Follow Viruspadu

Thursday, July 24, 2008

klik klik

"papa rasa, td mcm kene speedtrap la sayang"
"ye ke, papa bawak laju ke"
"110"
"kat mana kene"
"kat highway ni lah, masa tu tak perasan, tetiba nampak otek belakang tiang, pastu nampak mcm flash"
"hahahahaha"
"kete ni nama mama tau, so mama yang kene saman"
"alamak ye ke, erm takpelah benda dah jadi"


see, saya sangat baik bukan???? (sila jawab baik!)

biasalah kalau sang suami/lelaki yang bikin saman, geser kereta, kemek ke ape ke si isteri/perempuan mesti rilex lepak jer kan, cuba kalau poms/isteri yang ter ter ter buat tu sume, cuba dengar depa punya bebel mcm mana hahahahaha "tulah lenkali.... bla bla bla" ... ops... en.laloque tak mcm tu kan lalalalala (harus puji2, kot2 dapat jam guess) ~ tektik2 ;P

so kalau benar la kene saman speed trap tu, kalauuuuuuuu la kan, doa2kan la bukan yer,

kalau 110 pun kene speedtrap, highway tuuuuuuu, kalau takleh bawak laju mcm gitu, tak payah la tulis "ikut kiri untuk memotong" kan, dah ttu2 line kanan ngan tengah bawak 90 ke atas kan, dah tu kalau nak memotong takkan bawak 90 jugak kot, bebal tul la

dugaan dugaan

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

miz_eda said... [Reply to Comments]

ntah2 flash kamera je tak?? :)

nasazfrog... said... [Reply to Comments]

hai... tak kan en. laloque tak perasan tahap kelajuan dia mah,,, mungkin asyik pk kojo yo tuh,,, iyo mintk2 tak la kan... kok kono baya yo lah,,, :) apo nak buek kan,..

laloque said... [Reply to Comments]

walaupun viva tu atas nama mama... kalo kena saman, duit papa yg kuar... har har har harun

mummysyafie said... [Reply to Comments]

tu lah cik laloque..walau pun vp kena saman..tapi still duit en laloque yang bayar..putar belik balik tang tu gak..hihihiih..best arr couple ni

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

dtekankan dctu..jam GUESS..en lalaoque...x fhm2 lg ker..mayak sudaa hint tuh...

peej said... [Reply to Comments]

x kene kot..
kalau 110 je..still dlm speed limit..

kite org pernah kene tahan..speed 111km/j..tp die lepaskan..sbb 1 je lebih kan..
;p
so ok kot..xde pape la tuh kot..

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

hehehehehe.. sebagai gangti saman, mmah soh la en laloque belanja vintage ke... kasut ke.. hehehehehe...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^