Wednesday, June 04, 2008

episode 10: u pink my heart

erm episode kali ni maybe agak sedih sikit... sedih la sangat konon kan... tp serius la kalau masa dulu mmg la sedih kan, sekarang semua dah jadi satu memori indah gitu, saya harap cerita lama ni tak menyinggung perasaan en.laloque sebab ini semua cerita lama kan... :D papa tumpang lalu yer...

21 november 2000 (hari carik sendiri)
masa ni saya dah tak keruan, hilang arah... saya tak tahu ape yang sepatutnya saya rasa, apa yang sepatutnya saya buat, perasaan "salah" yang ada dalam diri saya ni, mcm mana saya nak buangggggggggg jauh2... takboleh takboleh takboleh... dilemanyaaaa

semakin saya cuba buang, semakin dia datang... semakinnnnn dekat... seksa betul perasaan ni tau... sangat seksa...

masa ni hati saya betul2 dah terlekat pada dia... tapi saya dalam dilema... takkan saya nak tinggalkan seorang lelaki demi pergi ke seorang lelaki, no no no, saya cuba elakkan situasi ini berlaku, saya taknak jd pompuan mcm ni... :(

dulu masa kat UUM, ada la insan2 "baik tak suka jaga tepi kain orang" pernah menggelarkan saya ni perempuan jenis ramai boifren, tak suka ini tinggal cari lain, tak suka lagi cari lain tinggal... amboi sedapnya mulut... meh sini saya cili sikit...

mana lelaki yang pernah saya mainkan tu, sila tampil, ewah pengakuan berani mati katanyakan,

meh saya bagi situasi:

situasi 1: lelaki minat, kacau2 kita... - tetiba kita kenel label pompuan gatal
situasi 2: lelaki minat dan bgtaukita dia suka kita dan kita tolak - tetiba kita kene label yang kita suka mainkan hati lelaki
situasi 3: lelaki minat dan tak putus2 asa walaupun kita cakap baik2 pastu frust2 cerita abis kat member2 - tetiba kita lak kena marah sbb kecewakan dia, kita tinggalkan dia... apa ni wei kapel pun belum apahal lak nak tinggal2kan lak ni...

itu lah antara situasi2 serbasalah saya dulu, tp kan kalau fikir2 balik, macam poyo jer kan kan kan hahahahha... tp tu semua pengalaman menarik tau...

ok2 berbalik kepada cerita asal, (ambik mood balik fuh fuh fuh)

hubungan saya ngan "kawan" saya semakin hari semakin goyah, ye saya tahu salah saya memang salah saya, plis blame me

tp saya rasa selagi saya belum kawen, saya ada hak untuk buat pilihan... pilihan hati saya... saya taknak nanti menyesal terlambat buat keputusan

setiap malam saya berfikir, what shud i do, macam mana... macam mana... macam mana

saya dalam keadaan yang sukar... mulut saya sentiasa bercerita tentang abang lalok itu abang lalok ini, sampai terkadang bila saya menyedari yang saya asik menyebut namanya, saya jadi malu sendiri, (kan jijah kan... kau la tukang dengar cerita2 bodoh aku dulu), kawan2 rapat saya seperti jijah dan muni memang dah boleh mengagak perubahan ketara yang saya tunjukkan

dalam pada masa yang sama, en.laloque juga terus memancing, saya tak tahu dia guna tektik ape, tp pada saya lagak dia biasa ajer, itu yang buat saya terpikat, sebab biasanya lelaki mengenali rapat dengan saya pasti ada agenda lain, tp tidak pada en.laloque

dia terlalu memanjakan saya, ape saya yang saya ter ter sebut, pasti dia usaha untuk kotakan, mula2 dulu saya teringin nak beli teddy bear beso2, dan dia tunaikan, dia beli teddybear besar bagak untuk saya, pompuan mmg la suka menda2 alah mcm ni kan lepas tu saya teringin sangat muka saya di potretkan, dan en.laloque cakap, kalau teringin nak mcm tu, pos kan gambar nanti dia lukiskan... saya sgt xcited okey... sbb dia kata dia nak lukiskan sendiri... diulangi "lukis sendiri" jadi saya postkan padanya beberapa keping gambar saya. dan hasilnya... mengagumkan...

gambar potret tu saya gantungkan dalam bilik, semua kawan yang datang bilik saya pasti akan berkata,

"wah sape yang lukis gambar ko ni, cuba ko tgk gambar mata ni, aku rasa pelukis ni lukis gambar ni mcm ada perasaan pulak kat kau, lukis dengan penuh perasaan, sape lukis ni"

sape yang kenal saya bgtau la, sape tak kenal saya ckp ajer kawan. tapi masa saya dengar statement "pelukis tu lukis dengan penuh perasaan"... lagi bertambah berbunga2 hati saya, terus jd angau hahahahaha

tp en.laloque masa ni tak pernah cakap dia suka saya ke hape, yang saya tahu dia sangat baik dengan saya, tu jer, sampaikan gambar yang saya post tu pun boleh dia cakap

"orang mintak izin nak simpan gambar dia ni, tu pun kalau dia bagi lah, kalau tak nanti orang pulangkan"

oh soooo sweeeeeeeetttttttttt kan... giler kemaruk saya, bende ni pun saya rasa sweet hiks

saya betul2 rasa tertekan, serbasalah... hati berkata lain, perlakuan menunjukkan lain, akal mengatakan lain, hati berbisik lain... jadi saya ambil keputusan untuk...

bersambung

(saya kan suka jer mcm ni... hahahaha... ala2 drama korea tak uols... junsang ngan ujin gitu winter sonata)

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^