Follow Viruspadu

Sunday, September 21, 2008

sebuah karya...

**saje letak kat atas **

karya ini, insyaAllah ada sambungan... dan insyaAllah akan dibukukan... erm en.laloque yang akan mengarangnya bukan saya... siapnya saya tak tahu la bila... erm, kalau dah siap dibukukan, uols agak2 nak baca tak?

papa caiyok2!

jom bagi kata2 semangat kat en.laloque supaya dia dapat siapkan cepat2 :p


dari blog en.laloque

***

Gembira sungguh ku lihat perempuan di hadapanku bermain riang bersama seorang kanak-kanak perempuan kecil yang berusia satu tahun empat bulan itu. Terjerit-jerit suara mereka sambil si ibu mengejar si anak yang cuba melarikan diri susup-sasap di celah-celah buaian taman permainan ini. Gaya larian si anak itu ibarat itik sedang berlari, terhoyong-hayang sambil kedua-dua tangan di luruskan ke belakang. Kadang-kala kelihatan ibarat orang mabuk!. "Ayiii... ayiii... ayiii" kata si anak sambil melarikan diri dari ibunya. Ibunya masih terus mengejar kerana ingin digapai anak itu takut nanti si anak terjatuh dan mungkin nanti terluka. Bagi si ibu, walau sekecil mana lukanya nanti, ibarat dirinya sendiri terluka dan luka itu pula ibarat dititiskan cuka. Pedihnya tidak terkata. Sayangnya pada anak itu tidak dapat dihitungkan. Pada anak itu segala kasih sayangnya tertumpah.

Tersenyum aku melihat gelagat ibu berambut paras bahu yang baru seminggu dirawat dengan kaedah rebonding itu. Ibu itu agak tinggi lampai orangnya. Kurus tetapi kelihatan agak berisi jika dilihat pada raut wajahnya yang bulat dan dagu sedikit montok itu. Sentiasa bergaya dengan t-shirt dengan warna kegemarannya, iaitu merah jambu. Ibu itu merupakan wanita yang ku nikahi selama lima tahun, malahan esok tanggal 21 September genap lima tahun kami menjadi pasangan suami-isteri!

Dan anak perempuan kecil itu adalah anak kedua kami. Satu-satunya anak kami yang masih ada, kerana kakak anak itu telah dua tahun dijemput Tuhannya. Jika tidak, pasti keadaan agak berlainan. Mungkin sekarang, di taman ini, aku sedang memangku salah seorang dari anak-anakku sambil isteriku menjaga seorang lagik. Pasti melelahkan.

Senyuman dan hilai tawa isteriku itu kelihatannya tiada langsung kedukaan dalam dirinya. Bertapa mahal harga yang perlu dibayar untuk melihat hilai ketawa itu semula. Dua tahun lalu, raut wajah itu tidak pernah ketawa. Selama 150 hari yang lahir dari wajahnya adalah kerisauan dan kedukaan

***

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

23 komen[s]:

atty's said... [Reply to Comments]

WAH TERROR EN.LALOQUE BERKARYA HAH..

-Misztake- said... [Reply to Comments]

mesti baca nih..
ayat en. laloque dah macam ayat novel dah..
:p

aishifa said... [Reply to Comments]

syahdu giler... can't wait for the book.. mesti buat okies.

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

lalok..ada talent dah tuh...harus dibukukan..ayatnya cukup santai...tapi menarik....

haqeeliza said... [Reply to Comments]

nak bacaaaaaaaa.... hehhehe.. pandai la en. laloque ni.. pandai mengarang ayat.. patut la lommmannntikkkk...hiks!!

sheila said... [Reply to Comments]

mestilah nak baco..
teruskan..sobab eh apo yg lahir dr hati ngan real experience tu lagi menarik dari apo yg diimaginekan..

hidup waghieh

lindosh said... [Reply to Comments]

owh esok anniversary. epi anniversaryyyy

pearlEJ said... [Reply to Comments]

uihhh.. dahsyat gakk en.laloque berkarya ekkk...

honeysour said... [Reply to Comments]

nak wish awal2...hepi annyversary...

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

mesti ler nak baca... so..en laloque cepat2 ler habiskan karya tu ya..

edrina said... [Reply to Comments]

VP, Happy 5th Anniversary. Semoga kekal bahagia selamanya & dikurniakan kesihatan yg baik serta rezeki yg melimpah ruah..

Wah sgt best ayat2 en.laloque..sungguh berbakat..harus dibukukan neh.. pasti laris dipasaran ekekee..

caiyuk2 en.laloque.

meo188 said... [Reply to Comments]

bersambung... nk kena dtg lagi nih..

Suki Cida said... [Reply to Comments]

ooo nak buat novel? sangat setuju! confirm beli punya... terkejut jugak asal ayat skema macam novel... suruh en laloque sambung yek...

Yani Yusuf said... [Reply to Comments]

best tol en laloque ni...jiwang dia mengalahkan kaum haw...tp ku tetap respek...kasih syng yg menggunung terhadap isteri dan anak2...caiyok2....

farah amoi said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
farah amoi said... [Reply to Comments]
This comment has been removed by the author.
farah amoi said... [Reply to Comments]

dah wished kat previous entry
tp td x tau yg ke berapa...
so, nak wish skali lagi !




HAPPY 5TH WEDS ANIVERSARY !!!

*SiRibenMerah said... [Reply to Comments]

perghhhh.
bakal novelis terkenal neh..
hehehe..
asyik2 author pompuan je kann.. nk jugak baca author lelaki lak.. hehehehe..

*selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke -5 Pn Viruspadu n En laloque*
Semoga anda beroleh kebahagiaan selamanya. aminnnnnnnnnnnnn~

laloque said... [Reply to Comments]

ermmm... nak ngarang yg payah tu

riannanisa said... [Reply to Comments]

teruskan usaha mengarang en laloque..
soheh best nih...

akak vp
sila berikan kata2 semangat kepada en laloque agar dia terus menulis

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

HAPPY ANNIVERSARY ... Semoga berbahagia ke akhir hayat, K :D

Dayu said... [Reply to Comments]

wow!! abg laloque amat berbakat menulis.
akak ngan nisa la inspirasi dia tu..

hepi anniversary akak!! semoga akak dab abg laloque akan terus berbahagia gini...

Beautiful Disaster said... [Reply to Comments]

meaning kite same anniversary..cume sy bkn wedding..tp cintan cintun dulu..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^