Follow Viruspadu

Thursday, May 01, 2008

PaNiks

adoi...

semalam panik giler uols

semalam kan, dalam kul 7.45 macam tu, en.laloque cakap dia nak gi beli getah paip kat jusco jap sebab paip bocor kat luar nun, so dia kelangkabut la nak cepat, saya pulak, terhegeh2 ngades2 nak ikut jugak2, so dia cakap la, kalu nak ikut cepat la siap... saya pun tukar seluar, terus berdesup turun bawah masuk kete...

brooommmmmmmmmmm...
(mcm la naik moto hihihih)

cari capai bayo n the blah balik, tak sampai 30 minit pun

sampai2 depan pintu pagar

haaa kat sini la saspen nya bermula

"papa... itu macam pintu pagar terbuka kan"
"a ah la, mama tunggu dalam kereta, kunci, biar papa gi tgk jap"
"alah tak payah la masuk"

tapi dia terus ajer blah, cek dalam rumah sambil bawak batang penyapu, saya dalam kereta usah cakap la macam mana punya panik, parkinson dalam kereta, si nisa seb baik tak buat hal, dia duk diam jer, macam tahu mama tengah panik...

saya masa tu takut kalu ada lebih dari sorang pencuri tau, kalu lebih, konfem dia belasah la en.laloque kan, lepas tu dia lari keluar, takut dia pecahkan kembara tu, belasah weols pulak dalam kereta kan... eeee simpang2... seram sgt masa tu, hati berdebar2 macam motobot okeh...

masa tu saya terfikir sesuatu, lebih baik saya bagi tahu jiran saya, cepat2 saya lari keluar, tarik kunci kereta, tit tot, lari terus bukak pintu pagar sebelah (kebetulan memang dia tak pernah kunci pun pagar dia) terus saya ketuk bagi salam...

jiran saya keluar, muka manis, belum sempat dia tanya, saya dah panik2

"akak pintu rumah saya terbukak kak, suami saya kat dalam chek, saya takut kak, saya baru balik dari beli barang tadi, tetiba gril rumah saya terbuka kak, macam mana ni kak" saya cakap2 tak henti2...

"alamak, macam mana ni, nak akak tipun polis ke"
"saya tak tahu la kak... mcm mana ni kak"

sekali terdengar bunyi terketuk2 kat tingkat atas

"kak. bunyi apa tu kak, dorang tengah gaduh ke kak, mcm mana ngan suami saya kak, suami saya kat atas tu... mcm mana ni" saya dah terrkinja2 mcm budak kecik nak gula2 ni, muka nak cebik mcm nak nangis, rasanya muka dah pucat dah

"ok jap2 akak gi tipun polis" berlari2 jiran saya...

sekali saya tengok en.laloque keluar rumah muka sengih2... terus saya jerit kat jiran saya tu, tak perlu lah call polis, en.laloque elok ajer kuar rumah... adoiiii wat panik sungguh la laki ku ini tau

pastu en.laloque terus menuju ke saya kat rumah jiran, sambil sengeh2, dia cakap

"papa rasa, tadi keluar papa lupa nak tutup dan kunci pintu la"

apa lagi gelak sakan la jiran saya tu... adoiiiiiiiii malunya muka saya ni, duiduiduidui... rasa macam nak sorokkan muka dalam baju je tau, bapak punya malu okeh... hihihihihihi

pengajaran betu la kan...

1. len kali kelangkabut macam mana pun, pastikan kunci rumah sebelum keluar
2. kalu terasa pintu rumah terbuka, jangan terus2 masuk rumah, bahaya, atlis mintak tolong jiran tetangga dulu.

ok... selamat bercuti uols...

hiks... saya ni kalu teringat ajer aksi gediks panik saya malam tadi, mesti rasa nak gelak ... MALUUUU oooooo

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

18 komen[s]:

Amira Zafirah said... [Reply to Comments]

ape daaa. kite yg bace pon jd panic bagai je taw ;)

Heartless Devilish said... [Reply to Comments]

lorrrrrrrr....
camner bole lupa kunci pintu??
hahahahaha...

yong said... [Reply to Comments]

hikhik...nak golak pun ado..memula baca cam saspen tul tau..last2 golak guling2 den....

ija said... [Reply to Comments]

hahaha..kalo aku jd ko mmah, aku mtk pasu bunga kosong kat akak tu..pastu sungkupkan kat kepala..wakaka

sweethOneY said... [Reply to Comments]

hikhik
malu sgt ok

that`s girl :)) said... [Reply to Comments]

kalo da kelamkabot, camtu la :)) hehe. nx time, jgn lupa kunci umah :)

pearlEJ said... [Reply to Comments]

hiihihihihihi.... adoii... nak tergelak lakkk..

Mrs. Sheikh said... [Reply to Comments]

hahhaa
lawak tul la zaimahhh

azisazahar said... [Reply to Comments]

hehe...wat saspen jek

meen said... [Reply to Comments]

mak aiih..segala rasa ada..memula kecut perut gak la terbayang2 le kot betul2 ada org masuk rumah tu..tak ke naya je kan?? Tapi lupa tutup pintu la plak kaedahnya kan hahahaah...mesti merah padam muka termalu2 kat akak jiran tu hihi

tinkerbell said... [Reply to Comments]

ehehe...
tgh panic tuh kak vp..
biasela manusia x lari dr kelemahan..
tapi next time lebih conscious..
ehehehe
:)

oli_ole said... [Reply to Comments]

kakakakaka
hahahahaha
kelakar laa vp ni...
nak sambung ketawa lagi...
kakakakakkaa

laloque said... [Reply to Comments]

relaks mama... papa dari umo 9 tahun dah blajar taekwondo tau... black belt 2dan lagik... blajar ngan Kolonel Askar Korea Selatan lak tu... (jobo pulak... kena pencuri pakai pistol... naya!!!)

pengajaran... jgn terus serbu walaupun ada Mahaguru Silat sekali pun... igt anak bini ye!!!

risanur said... [Reply to Comments]

memang saspen giler la masa baca mula2 tu...bila dah abis memang nak gelak guling2 la..lawak la mah ni..belajar dr pengalaman tau...

sapa tak sayang suami kan... :)

edrina said... [Reply to Comments]

eheheh lawak...tapi suspen jugak la kan...tapi paling lawak tu part kuar keter sempat lagiks tu tulis bunyi tit tot kunci keter kakakakaka

TauruzMama said... [Reply to Comments]

wakakaaaa...sgt lawak's okey...

peej said... [Reply to Comments]

sangat lawak ok..n malu gilerr..tp xpe la kan..precaution..kalau betul2 jadi xde la panik kan..sbb dah ade pengalaman..heheh

eiza said... [Reply to Comments]

hehe..
nak gelak boleh tak?


hahahaahaha....lawak la..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^