Follow Viruspadu

Friday, June 13, 2008

gaji dibayar 2 kali sebulan

so mcm mana uols rasa...

yelah, kalau kat ober the sea, mmg bayar gaji mingguan ni mmg dah biasa kan (agaknya lah, saya dgr orang citer ngan tgk drama tv jer), tp kalau kat sini (m'sia) memang bukan kebiasaan kita kan

sebenarnya saya tak tgk berita malam tu, tp pagi nak gi kerja saya terdengar berita kat era, katanya gaji kakitangan awam akan dibayar 2 kali sebulan...

terus saya wat muka pelik...

sebab:

1. gaji mesti potong dua kan, so tu bukan isu lah, sebab sama ajer la gaji kita
2. hutang2 yang nak dibayar tu mcm mana??? biasanya kan kita dapat ajer gaji, terus bayar semua hutang2 bil2 kan, so kalau gaji dah pecah dua, maybe ada bil yang tak dpt bayar, kene tunggu gaji kali kedua kan
3. saya wat potongan gaji ke ASB dan Tabung haji setiap bulan, so dia potong mcm mana ek
4. lepas tu mcm2 lah yang saya fikirkan,

lepas tu, baru saya tahu yang "“Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan. Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,”

pastu saya borak2 ngan roomate saya, dia pun agak konpius jugak, tp dia cakap, mula2 ni maybe kita tak biasa, tp dah lama2 maybe kita boleh biasakan diri...

layannnnn...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

10 komen[s]:

edrina said... [Reply to Comments]

betul tu vp. company akak yg dorang kat US tu semua gaji dibayar mingguan.

ratna said... [Reply to Comments]

saya pun agak konpius. agak takut pun ada. konpius bila pikir gaji husband saya. gaji dia overall RM 3k++ kalau dibahagikan 2 jadi la dlm 1k++. bayar utang loan umah RM 1200. itu belum nak settlekan yg lain2 tu. skrg cost of living pun dah meningkat giler.

risanur said... [Reply to Comments]

yg tak bestnye semua potongan & bayaran bil akan dibuat hujung bulan...confirm la kita takde duit nati..kena tunggu sampai pertengahan bulan...

laloque said... [Reply to Comments]

bagi org yg payslip bersih xde sbrg potongan tu ok la. tapi kalo org yg buat potong angkasa, potong pinjaman rumah, pinjaman kereta dlm payslip dia mybe pening kpala. Bayangkan gaji 2000. Bahagi 2, seribu masuk tgh bulan, lg seribu masuk akhir bulan. potongan rumah + angkasa + kereta = RM800. Semua potongan bayar akhir bulan. so gaji dia pada akhir bulan tinggal RM200 jer. tapi cuba kalo potongan sbln RM1200. akhir bulan Gaji langsung xde... tul kata cuepec tu, utk gaji RM5000 ke atas ok la... tapi bagi yg berjawatan kerani, gaji dlm RM1200 jer... tolak potongan lagik migrain diorg! ramai la kakitangan awam yg jumpa along pasni...

lil^RED799 said... [Reply to Comments]

kalau dorg nak implement mcm ni...makananye segala sewa dan bayaran bil kene bayar due kali juge....

its true overseas bayo tiap2 minggu sbb cost of living diorang tinggi...and yes!!! sewa umah pun dibayar mengikut minggu....bukan mengikut bulan...

kalau betul kerajaan nak buat....the whole system kat mesia ni nak kene ubah...kalo tak maing2 tercekik nanti.....lama2 mungkin ok la kut

...$weE+ 666... said... [Reply to Comments]

sesuatu yg baru pastinyer akan menjadi pelik. bcoz it is our habit to stick with what we already used to. sure ada pros & cons kan... whoever yg decide should've think of all the consequences. hmmm... *not yet done thinking*

~dyla~ said... [Reply to Comments]

vp,
sy sbnrnya lagi suka gaji tu hujung bln je... mcm kata en.laloque tu... kalau gaji byk potong dua takpelah.. yg gaji kecik cinonet mcm ne plak.. cukup2 leceh la...

bg sy tak memudahkan langsung. lg menyusahkan ada la... nak nyimpan kat bank pun dah susah.

Puan Honey said... [Reply to Comments]

betul tu VP, memula memang kompius nak manage semua duit.. tapi lama-lama insyallah boleh biasa. hujung bulan payment memang biasanya kurang daripada mid month. saya dah biasa dengan system nih sebab keja ngan company US...

tapi sekiranya diberi pilihan rasanya nak gaji dibayar sebulan sekali je..

Eina said... [Reply to Comments]

swasta ramai buat camni..no probloem kalo dah biasa...

Rebecca Ilham said... [Reply to Comments]

Salam akak,

saya belajar lagi kat US, tapi ada kerja sambilan sikit-sikit. Gaji dibayar setiap setengah bulan (15hb dan hari terakhir setiap bulan). Saya suka sistem ni sebab tengah-tengah bulan selalunya duit elaun mula kering, tapi ada juga duit sampingan masuk untuk menampung belanja. Tentang potong loan sana-sini saya no comment, sebab belum sampai takah tu. Tapi renyahnya kat US ni bab kena uruskan cukai pendapatanlah. Huhu.







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^