Follow Viruspadu

Wednesday, August 20, 2008

Jasa Yang Tidak Terbalas...

Dari Blog En. Laloque ,

Rasa sungguh terharu bila diberitahu oleh seorang rakan yang baru-baru ini terpaksa mendapatkan rawatan bagi anaknya di Hospital Putrajaya yang kemudian anak beliau itu terpaksa ditempatkan ke dalam wad NICU, telah mengatakan yang beliau telah terlihat sekeping kad yang cukup-cukup dikenali. Atas jasa baik rakan itu, beliau telah secara sembunyi-sembunyi merakamkan kepingan kad tersebut.

Benar-benar tidak disangka, walaupun arwah Alesha telah lebih dari 2 tahun kembali ke rahmat Allah, pihak Wad NICU Hospital Putrajaya masih menyimpan kad ucapan kami. Tiada kata-kata yang mampu kami lahirkan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas layanan, penjagaan, kata-kata semangat, kasih sayang dan simpati yang telah dicurahkan oleh para doktor dan kakitangan wad NICU Hospital Putrajaya itu.


**Hanya kad ini sahaja yang mampu kami jadikan penebus segala jasa para doktor dan jururawat di Wad NICU Putrajaya.

Selama 5 bulan mereka menjaga, merawat, menyayangi, membelai, menyusukan dan mengasuh Alesha tanpa jemu dan dengan penuh tanggungjawab. Kami sebenarnya benar-benar cemburu kepada para doktor dan jururawat di Wad Nicu itu kerana merekalah sebenarnya "ibubapa" Alesha. Mereka lebih lama bersama Arwah dari kami ibubapa sebenar Alesha. Setiap kali kami datang melawat Alesha, setiap kali itu juga mereka menyatakan setiap perkembangan Alesha. "Hari ni Alesha dah naik sikit beratnya..." "Hari ni Alesha sudah mula tersenyum..." "Hari ini Alesha mendengar radio... paling dia suka dengar berita di radio..." "Hari ini Alesha sudah boleh meniarap..." "Hari ni keadaan Alesha teruk semula... dia sesak nafas balik..." "Hari ni doktor terpaksa masukan tiub penafasan pada Alesha..." Begitulah setiap hari. Ada-ada sahaja perkabaran dari jururawat yang menjaga Alesha. Kadang-kala gembira, tetapi lebih banyak yang mendukakan.


** Bingkai penghargaan yang tidak seberapa buat membalas budi selautan.

Kerisauan, kedukaan dan sedikit kegembiraan kami terasa dikongsi bersama dengan semua warga Wad NICU. Malahan sewaktu Alesha dipindahkan ke Hospital Seremban di minggu terakhir hayatnya bagi membolehkan sedara mara melihat arwah, ramai jururawat di Wad NICU itu bersedih. Masih jelas teringat lagi sewaktu kepingan kad dan bingkai penghargaan dihantar ke Wad NICU, aku berselisih dengan Kak Nah, salah seorang jururawat yang menjaga arwah... beliau berlari naik ke Wad kerana mengingatkan bahawa Alesha telah dikembalikan semula ke NICU Putrajaya dari Hospital Seremban. Bila beliau tahu bahawa saya hanya menghantar kepingan kad dan bingkai penghargaan dan sedikit hamper pada masa itu, Kak Nah terus menelefon saya... "Kak Nah ingatkan En. Shamsul pulangkan semula Alesha... mana tahu Alesha tak serasi di Hospital Seremban..." Saat itu, terasa begitu arwah amat disayangi dan dihargai.


** Bingkai penghargaan Alesha masih tersimpan kemas di Wad NICU Hospital Putrajaya.

Rupanya memang benar, seminggu selepas perpindahan arwah ke Hospital Seremban, Alesha Abriza kembali ke pangkuan penciptaNya. Mungkin benar Alesha tidak serasi dan merindui "ibu-ibu" nya di Wad NICU Hospital Putrajaya dulu. Tidak putus-putus kiriman sms dari doktor dan jururawat Wad NICU kami terima menyampaikan ucapan takziah. Malahan salah seorang doktor yang merawat Alesha sanggup datang ke Rantau diupacara pengebumian arwah... terima kasih Dr. Zarina.

Pada kami, sekali lagi tiada kata-kata yang bisa merungkai rasa penghargaan dan kasih sayang yang diberikan oleh semua warga Wad NICU Hospital Putrajaya itu. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Terima kasih semua....

~ Laloque

Mama Alesha dan An-Nisa Abriza

31 komen[s]:

mummy Darin said... [Reply to Comments]

alahai VP, x bley betul saya baca pasal kisah arwah.. sedih sangat saya.. dan bahasa puitis cik laloqoe buat air mata saya menitis dah ni.. Al-fatihah buat Alesha Abriza di sana...

laloque said... [Reply to Comments]

moga Allah membalas segala jasa warga perubatan - sama ada doktor, jururawat, pembantu perubatan, jururawat pergigian, jururawat masyarakat dan semua yg terlibat dalam bidang perubatan... anda semua pemegang amanah yg termulia

IbuAfiqah said... [Reply to Comments]

stp kali saya baca kisah alesha nie stp kali tu airmata saya mengalir...

smoga kak vp n en laloque tabah hadapi dugaan ini....

