Follow Viruspadu

Tuesday, June 17, 2008

tiap kali lalu mesti geram tau

tiap kali lalu highway ni je kan, lalu pulak sebelah rumah nih kan....aduuh hati geram jer tau



dulu kan, masa weols survey2 rumah, weols bekenan sgt ngan umah ni :)

rumah ni sebelah highway jugak, takde tingkat2, sebijik tengah2 ni, pastu laman besau, mmg betul2 la menepati citarasa saya ngan en.laloque

punyalah bekenan, weols call la pemaju, dia kata harga rumah ni RM270k... rate kat negeri sembilan mmg mcm ni yer :p wah boleh la kiranya nak belikan, masih under bajek gitu, so terus janji2 nak jumpa2 nak tgk dalam rumah

hari yang dijanjikan tu, boleh tak dia call, offer rumah lain la itu ini lah, tak bagi saya beli rumah ni, hangen jerk

serasa saya lah, kalau jual rumah siap ni, maybe komisyen dia sikit kot, so dia paksa saya beli rumah yang belum siap tu, hampeh... apa dia igt saya berani ke nak beli rumah tak siap, kang kalau terbengkalai mcm rumah yang saya beli kat rantau tu mcm mana???? saya dah fobia okey!!!!

ahhhh sudah la, kalau taknak jual sudah la... saya ni sbnrnya cepat fedap tau, dan jugak cepat hangat hati... ko taknak jual, sudah, ape saya kesah sgt!, pirahhhhhhhh... anda telah mengecewakan hati pelanggan okey! muhahahaha emo disitu

sudahnya dpt la rumah sekrang, dan sekarang saya dah tahu apa hikmahnya semua kejadian yang berlaku kan kan kan... saya dpt rumah yang palingggggggggggg best...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

14 komen[s]:

KV said... [Reply to Comments]

mah, rumah yg tak siap kat rantau tu macamana. Kena bayar ker?

laloque said... [Reply to Comments]

tul tu... rumah tu gua dah lama usha. kira nekad mmg nak amik punya la. sekali egent tu cam nak kitorg beli rumah lain. dia kata rumah tu dah ada company booked. padah nyer sampai sekarang rumah tu di huni oleh hantu jer... kalo jual kat kitorg dah tentu dia dpt komisen gak... apa2 pun rumah sekarang nie dah cukup sempurna...

mama ranggie said... [Reply to Comments]

skrg ko dah dpt gakkan rumah idaman hati...aku tahu ko memang suke dpt rumah skrg nih,jiran2 pon baik kan?hepi aku tgk ko hepi mah...!

risanur said... [Reply to Comments]

tahniah krn dah ada dah ada umah sendiri...risa skrg tgh tercari2 umah yg berseuaian...kat KL mana la nak ada umah teres camtu lagi...

umie_adam said... [Reply to Comments]

saya rasa umah tu berhantu kot, mah..tu sebab dia tak bani nak let go kat korang tu...apa2 jd kang tak pasal2 dia kene bertanggungjawab gitu..

nape saya tgk umah tu len macam je ek..ke perasaan saya sorang je hehehe

rasp said... [Reply to Comments]

dah memang dijodohkan vp dgn umah skarang nie kan ;)

~dyla~ said... [Reply to Comments]

jgn risau ada hikmahnya tu...
tapi kira ok gak harga umah tu ye...

edrina said... [Reply to Comments]

betul tu setiap yg berlaku ada hikmahnya.. bukan rezeki vp nak dapat umah tu kan..tapi dapat umah yg lagiks best kan :-)

yong said... [Reply to Comments]

hehehehe tiap kali kalau lalu nak lik senawang, mesti nampak ini rumah punya...

mica-tetty said... [Reply to Comments]

tapi seram lak tgk umah tu

meo188 said... [Reply to Comments]

mcm umah antu jer

~aida~ said... [Reply to Comments]

hye sis,aida here...finally i can say smothing..sis ada chat boz x..nnty kalu ajin lwt blog kite yerk..(erk..tak paksa cuma suh jer...hehe)

NONIE AZIZ said... [Reply to Comments]

hahaha....akak ingat akak sorang jer yang berkenan rumah tu rupa ko pun sama VP...rumah tu mmg simplekan...kitaorg kalau pergi Senawang lalu kat highway tu mesti pandang rumah ni...Kitaorg pun heran jugak nape macam tak de org...hubby akak buat andaian rumah tak de CF kes kes kes...Setiap kejadian tu ada hikmah dia VP!!

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

kan akak selalu pesan..setiap yang berlaku tuhan sentiasa janjikan hikmahnya..yang kekadang kita tak sedari...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^