Follow Viruspadu

Friday, May 02, 2008

episode 6: U PINk My Heart

sejak daripada itu, dia selalu call saya, sms saya

tapi sebenarnya bukan dia sorang, ramai lelaki call saya, biasanya kawan2 lelaki yang konon nak layan saya sebagai kawan borak2 tapi ada agenda tersembunyi, alah saya tahu, tapi saya tak tahu nak wat per, takkan nak marah orang call, member2 call ajak borak kan, selagi tak cakap benda gatal2 saya layan kawan2 ajer la kan... walaupun saya tahu ada niat tersembunyi gitu... biarkan mereka... ewah

dan ini adalah salah satu cabaran buat "kawan" saya masa tu, yelah kan, susah dapat awek cun melecun lagi lembut dan manja, menjadi idaman okeh.... hahahahahahaha... perasannya akuuuuu... hahahahaha gelak2 lagi guling2... jom gelak beramai2... hahahahahahaha

ok berbalik kepada cerita asal

disebabkan, abang laloque ni selalu call, selalu sms, selalu borak2 ngan saya, menghilangkan rasa sunyi saya, selalu nasihatkan saya, selalu dengar masalah saya...

lama2 saya jadi sangat suka berkawan dengan dia walaupun wajah dia mmg OUT habis lah masa tu, mmg takde dalam kriteria pemilihan menjadi pakwe saya hahahahaha... keji weiiii saya ni... kurus kering ooo dia masa tu... ampun papa ampun... hiks

en.laloque bajek ensem masa ni hihihihih

mmg sangat tak dinafikan, dia pandaiiiiiiiiiii sangat2 ambil hati orang, pandai sangat buat saya tergelak bila saya frust gadoh ngan "kawan" saya, sebab cara dan gaya dia, mmg takde langsung ciri2 nak mengambil kesempatan, takde langsung cara dan gaya dan memikat saya, dia cuma buat cara dia dan gaya dia jer, selamber bodoh aje...

seminggu

dua minggu

sebulan

tiga bulan

mengenali dia... saya rasa sangat selesa...

bersambung...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

11 komen[s]:

lyn said... [Reply to Comments]

ekekek boleh buat novel la gini

laloque said... [Reply to Comments]

amboi... pi letak muka ai yg xsiap pulok

edrina said... [Reply to Comments]

hahahhaha...lilek la en.laloque..
paras rupa tak penting yg penting saling menyayangi...memahami & bahagia yg berpanjangan serta setia pada yg satu...tul tak vp?

risanur said... [Reply to Comments]

en. laloque kita ni masuk jarum2 dgn cara senyap2 la...sampai tergoda gak la cik zaimah kita ni kan...

Ceera said... [Reply to Comments]

taknak mintak atam citer plak ke, 1st time jumpa abang laloq nie, wakakaka... tak koser aku nak tengok muka dia...

laloque said... [Reply to Comments]

xper tam... muka biar cam pecah rumah... janji hati baik, penyayang, beriman, rajin, pandai masak dan pandai baca doa selamat.... ciput ade ke semua kateria tu... hahahahaha

Ceera said... [Reply to Comments]

ciput tu, baik hati.. penyayang, beriman dah tentu, ewahhhhhhh... rajin, masak tak pandai la kan.. cissssssss... doa selamat tu nanti atam tanya..

mentang2 semalam jadi ustaz, berlagak ooooo...

laloque said... [Reply to Comments]

hahahaha... berlagak sikit jer... lom sampai tahap riak lagik...

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

semestinya rupa paras boleh tolak ke tepi sekiranya budi bahasa melangkaui semua itu.. sekian komen saya. t.kasih

ija said... [Reply to Comments]

bila nak masukkan aku punya peranan plak ni???aku pun ada watak gak dlm citer ni....hahaha

peej said... [Reply to Comments]

sangat sweet..tersiksa ok nak tggu sambungan telenovela u pink my heart nih..seminggu sekali je episode die.hushhh..

tp kan..selalu mcm tuh la..taste lain..nak handsome la apa la..tp lekat yg xde kene mengene..sbb dorg nih hati baik kot..cea cea..

sile cepat sikit sambung ok..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^