Follow Viruspadu

Tuesday, July 15, 2008

episode 13: u pink my heart

lama tak uols tunggu episode ni

sowiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

bukan hape, saya takde mood nak sambung disebabkan line tenet bengong sgt hari tu, lepas tu terus lupa hihihihih... adoi, kene baca balik dah sampai mana saya cerita kat uols kan

ok2 ini episode lepas:

"sebenarnya kita ni mcm mana?"

huhuhuhuh... mcm2 respon kat komen saya baca, mcm2 jawapan yang uols bagi kan :p, suke jer saya baca

ok begini kisahnya

masa en.laloque tanya tu, saya memang sgt terkedu, diam beberapa saat, serba salah, serba tak kena, saya masih "berkawan", apa jawapan yang sepatutnya saya berikan??????

"kita tak tahu"

tu jer jawapan yang mampu saya jawab

keadaan sunyi, en.laloque diam ... saya pun diam

agaknya kalau dalam filem ni dah ada background muzik sedih2 feeling2 sedih dah ni :p,

maybe en.laloque rasa bersalah dan cuba memecahkan suasana bosan dan tegang tadi, dia mula bersuara

"bukan ape, orang cuma nak dapatkan kepastian jer"
"kita tahu"
"orang tak paksa dia, orang terima semua keputusan dia"
"abg lalok..... kita kan..."
"ape dia?"
"erm....."

susah giler okey... beratttttttttttt sangat mulut saya, keluuuu betul lidah saya

"abang lalok..."
"saya"
"sabar sikit yer, biar kita bincang dulu, biar betul2 kita diskas dulu yer"
"orang paham"

sebenarnya dalam hati saya nak cakap "abang lalok, jom kita kawen, saya dah gillak sama lu" hahahahaha... saya terasa diri saya sgt jahat okey... yes blame me again :(

*** tamat kisah ni

so lepas balik ke UUM,

susah giler tau, bila hati dah kat orang lain, tp kapel ngan orang lain... serba salah, tp saya tahu dan yakin "kawan" saya tu dapat merasai kelainan saya, menyedari perubahan saya, so masuk ajer semester, weols jumpa... dan mcm dah tahu, perjumpaan ini adalah untuk kali terakhir

dan, saya takkan ceritakan dengan detail bab tu, yes... saya terpaksa menjaga hati pihak2 tertentu jika dia terbaca blog ini... kalau terbaca saya ambil kesempatan ni nak mintak maaf jugak lah, dah ketentuan kepada semua ini terjadi, ada hikmah sebab musibab kenapa sesuatu perkara terjadi kan :)

i'm SINGLE again... (ada lah few orang, dpt tahu jer saya single beria2 nak cucuk jarum, padahal depa tak tahu, hati saya dah ditawan ewahhhhh... ayat tak boleh blah)

legaaaaaaaaaaaaaaa segala kekusutan dalam hati, saya dah tak sanggup menipu diri sendiri lagi, kalau lebih lama saya menipu, lagi akan melukakan kan... maybe ini keputusan terbaik untuk setakat ini (masa tu lah)

dan berita ini adalah berita gembira buat en.laloque kan :p

gile gatal hahahahaha... penat gamaknya dia tunggu peluang ni hahaha

"kita dah takde pape ngan dia"
"oh ye ke" ~ cheh pura2 tanya pulak

saya senyum
en.laloque senyum

senyum penuh makna

tak perlu nak declare2 pape, dia paham, saya paham,

beberapa hari selepas tu, en.laloque wat lawak bodoh, masa ni weols dah mcm biasa balik dah, kalau borak pun dah mcm biasa dah

"kita declare 1 jan kan"
"ek alah, apahal lu mamat"
"saje la orang amik tarikh tu mcm best jer, lgpun senang nak igt tarikh tu"
"hahahah sesuka hati jer la abg lalok ni"

padahal masa tu, januari pun dah dekat habis, dah nak masuk februari dah hihihih... suko hati la labu

dan kemudian2 itu

"kita tukar nama panggilan nak, baru la special sikit" ~ dah mula idea sengal
"dia nak orang panggil dia ape"
"alah, abang laloq pilih la, tp jgn panggil "zai" tau, kita geli"
"oh mcm tu orang panggil "zai" lah... zaiiiiiiiii ooo zaiiiiiiiii"
"taknak kawan aaaaaaaaa mcm ni"
"ok2, abis tu nak panggil ape"
"panggil kita "ma" nak, mcm manja jer hihihihihih"
"ok jugak"
"kita panggil abg lalok "abang" nak tak, mcm best jer panggil "abang" kan"
"orang tak kisah"

dan kemudian2 lagi

kring kring
"hello ma, buat ape tu?"
"erkkkkk..."

pelik!!!!... hahahahahahaha... giler pelik 1st time dengar orang panggil nama lain kat saya hihihihihih... mulut saya nak start panggil en.laloque ni "abang" pun sikit punya gigil2 lidah bibir semua hihihihih

dan mulai saat itu, kehidupan saya penuh warna warni kebahagiaan... hari2 senyum sampai telinga, walaupun jarak memisahkan, tp hati tetap bersatu gitu...

ok nanti saya sambung pasat surat2 cinta ek, nak tahu ke isi kandung surat itu, nyeh2

episode ni akan habis sampai saya kawen ek, bagaimana liku2 percintaan saya, ewah

bersambung

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

16 komen[s]:

@in said... [Reply to Comments]

ma gituuu!!...auwww.... mesti minah ni sangat lembut dan ayu ni...wekekekeke

risanur said... [Reply to Comments]

mmg la penat menunggu sambungan n3 ni..ingatkan dah lupa segala ceta..

RieNa said... [Reply to Comments]

akhirnyaa..episod baru dah kuar..hehehe.giler penat tunggu..

umie_adam said... [Reply to Comments]

hati berbunga bahagia ek..cayalahhhhhhh

laloque said... [Reply to Comments]

auwwww!!! malu ai... bila baca kisah jaman berchenta dulu

~ilyanie_usyuk~ said... [Reply to Comments]

hik3...
romantik gitu..
org..dia..
cam malu2 jek..

chumel giler..

bahagia terasa...

nizafauzi said... [Reply to Comments]

akhirnyaaa ade jugak...lama gile sy tunggu ni..ekekekek..

org..die..ehehehehe..malu2 kucen gitu.. :)

mau lagi, mau lagik..hehehee..

berbunga2 suda dlm hati sy baca n3 kali ni kak.. :)

sarinawati said... [Reply to Comments]

emmmmmm teringat kisah lama emm hihiikkk sweet kan

ceera said... [Reply to Comments]

hahahha...

gelak guling aku baca..

=P

KV said... [Reply to Comments]

ewahhhhh !!!!!

Umi Mia said... [Reply to Comments]

kikikiki...ma ooo ma...abang cinta sama ma...hahahaha...nyakat2..jangan marah aaa....ma....

rasp said... [Reply to Comments]

ha bersambung jugak! dah lama menunggu nie ma! *ihiks*

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

wuhooo.. boleh visualize mmah gelak2 ayu gittew.. ekekekeke sambung cecepat tau citer ni.. besh baca ;D

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

heheh kelakar la...
tp betulkan bila mula-mula kawan
then ada bibit cintun..

nak tukar panggilan for the first time cam kelakar!!!

hehehhe..i feel da same too..

tp not kawen yet..
ekonomi kurang kestabilan lagi..hiksss.

along said... [Reply to Comments]

along pun trgelak baca!!

haha.
sweet ah.
sweet gile.

no need to reveal hehe said... [Reply to Comments]

sambung le lagi...best le baca hehehe







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^