Follow Viruspadu

Saturday, September 27, 2008

Pengajaran untuk kita, dia, dan kamu

saya dapat emel dari casper yang menceritakan pengalaman ngerinya, mari2 sama2 kita baca dan ambil iktibar :D

saling berpesan sesama kita...

***

VP..if u dont mine boleh letakkan dlm blog VP. pengalaman ngeri sy nih. thanks a lot .

Semalam adalah malam yg mengerikan bg kami sekeluarga. Terutama kepada sy dan en.atan. Memang ngeri. Ok saya cerita.

Sy pergi ambil en.atan balik kerja dalam pukul 9 pm. Sy hantar kereta kawan dia dan kami balik ke rumah dgn motor jer. Lepas singgah beli barang sikit dan merayau sana sini kami sampai kerumah dah hampir jam 10pm. lepas letak danish ..sy ke dapur nak bersih kan pinggan , kemas dapur sikit. En.Atan pula nak makan nasi. Sy tak perasan si danish ikut sy di belakang. Sedang sy sibuk nak bersihkan pinggan dalam sink tiba2 sy terpandang danish. keadaan dia?? reaksi mukanya mcm menangis tapi suara tak keluar langsung. sy tunjuk pada en.atan. en.atan segera mendapatkan danish dan muka dia dah biru. kami berdua panik. kami panggil2 nama dia tapi x de reaksi. tiba2 mata nya putih dan dia dah jadik lembik. sy dah x tau nak buat apa. sy panik . sy goncang2 badan dia. senyap!!!. en.atan pusing kan danish dan tepuk2 belakang dia...kemudian en.atan korek mulut dia. takut ada benda yg tercekik. dan baru lah dia bersuara....tapi suaranya lemah.. en,atan suruh sy korek lagi mulut dia..tapi x ada apa yg keluar. jadik kami nak bawak dia ke hospital tapi kereta masuk workshop. sy dah blurrr terusss. mujur en atan tak panik macam sy. dia call kawan di tempat kerja dia dan kami ke hospital dgn kawan dia.

Lepas check dan x-ray Alhamdulillah tak ada apa dlm tekak dia. doktor tanya sy ada bg dia minum apa2 tak. ya sy bg dia minum air lepas dia bersuara tu. doktor kata mungkin benda yg dia makan tu dah larut dgn air. Alhamdulillah.

Jadik sy ingin berpesan kepada ibu2 yg lain dan kepada diri sy sendiri:

1. jangan sesekali tinggal kan anak di bawah usia 2 thn tanpa pengawasan org dewasa. Dalam kes danish sy yg lalai. sbb sy tggal kan dia tanpa pengawasan kerana sibuk nak buat kerja rumah, sy tidak tahu apa yg dia kutip, masukkan dlm mulut dia kemudian telan. masa muka dan mulut danish biru dan dia senyap sy dah terdetik dlm hati apa kah sy akan kehilangan danish.

2. jangan panik. sy mmg panik semalam. yg saya tahu panggil nama danish goncang badan dia. kalau tak ada en.atan tak tau la saya.

3. pastikan tak ada sebarang benda atas lantai. kerana budak2 kecik mmg suka mengutip masuk dalam mulut kemudian telan. sbb semalam sy mmg tak menyapu rumah lagi ..alasan? letih...dan sbb alasan tu lah ...apa yg dah jadi pada danish.

4. harus ada basic CPR or rawatan kecemasan. itu penting . knowledge sy ttg ni zero. dan lepas ni sy akan belajar dan ambil tahu pasal ni. sbb kejadian ngeri pasal semalam pasti sy akan igt sampai bila2.

~ terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ini bersama saya dan semua readers dan sahabat2 di sini :D

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

10 komen[s]:

pak ngah rep said... [Reply to Comments]

ermm.. pada masa yang sama kena alert ape yg ada kat persekitaran uma.. biasakan bila nampak sampah atau makanan yg ada atas lantai ke hape dikutip.. sbb bdk2 tertarik pada objek2 ada dia nampak.. jgn amalkan sikap "tak apa"(cm iklan la plak).. serius.. mencegah sblm terngadah..

shitah said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah..selamat..

shitah said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah..selamat..

Suki Cida said... [Reply to Comments]

OMG... nasib baik tak ada apa-apa... risaunya... hope this articel boleh di kongsi sesama,kan

Ayong said... [Reply to Comments]

meremang sebentar bila membaca pengalam casper ni...perkara inilah yang paling ditakuti bila ada anak kecil ni...

*syukur..alhamdulillah selamat...

tilmiizun said... [Reply to Comments]

terima kasih atas artikel nih...

saya pun cam takut je baca story nih...

ye lah,sy pun ada anak bawah 2thn dan kadang2 selalu tinggalkan bawah pengawasan...

thanks a lot....

hope lepas nih sy take care lebihkat anak...

Yani Yusuf said... [Reply to Comments]

ya Allah...masa baca kisah ni..jantung saya terus cam nak stop je...saya cukup takut dgn kisah2 begini...tp alhamdulillah danish selamat...pengajaran tok kita semua kan...

edrina said... [Reply to Comments]

alhamdulillah danish tak der apa2.. berdegup2 jantung baca kisah neh..
mintak2 anak2 kita semua dijauhkan dr perkara2 macam ni.

Eija Sam a.k.a Purple 28 said... [Reply to Comments]

ya allah..nasib baik takder apa2kan...Alhamdulillah...

Musliha said... [Reply to Comments]

mintak simpang..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^