Tuesday, September 23, 2008

episode 17: u pink my heart

bukan senang uols bercinta PJJ ni (percintaan jarak jauh)

tinggi kosnya okey

1. bil enset tinggi
~ hambek, beribu2 bil setiap bulan, sampai tak mampu bayar, eh dulu bil tepun bapak mahal kan, seminit pun dah beringgit, sekarang jer yang murah kan...

2. hari2 kene kumpul syiling, nak call pakai public phone kan
~ pantang nampak syiling, bagaikan nampak emas roman eh, hari2 turun cafe beli makanan, gigih bagi duit beso2, sbbkan nak duit syiling punya pasal, dpt 50 sen pun jdlah menyinggah public phone, just nak call say "hi, tengah buat ape" jer hiks

3. kalau kaya sikit time tu, beli kad phone, kalau pakai phone, sekali call jer licin
~ kalau ada kad phone, mmg syorga lah, gayut sampai pitam kat public phone tu

4. kalau nak jumpa2, mmg costly la, tambang bas lagi kan, kalau bawak kete pulak, duit minyak lg
~ yelahkan, tambang bas dari KL ke sintok, pastu dah sampai sintok kene sewa kete plak nak berdating katanya kan, lain la kalau bawak kete, tp bawak kete pulak, hazab la, penat sesorang lak dari KL kan. tp nak jumpa cinta hati punya pasal, sanggupppppppp

lepas tu, selain dari itu

1. tiap2 hari sakit merindu... ewah jiwang tak hengat!
~ kalau bercinta, harus la berjiwang kan, mmg setiap hari kalau boleh nak tgk muka, ada satu hari, en.laloque kata, dia berdiri kat balkoni rumah dia (rumah atas langit), smbil angin sepoi2 bahasa, dia kata, dia terasa mcm angin tu bertiup dari sintok sampai bau badan saya sampai kat dia kat KL muhahahahaha... giler ayat jiwang karat hahahaha, tp masa tu saya dgr... bestttttt giler ok!

2. tiap2 hari enset melekat kat tangan, mcm ada gam, kalau nak gi mandi ke solat ke, siap pesan kat member, tolong tgkkan2 enset hiks
~ ini mmg penyakit, penyakit angau! enset tu mmg siyes, umpama ada gam, takleh lekang seminit pun, saya takkan biarkan enset saya tinggal 2 bar pun baterinya, harus charge laju2, kang cinta hati call takde bateri tak ke haru... ewah, seb baik dah ada enset, kalau tak, harus tido sebelah public phone kah kah kah

3. siap tulis dalam diari, berapa hari lagi nak jumpa, hari2 conteng kalender, 20 hari lagi, esoknya, 19 hari lagi, esoknya lagi, 18 hari lagi... hahaah giler tul, pastu makin dekat hari nya, makin malam takleh tido, pastu siap berangan2 lg... berangan dialog apa yang akan diborak hahaha...

lagi dugaannya

1. kalau merajuk susah nak pujuk, nak2 kalau off kan henset lg mati akal dibuatnya
~ ini adalah kerja saya la ni, saya suka jer merajuk2 off enset, takpun taknak angkat enset bunyi, sbb suka tgk byk misscall hiks

2. kalau call2 tak dapat2 dihubungi, luar kawasan ke hape ke, mula la merisau nak giler
~ pernah satu hari, en.laloque kata, dia nak balik ke rantau, dari KL la, pastu dah malam pun dia tak call2 bgtau dah sampai ke belum, saya kat sintok, dah call dia 80 juta kali, tp tak gak dapat2, dalam hati toksah ckp la risau mcm mana, dah nangis2 dah ni hahahaha... giler masa tu, sikit2 nangis, ntah hape2, masa tu tekad nak call mak dia, tp takut + malu + nampak mcm pompuan tak malu ahaks, so mmg terus call jer enset dia... tetiba tengah malam dia call, dgr jer suara en.laloque terus nangis lg, lg teruk teresak2, sbb hati gembira dia ok tak apa2 kan... hiks

3. kalau salah sorang demam / sakit, lglah merisau over2 yang jauh2 ni kan
~ dulu saya kalau bendera merah jer, sakitnya guling2 tau, so pernah masa saya sakit tu, en.laloque punya risau, sampai jam2 tu jugak tempah tiket gi sintok, alahaiiiiiiiiii... bestnya masa tu, best ok manja2 mcm ni :D
~ oh yer, saya kan pernah pos ubat batuk cap ibu dan anak kat en.laloque masa bercinta (yang ni saya pernah bgtau entry sblm ni kn)

4. sgt jeles tgk orang lain dating
~ uwaaaaaaaaa part ni sedih... bila tgk couple dating, jalan sesama gi kelas, jalan sesama gi library, jalan sesama gi makan... alaaaaaaaaa... kenapa dia jauhhhhhhh kenapa! kenapa! so bahananya, bila en.laloque datang melawat, saya paksa dia teman saya makan, teman saya gi kelas, teman saya gi library ahaks, puas hati!

betul, PJJ ni tak best! tp ada lah kelebihannya

1. kurang dosa hihihihih... lu pikir la sendiri bangbillllllll
2. kurang la gaduh
3. kasih syg lebih utuh
4. dan kita tahu dia setia :D

ops, sbnrnya episode kali ni lebih kurang saya nak cerita pasal, lepas dah couple, dan bercinta, betapa seksanya PJJ ni, so senang sikit lepas ni saya nak sambung cerita percintaan maha hebat weols dulu ahaks, nanti saya tepek gambar2 weols dating kat mana ek,

dan juga dugaan2 yang saya alami, masa dah habis belajar, dan praktikal time...

dan episode kali ni boleh juga dikatakan sebagai episode pemanas la, chewah, saya akan sambung next episode very soon... tungguuuuuuuuu

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^