Follow Viruspadu

Saturday, July 12, 2008

CUTI yang plan sume tunggang terBALIK

meh saya bgtau, semalam saya cuti **yeyyy**

saya konon nak amik cuti sebabnya konon nak gi terjah company yang telah mengecewakan ku itu, alah pasal rumah terbengkalai saya tu lah, payment dia macam c*r*t okey, wahhhhhhhh sejak bila pandai mencarut ni hahahaha... janji tinggal janji jer, konon nak bayar bulanan la hape la, budussss sungguh

tu yang saya dah bertekad ngan en.laloque kononnya nak gi seranglah company tu, nak amik gambar bagai kan, geram ni, memang niat nak anto tv3 ker, hanto surat khabar ke hape ke kan, bior kan padan muko... geram nehhh...

so pepagi ngan malas2 nak bgn tido, indah giler dpt bangun lambat :p, sila menjeles sape yang keje semalam hiks, baru nak lilek2, baru nak kaco2 en.laloque layan internet, sekali saya dapat call dari mak saya

"andak, ko dah gi spital ke belum?"
"nape mak"
"ko tak tahu lg ke" ~ giler ketinggalan
"tahu mende"
"darwish masuk spital"
"la ye ke ... bila?"
"dah 2 hari masuk spital"
"sakit ape mak"
"paru2 kene jangkitan kuman, siap minum susu pakai tiub, kesian sgt, jom la kita pegi"
masa ni saya teringatkan nak gi serang comp tu kan... so dah ala2 konpius nak buat keputusan mcm mana
"mak nak pegi bila, petang boleh tak mak"
"mak nak pegi ni, erm takpela mak gi ngan teksi je lah" ~ adoi rasa bersalah okey
"mak, andak tanya abgdak dulu yer, nanti andak call mak balik"

tu jer jawapan yang saya boleh bg masa tu, mcm ala2 blur sikit, yelah kan, berbelah bagi gak mana nak kejarkan dulu, dgr mcm serius jer sakitnya, so...

"papa, darwish masuk spital, mak ajak gi tgk, erm mcm mana ek, plan kita ni"
"takpe papa call dorang dulu"
"ok"

en.laloque amik phone, terus call, saya kat tepi siap jd batu api lagi suh marah2 hahahahaha

apa yang sy dgr
"mcm mana saya punya payment, check saya mcm mana"
"ape ni, berapa kali u janji2 ni"
"ok ini last time i percaya, lepas ni kalau u tak tunaikan janji i buat report polis"
tamat

baik giler okey ayat en.laloque, saya membayangkan dia maki2 ke hape ke hahahaha

en.laloque bgtau, dorg dah kecut perut sebab ada yang senasib ngan weols dah panjangkan isu ni kat tv3 hahahahaha padan muko, tu yang tetiba baik giler nak bayar kan, kita tgk kan dulu, kalau tak bayar jugak konfem saya gi sana amik gambo jugak2,

nama company tu kan, b**d*r *k*r properties, eceh, skrg saya buat la star2 konon nak cover2 baik lg kan, kalau dia tipu lg, nanti masa saya amik gambo, haaaaaaaaa masa tu ngan surat2 janji2 manis semua saya tayang kat uols yer, geram nehhhhhhh, dengan surat kepada "sesiapa yang berkenaan" pun saya tayang sekali... huhuhuhuh

so bila depa dah gigil2 janji nak bayar tu, mcm tetiba kesian plak hahahaha, tu yang tak jadi nak gi terjah amik gambar segala tu kan, so en.laloque cakap, jom lah kita balik cheras, tgk anak akak, weols kan dah mengalami benda2 mcm ni, so paham sgt perasaan akak, eceh...

merpati dua sejoli (merpati konon)

yer betul, muka saya tembam kan :p ohhh tidakkkk, tp laki saya suka okey hahaha

nak tayang cincin sikit



harus benti RNR makan dulu, lapar weiiiiiiiiiii... kebuluq, yelah bgn tido, lepak2, terus balik cheras kan.. oh yer, nisa pagi2 lg en.laloque dah hantar nursery, sebab kan weols plan nak gi terjah company tu kan, takkan nak kendong nisa, kang tak pasal2 kang lain lak citenya kang, tetiba tak jadik plak huhuhuhuh


ehem2, mee rebus dia sedap weiii... korang kalau benti RNR semban ni, benti la try, sedap oooooooo


dan, haaaaaaaaa... saya kan, kalau makan ada perah2 limau ni kan, memang nak perah, tp tak suka la jari kotor, wah mengada giler kan, so memang tugas en.laloque lah memerahkan limau ku :p



sekali sebelah tu ada pulak kacang kuda kan, teringat masa peknen, mesti beli kalau gi pasar malam


ha hambek ko... ni makan ke hape ni... hahahahaha... macam iklan mee segera hape tu hahahaha

dia kata malas nak pakai sudu lambattt... adoiiiiiiiii... belasah ajer la papa, janji bahagia

haaaaaaaaa bg uols tgk betapa sedapnya kacang kudo ini...


ok sambung nanti yer... daaaaaa

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

3 komen[s]:

atty's said... [Reply to Comments]

semlm baru ckp pasang kacang nie.
hari ni buka blog zaimah..
waaaaaaaaaa..ade lak gambau..

IBU KUMBANG said... [Reply to Comments]

hehehe.. kacang kuda memang best..

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

wah sedondon tu kaler baju..hiks







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^