Friday, August 29, 2008

Episod 16 - You Pink My Heart

episode kali ni en.laloque yang karang, layannnnnnnn

Masih ingat lagi satu peristiwa yang paling indah dalam hidup aku....

Selepas jer kami berdua malu2 kunun mengistiharkan perkapelan kitorg, aku plan nak jengah cinta ati aku di UUM tu. Maklumlah, cinta PJJ la kate kan. Bukan leh jumpa selalu. Walaupun setiap malam dengar suara memasing, tapi corong ganggang telefon jadi penghalang kitorang setiap malam. Pernah sampai bil celcom aku naik ke angka RM 3k sebulan!!! gilos ke aper!!!... pastu aku wat dek jer xbayar bil celcom tu (tapi aku bayar gak... sikit2 sampai abis). Aku tukar guna phone card public phone pulak. Setiap malam la aku meredah bandar pandan indah cari public phone kosong. Yang pasti, the store Pandan Indah la tempat terjahan aku saban malam. Sampai jaga situ naik muak tgk muka aku nie.

Ops!... melalut lak... so aku plan nak buat surprise visit ke UUM. Lagik pun UUM juga merupakan ex-Universiti dimana aku belajar 2-3 tahun dulu, sebelum itu. Kira jodoh jugak la, xsangka pulak bakal bini (masa tu lah) pun budak UUM gak, sedangkan dia junior aku 6 tahun!! bayangkan aku dah masuk matrikulasi dia masih dalam darjah 6 huhhuhuhuhuh... Selain dapat jumpa cinta ati, dapat gak lepas gian main kayak kan.... tak gitu.

So, aku apply cuti 3 hari. Mula hari Rabu, so dah tentu dia xsyak aku nak datang UUM during weekday. Aku gerak naik bas kul 8.00 pagi, hari Rabu tu. Sedang aku sedap tido dlm bas tu. Aku dapat call dari kekasih hati ku itu. Kata nya dia sakit. Di mulut aku cakap, "kesian nyer... makan la panadol.." Tapi dalam hati "sat gi ubat sampai... elok la tu" sambil senyum2...

Sampai jer pekan changloon, aku call si dia balik. "Dah makan ubat ke?"... "Dah" jawabnya. Aku cakap, "Kalau belum, abang datang hantarkan ubat"... "Hantar lah" sambil dia melawak... "OK tunggu ek"..

Bila aku turun dari bas kat PKP UUM, aku terus call si dia. "Meh la turun amik ubat nie... Kat PKP nie..." hahahahahaha... terperanjat gile si dia sambil cakap "patut lah kuar nombor 04 kat skrin hanpon nie..." "xtipu nie... ada kat UUM ke nie???" masih tak percaya. Aku cakap, "turun la, kalo xcaya... abang tunggu kat PKP"

Punya la girang nye wajah vp masa tu, xde apa lagik yg paling indah dari melihat vp ketawa. Hilang deman. Hilang sakit. Hilang migrain. Terus ceria... tu la, "ubat" dah datang.

Minggu itu, kitorg lepak tasik Guthrie, berkayak, main perahu panjang, lepak D9, sewa kereta gi Gua Kelam, makan di Kuala Perlis, jenjalan di Alor Setar, dah bersiar2 ke Bukit Bendera... Di Bukit Bendera banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Nanti-nanti la cerita...

opsss bersambung lagi :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^