Follow Viruspadu

Friday, May 23, 2008

FAQ

wah hari jumaat ni, blog saya semua pasal perasaan feeling2 kan hiks... layannnnnnnn

saya baca blog mentor

pasal FAQ ni,

“so, when are u going to have another?” ~ sweet-sixsixsix

tetiba saya pun terasa... :( sebab, saya pun tak selesa orang tanya soalan ni :( , sbb jawapan kepada soalan2 ni bukan atas kuasa kita nak memberi jawapan kan... so bila saya tak selesa ditanya soalan2 mcm ni, saya jugak tidak akan tanya orang soalan2 mcm ni... tp ada orang, tak suka di tanya soalan mcm ni, tapi asik mulut takde insuran melazer orang soalan2 mcm ni... huh, seligi nak? hiks

okey2, saya rasa semua orang akan melalui saat2 dibawah, cuma version ayat2nya mungkin lain2 sikit la kan... tp maksudnya tetap sama...

masa muda2 jelita(jelita katanya):
"ko dah ada boifren, takkan lah takde, punya la ramai lelaki dalam dunia nih"

masa dara bergetah (hahahaha bergetah ko tak tahannnn):
"bila ko nak kawen, tak elok anak dara lambat2 kawen niiiii"

menjadi isteri vogue:
"haihhhhhhhhh kosong lagi ke, tunggu ape lagi... tak payah la nak honeymoon lama2"

menjadi ibu hotttt:
"bila nak tambah, sian dia takde kawan"

menjadi ibu high pitch:
"cukup ke xxxx, taknak tambah lagi"

menjadi ibu dara:
"anak kau dah beso2 panjang dahhhh... bila kendurinya, anak aku semua dah kawennn"

sudah bermenantu:
"berapa orang dah cucu kau? takkan baru sorang"

so fikirkanlah, kalau kita tak selesa soalan2 mcm ni, jd orang lain pun tak selesa kan, nak2 ckp dengan nada perli, lg lah tipah terhangen kan... bukan tipah tertipu lg, tipah terluku pala hang hahahahaha

tapi kadang2, kita ter ter ter tanya tanpa kita sedari kita telah mencuit hati mereka2...

tazkirah hari jumaat katanya... walaupunnnnnnnnnnnn

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

19 komen[s]:

Umi Mia said... [Reply to Comments]

I ni hah..lagilah sibuk org bertanya..anak dah nak masuk 5 tahun...sorang tu jer lah jugak...dah takder rezeki nak buat mcmana kan..ada sebab lah tuhan tak nak kurniakan anak lagi kan..maybe sbb kita belum cukup bersedia atau kena bg tumpuan pd apa yg ada....

sabar jer lah V...mulut org mana leh katup2...kita senyum jer lah dalam pahit...apa2pun...kita tetap ibu dan isteri yang bahagia kan....

Ceera said... [Reply to Comments]

andak tu suka nau simpan kalau orang cakap gitu, buat tak tau sudah.. anggap je cam angin, like me.. hahaha

edrina said... [Reply to Comments]

biasalah mulut orang...pedulikkan mereka muahahahaa...lain hari pasti ada balasan..

risanur said... [Reply to Comments]

memang akan terasa sungguh bile orang suka jaga tepi kain org ni...risa mmg sakit ati bile org tanya pasal baby kat risa...hanya Allah sj yg tau perasaan kita..

rasp said... [Reply to Comments]

VP biarkan manusia dgn soalan2nya benggongnya.. buat dono je..asalkan kita bahgia k...

btw, tq.. =)

mama ranggie said... [Reply to Comments]

biarkanlah mah..

aku yg dah 3 ni pon org sibuk lg tanya,bile nak tambah lg?

cukup ke 3 org je tu?

ha ko!ramai mana lg dorang nak kite tambah anak!

yg bercakap tu kekadang x do insurans!

hOtMaMa said... [Reply to Comments]

tul tu...sokong sangat..!! walaupownnnnnn!!hahahaha..

.::WaNiE::. said... [Reply to Comments]

sy juge tidak suka soklan itu..bukanla nak honeymoon ke merancang ke sumpah tadek..tpi nak wat caner xlekat2..huhuhuhu sedih ...meh kak vp tumpang bahu..sedih sedih

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

haaaaa.. itu ku panggei soklan bonus.. dun worrylah.. anak teruna akak dah 9 tahun dah pun.. dulu bosan jugak org tanya.. la ni jawab.. la dah tanak kuo lagi takkan nak paksa... hehehehehe

hUmmY said... [Reply to Comments]

abaikan je sore2 sumbang tu!

rezeki memaseng kan?

life kite..

bkn life doank!

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

alahai..nica kan baru je setahun..lainla klu nica dah 10 tahun kan...?

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

ala anak akak tu kecik lagi tu...
xpuas nak manja ngan mama n papa dia..hehehhe

angah said... [Reply to Comments]

Soklan2 yang sangat la standard kan..angah terus tukar silent mode /selective deafness.. tanya la... aku senyum jek..

Pernah ada makcik ni tanya, masa tuh dekat setahun kawen blum ada baby "ko ni reti buat ke tidak?" huh! macam kena sambar petir panas dia....angah yang dah naik hangen jawab "saya memang bodoh tak reti buat, si *** tu reti sangat ye kawen 6 bulan dapat baby dah"

Si *** tu anak dia. Cakap tak berlapik kan dah dapat sedas..

yong said... [Reply to Comments]

sama la ngan kita ha...bz tul org lain tu..asyik tanya bila..bila....dah tak do rezeki laie camno ha...tak yo paham2 laie....

anne said... [Reply to Comments]

betul sgt sgt

isz_3707 said... [Reply to Comments]

SANGAT BETUL STATEMENT NI..aku pun nyampah bila org tanya soklan bonus cenggini..hangin pun yer..

Moonlite said... [Reply to Comments]

manusia tu mmg kadang2 menyakitkan.. kalo dia tak suka org masuk campur hal dia.. jgn ar tergedik2 seybok hal lam kain org kan.. ape2 nntah.. duwhhh..

...$weE+ 666... said... [Reply to Comments]

bohsannnova btolll kan?!!!
asyik asyik tanya... asyik asyik tanya... pas ni nak jawab, "haaa malam ni nak wat, nak skodeng ke?" ahaks!!!~

UmiHannan said... [Reply to Comments]

dulu boring gak tp skrg malas nak layan.senang cite diaorg ni penyebok.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^