Follow Viruspadu

Sunday, July 06, 2008

survey cat

igt lg tak, weols nak survey cat hari tu, tp pagar dia dah tutup separuh, so tak puas hati, pegi lagi sekali lor

beso okey kedai cat ni, puas hati... ha ni dia, rasanya sape duk semban, kalau nak gi jusco konfem nampak kedai ni tepi jalan... so sila carik sendiri, kalau nak tanya map, kita tunggu en.laloque stori, saya bab2 jalan ni memang fail giler


weols bukan plan skrg nak cat rumah, maybe next month or next 2 month kot, kotttttttt la kalau ada rezeki dan takde aral melintang... eceh


weols tanya tokei tu, bape harga cat ngan upah cat sekali, mcm murah giler lak semua ngan cat ngan upah tak sampai 3k, huh... bior betul ni, sbb hari tu weols tanya jiran dia kata dalam 5k mcm tu, tu pun jiran saya beli cat sendiri, upah orang lain cat, takpe, tu baru dia agak2 jer tu, maybe dah tgk rumah lain pulak regenya kan


tokei ni baik tak hengat, bagus cara dia layan customer dia,

"tokei, u ada amik upah cat sekali ka"
"ala2"
"kasik no phone la kat i"
"muleh2, ini orang manyak bagut ooo, dia boleh kasik cat u punya rumah"
"oh ok, nanti i call dia"
"i bagi nama dia sebab dia bagut aaa... kalau dia buat2 hal, u call i back"
"wahhhhhhhh... itu macam aaa... ok2, ini ujung bulan i call dia"

hihihih... mcm ni lah cara2 nak yakinkan customer yer kawan2, hihihihih

lepas tu, saya survey2 dia punya wallpaper, erm takde satu pun saya bekenan, bukan sebab tak cantik, tp tak kene lak konsep dia... sape yang rumah dia konsep ala2 kayu kayan, seswai la ngan wallpaper yang ada kat sini


nisa buat kedai cat ni mcm kedai dia sendiri, amik gula2 dia igt dia punya, gula2 mama kat rumah yang mcm kedai tu sikit ko wat tak endah kan, gula2 orang yang sedap ye...

sabo jelah...

eeeeeeeeeeee tak sabar nak cat rumah, apa2 pun tgk dulu, kalau weols tgk upah cat ngan cat mahal sgt, kiranya buzz bajek, maybe weols akan cat sendiri jer nanti :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

mica@tetty said... [Reply to Comments]

warna pink ye kak zai ..waaa best gtu

laloque said... [Reply to Comments]

warna ijo pun patut ade

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

mah..hidup pink...semangatkan klu nak cat mengecat nih...

haqeeliza said... [Reply to Comments]

3k?? mahal jgak... upah baper? klu kat jb upah dalam rm500 ke rm900, 1 umah...

mad redo1 said... [Reply to Comments]

tengok tajuk ingat tengah dok cari kucing... 'survey cat'... hehehe... mad redo1 excited gak time cari2 cat nih... tapi bila tiba time mengecat, haiyak! manyak malas ooooo...

nuarliesya said... [Reply to Comments]

best..best cat umah sebelum raya nie...lieza saja nak suggestlah klau nak guna cat apa paling elok untuk dalam luar...kalau dalam seelok2 nyer guna Nippon yang odelest tu dia mmg ok..tapi kalau nak cat luar plak sebaik2 nyer guna cat ICI..dia thn lama dan tahan kulat..itu dari segi pengalaman yang lieza adalah sepanjang bekerja di arkitek firm..sebab nya projek yang weouls buat semua weouls syorkan guna kedua2 cat nie mmg ok.dari segi ranking mmg ICI dan Nippon yang teratas....SELAMAT MENGECAT RUMAH...ajak Nisa tolong cat sekali yer..

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

cat rumah... hmmm my tips... jotun has nice colors plus ia ada cam glossy finish sket so dinding umah nampak up sket... seamaster i pernah try memula masuk dulu.. kaler sama tapi tak up sgt finishing dia... nippon utk luaran elok guna sbb tahan lama cat dia and a bit costly... for small area.. maybe u might wanna do it on ur own.. penat sket but fun... bebudak ske sgt... mana yg luas tu might be berbaloi upah orang... just my 2 cents ;D

enjoyy mengecat... hehehehehe umah akak ada 12 kaler tau ekekekekee cam taska je







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^