:: AYU AYUMiE :: said... [Reply to Comments]

tiber2 berlinang airmata kiter...sedihnya...takpe VP, arwah bahagia kat sana pastinya...diakan pari-pari syurga... ;)

zAnA said... [Reply to Comments]

salam vp
sy ikuti kisah sedih arwah abreeze....dan setiap kali masuk fp vp dulu, mesti air mata nie meleleh...w/pun x pernah kenal, tapi naluri keibuan ttp merasa penderitaan abreeze...

semoga kalian akan bertemu di SANA...bertemu dgn bidadari kecil kalian....

cendawanintim said... [Reply to Comments]

sedihnyer baca n3 nih, Allah sajer yang dapat membalas jasa2 diaorang, sangat mulia, menjaga merawat dan membelai tanpa rasa jemu...

Lenny said... [Reply to Comments]

kisah arwah tak pernah tak mengundang sendu di hati... semoga arwah tenang di sana....

kalian berdua mmg insan terpilih utk diuji sedemikian rupa...

fara mustapha said... [Reply to Comments]

tulisan en.laloque betul2 boleh menyentuh perasaan saya....mmg tak boleh baca lah kalau bab arwah...sedih betul.....

fuadnis said... [Reply to Comments]

walaupun kita tak saling mengenal tapi nis cukup bangga dgn u all as a parent..memang ckup tabah..tak taulah klu nis kat tempat u all..

edrina said... [Reply to Comments]

dah tinggal komen kat blog laloque tadi.. arwah alesha kesayangan semua akan tetap dlm ingatan semua yg pernah mengikuti kisah & perkembangan alesha.. Al-fatihah.

KV said... [Reply to Comments]

adoii...tak sah kalo tak bergenang ayaq mato. Huhu
MOga arwah tenang di sana. Aminnnn

eYaNacOMeY said... [Reply to Comments]

al-fatihah utk arwah aleesya..

nuarliesya said... [Reply to Comments]

alahai....tak boleh nak baca lah kalau bab cerita Alesha nie...kompom akan kuarkan air mata..saya bayangkan cam anak saya plak.....alhamdulillah semua org sayangkan arwah....

nuarliesya said... [Reply to Comments]

alahai....tak boleh nak baca lah kalau bab cerita Alesha nie...kompom akan kuarkan air mata..saya bayangkan cam anak saya plak.....alhamdulillah semua org sayangkan arwah....

no need to reveal said... [Reply to Comments]

tula tak leh baca psl arwah alesha ni..mesti sedih..air mata pun bergenang...:(

haJa*darLingZ said... [Reply to Comments]

dh mula menangis bile baca kisah alesha....sedihhhhh...

mummysyafie said... [Reply to Comments]

vp..kiter dah mula menangis ni..entry kali ni mengembalikan semula nostalgia di fotopages vp dulu..

sememang nya arwah disayangi oleh semua insan yang mengenalinya secara langsung dan tidak

eZa said... [Reply to Comments]

alahai vp... sedihnye bace kisah arwah... she's fine right there, syurga tmpt nye... ;)
al-fatihah utk arwah...

MichahAyiesNMiera said... [Reply to Comments]

vp..tak bolehla baca entry pasal alesha..sure akak nangisnyer...semoga arwah berbahagia dan tenang di sana...

Ms_MER said... [Reply to Comments]

asal aku bc ja sebak...lapan ploh kali bc pon samer..al-fatihah utk alesha

kirana said... [Reply to Comments]

:( (tak tau nk kata apa)

cchasz said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum mmah,

Sedih pulak baca cerita kali ni ... Akak masih ingat betapa eratnya dakapan mmah pada aruah, standing and waiting nak bawak dia pulang ke kampung untuk dikebumikan .. the memory is still so fresh .. tak sangka dah almost 2years

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

tak sedar berlinangan airmata baca entry nih....

Mira said... [Reply to Comments]

sy new reader kt sini
br baca blog vp recently
xtau kisah arwah ni..
tp sedih la entri ni
semoga arwah bahagia di sana
kita doakan k..

ratna said... [Reply to Comments]

vp, bulan mei lepas saya byk habiskan masa kat wad icu & ccu hospital putrajaya. arwah abg saya sakit tenat.. rasanya wad tu sblh jer dgn wad nicu. tp kami ni tak melangkah langsung ke wad nicu tu.. kalau tidak bole jugak tgk kad & bingkai tu..

lil^RED799 said... [Reply to Comments]

baca entry ni kat blog enchik laloque.....sedih sgt....nak tinggal komen...segan...hehhehehe

true...as everyone said it....sedih....setiap kali baca kisah arwah...setiap kali tu la menitik air mata...

but i envy both of u...how strong u r to dela with the situation tp yg lebih penting.....sudah ade seorang bidadari syurga menanti kehadiran ibu dan bapanye untuk di pimpin ke syurga kelak....

Ceera said... [Reply to Comments]

rindunyeeeeeeeee ngan alesha...

atune® said... [Reply to Comments]

i'm so touch

fealize_eleanoer said... [Reply to Comments]

nak nangis lagikkkk...

:((

arine said... [Reply to Comments]

tak bole tahan baca entry ni, sedih sangat2, Al-fatihah buat arwah..

rasp said... [Reply to Comments]

Al-fatihah buat arwah..
mmg tak leh baca crite pasalnya. teramat sgt menyentuh perasaan...

vp & en laloque mmg parents yg tabah, penyabar & cekal...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^