Follow Viruspadu

Friday, September 12, 2008

tak aci entry copy paste huhuhuh

hahaha sori2, ini pun dari blog en.laloque jugak :p

--------

Hadiah besday mini aku dah beli tadi. Ntah la dia suka ke dak nie. Beli kat Jusco Seberang Prai. Tadi time lunch break pi sana sat. Nak mkn xbuleh so pi jenjalan sana la sat. Uiks! naper aku kuar sleng utara lak nie...

~ yea! yea! papa bagi la tahu ape dia, tak baik oooooo menyiksa mama mcm ni ohhhhhh
~ tahu la mama duta jusco, papa beli hadiah kt jusco jugak ek huhuhuh, takpe2 janji cantik :p

Di mata aku cantik la benda tu. Buleh la buat tanda ingatan dan sayang. Cuma belum bertemu barang utk Nisa lagi. Cadangnya nak beli baju kebaya kanak2 untuk Nisa. Sebab pernah jumpa di Plaza Massalam 2-3 minggu sudah. Tapi masa tu tak pula dibeli.

~ mama pun nak kebaya jugak, igt baju ma saiz M :p lalalala... sengkek la en.laloque balik sini kang

Raya tahun ni tema baju biru pula. Mujur ada bonus tahun nie. Ada la sikit duit utk beraya sakan. Ntah la... may be minggu depan la keluar ronda cari baju raya.

~ oh ok minggu depan kita ronda shopping lagi ek :p... mau fengsan en.laloque ni kang

Bercerita pasal raya. Terkenang zaman kanak2 dulu. Setiap kali raya, mak aku akan beli kain dan menjahit baju raya utk kami adik beradik. Seragam dan bergaya. Zaman sekarang senang sikit. Cari jer di Jalan Masjid India, PKNS, Warta Bangi atau Nilai 3. Pelbagai pilihan ada.

Duit raya pun dulu cukup sekadar 20 sen sahaja. Untung2 dapat la 50 sen. Tapi sekarang nie, bagi RM 5... boleh dijelingnya kita. Amboi!!! xcukup lagi ka bagi RM5 tu...

Kemeriahan raya dahulu dan sekarang lain. Bulan Ramadan dahulu penuh cahaya dan warna-warni. Solat Tarawih meriah dengan jemaah dari 1 Ramadan sampai malam2 terakhir. Menjadi satu kesalahan dan amat memalukan sekiranya dalam jangka masa solat tarawih itu, kita berjalan di luar rumah atau shopping complex. Mercun dan bungapi setiap malam tanpa ade yang cedera atau putus jari.

Berlain sungguh dengan zaman ini. Ramadan diukur dengan banyaknya Pasar Ramadan (PARAM). Solat Tarawih hanya seminggu pertama awal bulan Ramadan sahaja meriahnya. Saat orang bertarawih kita boleh tengok orang bersiar-siar di jalan, di shopping complex malahan dating di taman!!!.. Heran nya, ramai sungguh yang kudung jari buta mata akibat bungapi. Kenapa begini jadinya???

~ saya sampai sekarang tak berani main mercun hiks... tp atam terer oooo, dia berani

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

10 komen[s]:

faisal.hamdi said... [Reply to Comments]

Hadiah untuk duta jusco mestilah beli kat jusco jugak...walaupun di seberang prai.

suw said... [Reply to Comments]

tema baju raya femly sy pon kaler biru taun ni kak ;p

fieza a.k.a ibu azwar qaiszar said... [Reply to Comments]

apakah hadiah nye ituuu..
nanti jgn lupe g tau erk...

AzurA said... [Reply to Comments]

wah..duta jusco rupernyer..hihihihi..sebabg lah beli apa2 kat jusco jer..tak yah ronda satu mesia.. baju kanak2 kebaya memang canteq kat masalam.. kite pun dah beli untuk mariam...

luna said... [Reply to Comments]

cik vp, cik vp

ada cerita pasal cik vp
di blog saya..hihi
eh..tkleh tinggal url blog pula
ku tulis sini la ye
www.diyaluna.com/diary

shah said... [Reply to Comments]

syok la dapat bonus sebelum raya.. nanti ujung tawun dapat lagi.

seronoknya. ade kosong lagi ke gomen?

hehe

Sham Ummi Echa said... [Reply to Comments]

salam prkenalan zaimah@vp
sbnrnya sblm ni sy ni silent reader blog awk nih tau.. suka baca bebelan awk tu..ngan gelagat nisa lg..pas2 suker sgt tgk awk ngan en. laloque.. loving kapel gitu..
sy pn baru jer nk wat blog2 nih.. x tau apa nk citer sgt.. sy boh link awk kt blog sy yer..

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

ooohhh duta jusco erk.. per le hadiah yg vp dpt kan..

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ceera muke lembut..tp ganas gak ekk...tol ckp zack-u..duta jusco lantik sndri..ahakz!! lariksss....

:. iBuAfiQah .: said... [Reply to Comments]

dah mmg duta jusco en laloque beli hadiah pun kat jusco gak..hik2

mesti special nie jusco penang mari...xsabo nk tgu apa la hadiah tu ekkk..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^