Follow Viruspadu

Tuesday, September 09, 2008

dari blog en.laloque

dari blog en.laloque

Minggu nie aku kuar outstation ke Penang seminggu. Hari Ahad - 7hb aku naik flight... Sabtu depan, 13hb baru balik.

Memang setiap tahun aku pi Audit. Dan setiap kali keluar Audit makan masa 5 - 10 hari. Cuma bezanya, tahun lepas aku keluar Audit, Nisa masih berusia beberapa bulan. Tak faham makna rindu, kasih, sayang. Malahan menyarap pun tak pandai lagi. Walaupun tahun lepas, sehari selepas aku pergi, Nisa demam panas dan tak mahu tidur melainkan selepas mendengar suara aku. Tapi tahun nie berbeza. Nisa dah pandai mengadu, tau erti tiada, mula bermanja dan mungkin ada rasa rindu.

Walaupun aku pada 7hb dan 8hb berada di Penang, tapi hari nie 9hb aku kena mengadap Tan Sri untuk sedikit taklimat pada jam 8.30 tadi. Untuk itu, semalam... selepas aku mengetuai pasukan aku mengadap Pengarah Negeri, dalam jam 1 ptg aku terus ke Terminal Sungai Nibong beli tiket balik ke KL.

Hampir 10 tahun aku tidak menaiki bas ekspress. Zaman di Universiti dulu jer aku layan naik bas ekspress sebelum bertukar ngan proton saga cabuk aku tu. sakit pinggang, bahu ngan pelipis sebab terhantuk tingkap semasa tertidur. Nasib baik la naik super executive coache - Nice... kalah kelas ekonomi kapal terbang selesanya... tapi harga tiket dia... RM62!!! untuk Penang - KL... hahahahaha

Sepanjang perjalanan aku terbayang senyuman isteriku dan sedikit kehangatan pelukan nya. Dan aku juga terbayangkan keletah Nisa berlarian mendapatkan aku sambil menghentak2 kaki setiap kali nampak aku tanda protes sebab meninggalkannya.

Setiba di KL, terus aku mencari bas ke Seremban. Mujur aku berjaya sampai ke Seremban kurang 15 minit sebelum azan maghrib. Dengan 3 bijik kurma dan sebotol mineral aku buka puasa sambil menunggu isteri datang mengambil. Aku mendapat habuan seperti yang aku bayangkan dari isteri ku. Cuma bila kami sampai di Rantau, Nisa yang pada mulanya ghairah pabila melihat mama nyer turun dari kereta, tiba-tiba berubah sikap menjadi dingin. Nisa menyambut kepulangan mamanya sahaja. Aku dipandangnya ibarat nampak tak nampak saja!

Sebaknya saat itu, hampir menitis air mata. Tak disapanya langsung papa nya ini. Marah dan merajuk betul anak dara aku yang berusia setahun 6 bulan ini. Sekecil ini telah punya rasa merajuk dan protes.

Papa kerja sayang... nak jer ungkapan itu aku ucapkan. Tapi tiada gunanya aku bagi penjelasan kerana Nisa masih belum paham semua itu. Bagi Nisa, bila dia celik saja biji mata, tahu nya... papa perlu ada disisi... noktah!! tiada kompromi. Bila dilihat papa tiada, anak sekecil itu akan memprotes.

Sekarang baru aku paham perasaan ayah aku. Dulu sewaktu kecil, ayah aku selalu masuk hutan. Buru komunis katanya. Ayah aku seorang tentera. Setiap kali dia keluar operasi, 2 bulan dia di hutan. Adik bongsu aku kebetulan perempuan pasti akan menangis. Tak mahu melepaskan ayah pergi. Benarlah, anak perempuan manja ayahnya....

Tapi, kalau bukan kita, kami yang melaksanakan kerja2 sebegini, pekerjaan yang terpaksa meninggalkan anak isteri atau suami... siapa lagi yang akan melakukannya... yang penting kerja lah dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

19 komen[s]:

miez said... [Reply to Comments]

SERIOUSLY sebak baca.

Hotmama said... [Reply to Comments]

hi,sedihnyer baca.apa-apa pun selamat berkenalan dan singgahlah ke rumah saya nanti
http://www.warunghotmama.blogspot.com

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

cedihnyerrr kak.....xpe...windu da trubat kan....

TEACHER OF SOMEONE said... [Reply to Comments]

very touching...
merajuk btl si nisa tu..
kecik2 lg dh paham...

MAMA IQA said... [Reply to Comments]

alahai..sedih btl baca..tadi dh bertakung baca entry vp kena tggl..ni plak bertakung lg..uwaaaaaaaaa!

Sir Hanif Abd Nasir said... [Reply to Comments]

sedihnya...
nisa mmg budak bijak..!!!

VAGG said... [Reply to Comments]

aku asik sayu jek sehari dua nih kat blog vp huhuhuhu

~BEE~ said... [Reply to Comments]

sebaknye bace entry ni...teringat parents nun jauh d sana..x sabar nak tggu raya...

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

at least dpt jugak berjumpa walau sebentar kan.. semoga kembali ceria, k vp

*adie* said... [Reply to Comments]

syahdunya... tapi saya dan anak2 lg selalu kena tinggal... dah le family jauh.... uhuuu...

~ilyanie_usyuk~ said... [Reply to Comments]

syahdu gile..

dapt jumpa kejap pon jadik la yek...

nisa ni, da pandai nk sentap2 yek...

em sedih jek bace entry kak VP beberapa ari ni..

=(

Mulan said... [Reply to Comments]

ha.. ha.. siapa lg rindu kat en laloque?? mak ke anak dia..??
he.. he..

:. iBuAfiQah .: said... [Reply to Comments]

mengalir air mata baca entry en laloque nie...isk2

dapat jupe kejap ok la tu kak vp...

budak sekecil nisa pun dh pandai tunjuk protes....cerdik sungguh budak nisa nie....

honeysour said... [Reply to Comments]

nisa..nisa...mmg budak bijak...sian kat en.laloque...sabar yer...

umieadam said... [Reply to Comments]

adoi ai..mah jgn tulis yg feeling camni..
ada ke patut depan pc den nangis..aiyoyo

yelah nisa tu merajuklah..dahla masa en.laloq pi dia tdo..en.laloq pergi gitu aje tanpa sempat nisa ucapkan bye2 ke apa..

nisa..nisa..mmg bijak..

swit@kon said... [Reply to Comments]

;'(
sian en laloque. takpe nisa kan budak. bgn tido esoknye nampak en laloque ok la dia ;)

shah said... [Reply to Comments]

fuh, syahdu.
baru sampai penang dah balik somban balik yer..

sweethOneY said... [Reply to Comments]

sedihnyaa ):

-Misztake- said... [Reply to Comments]

woo..
sedihnya..
:(







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^