

alaaa..25 je ke??kalau 26..mesti ade aktiviti lain sebelom tido tuh kan?? *lariksss*

MAMA ESHAELYN said... [Reply to Comments]

vp sama ja cam ai..hikss tp saya ada tambah la, malam selak buku skolah anak...sok2 nisa dah skolah vp pun tambah la satu lagi agenda gitu kan..heheheh







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^