Follow Viruspadu

Wednesday, May 21, 2008

Keputusan beliau

maaf, saya takde tujuan untuk berpolitik, sebab saya mmg tak pandai langsung... tapi saya sedih betul, sangat2 sedih... Tun tetap idola saya no 1.

saya copy paste dari blog tun

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

baca lagi di
- Che Det

yang saya paling sedih bila baca statement ni:
"Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka."

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

5 komen[s]:

edrina said... [Reply to Comments]

VP...akak pun sayang kat Tun ni tau..walau org kutuk dia macam2 tapi akak rasa malaysia maju cam sekarang pun pasal dapat pemimpin macam Tun..Hmm...semoga Allah akan memberikan seorg lagiks pemimpin yg berhati waja & berani macam Tun ni pada Malaysia...dan semoga Tun sentiasa diberi kesihatan yg baik..Amin.
Dulu Tun pernah turun uum, dan akak sangat bernasib baik dapat berjabat tangan dengan Tun...sejuk sangat tangan dia masa tu :-). Muka pun sangat2 bersih.

Intanaziela said... [Reply to Comments]

Intan pun sedih jugak :( adat donialah kan..yang memegang pucuk pimpinan sentiasa mendapat tempat...walaupun tak bagussss

sebol said... [Reply to Comments]

Viruspadu:

Saya bukan peminat Tun, tapi tektik dia macam ni:

1. dia keluar UMNO
2. Dia suruh AP UMNO keluar UMNO sampai majoriti mudah BN dinafikan (Kerajaan semasa tak layak memerintah).
AP UMNO sedia ada akan kena berunding dengan AP UMNO yang keluar supaya membentuk semula kerajaan.

AP UMNO yang keluar akan letakkan syarat supaya paklah turun baru diorang masuk.

Akan tetapi, tektik sebegitu tak boleh dilaksanakan untuk AP UMNO kerana AP UMNO tak dapat memahami pemikiran Tun, dan tidak mempunyai keberanian untuk melakukan sebegitu.

Kerana sebab itu saya katakan Tun Punya Idea Bernas, tapi tak fikir habis.

laloque said... [Reply to Comments]

Aku juga terlalu sayangkan Tun. Kalo bukan kerana dia bangunkan Malaysia, kita mungkin xsemaju sekarang. Dan aku bangga pernah berkhidmat di bawah beliau. Bermula di ICU, JPM kemudian ke Wisma Putra. Pernah makan tghari di Seri Perdana. Pernah semeja tika bermesyuarat. Pernah berjamaah solat bersama. Berbuka puasa bersama. Menyambut ketibaan Raja/Presiden/PM luar negara bersama sama ada di Kompleks Perdana, Parlimen, mahupun di Persidangan Antarabangsa. Dan pernah masuk ke ruang pejabat beliau. Moga Tun terus di Rahmati Allah

Ceera said... [Reply to Comments]

atam pun, tun paling best sekali...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^