Follow Viruspadu

Monday, October 27, 2008

bertolak yang sgt tergesa2

baju2 beg2 semualah weols siap kemas2 malamnya lagi, cuma ada lah sikit2 weols tinggalkan untuk setelkan lewat2 sikit, mcm susu botol nisa semua kan, so senang la, lepas setel beraya rumah kakmasz, balik rumah, angkut beg turun bawah semua, kemas sikit2 jer lagi, terus call teksi

senang rupanya kan, kenapa la tak terfikir selama ni boleh call teksi


igt tak dulu, tiap kali en.laloque nak gi outstation jer, gigih la mintak tolong mertua saya hantarkan ke KLIA adoilaaaaaaa... kesian mertua saya, ish weols ni menyusahkan orang betul la... ampun apak ku

call teksi seremban ni pun, servis call dia tiptop la, call kejap je 5 minit dah sampai depan pintu pagar, pandai depa carik rumah kan, kagum tul la acik


beg baju beso2 kan, sbb 6 hari punya baju kan, tp saya bawak baju t-shirt2 sikit jer, mcm tak muat beg la pulak, nanti kalau rasa mcm dah tak cukup baju, paksa en.laloque belikan baju kat sana jer, masa tu ada sikit alasan nak beli baju baru kannnnnnn, sgt bergeliga otak ku nak mensesah duit laki kan, takpe la kan, duit laki sendiri, lain la acik sesah duit laki orang :p


nisa masuk je teksi, nampak jer abang teksi, terus dia panik ketakutan, ini first time nisa naik teksi, first time dia jumpa ada orang asing dalam kereta kan, tu yang panik tu, siap tepuk2 dalam sambil ckp, "takut2", nak gi kat papa dia kat seat depan pun takut, sbb ada abang teksi kat depan, punya takutnya dia sampai nangis2 tertido, bila nisa tido, mamanya konfem la ambil peluang nak tido gak, letihhhhhhhh mar...



punya sedap tido, tak sedar tahu2 dah sampai kat KLIA, ish apsal cepat sgt pulak ni, pelik :p , ~dah tido tak hengat ada lak hati kata cepat kan


ok check in dulu, rep oiiiiiiiiiiii di mana ko? aiseh coti lak mamat ni tau, baru igt nak paksa bawakkan beg hahahaha, tak pasal2 rep kena angkat beg pulak hahaha, takde la main2 jer la, dah bape kali plan nak ketemu mamat ni tp tak jadi,

nampak tak siapa di belakang ku itu, ehem2... teka lah teka lah...

alah uols penyanyi veteran lah, en.laloque nak amik gambar dia malu, ada lak guna saya sebagai model, sabo jelah...


ha tu dia, gambo belakang huhuhuh, tu la dia bila malu tak bertempat, padahal kalau mintak izin baik2, boleh je amik gambar sama2 kan :p


ok jom masuk

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

9 komen[s]:

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

oh..oh..oh.. seronoknya..

Rozeela Zain said... [Reply to Comments]

akak biasanya kalu outstation.. tak suka bwk baju byk2.. coz, biasanya kami antar dobi yg berdekatan ngan hotel je.. laundry kat hotel kan mahal giler.. so, kalu betul2 kehabisan stok baju baru kami shopping baju baru.. so, ada la reason nak shopping kan..

Yatie said... [Reply to Comments]

ahmad jais eyhh kak

laloque said... [Reply to Comments]

iye!! betul.... Ahmad Jais

~ilyanie_usyuk~ said... [Reply to Comments]

oh, ahmad jais ke?

x clear sgt la..

en.laloque cover2...haha

-Misztake- said... [Reply to Comments]

ahmad jais --> Tetiba teringat cerita man laksa..

Musliha said... [Reply to Comments]

sapa tu? ahmad jais?

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

wahhh nyompek tau snappy gambor... hehehhee padanla nisa aktif kat airport.. ghupenya dia dah sedap tido lam teksi :D

yaaa.. adegan beli baju sebab tak cukup baju.. i loiikkeee :D

AzurA said... [Reply to Comments]

uihks... dah nak ke serawak lah ni







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^