Monday, October 13, 2008

Episode 19: U PINK MY HEART

sebagai pembakar semangat bekerja hari isnin kannnnnnnn... so haaa nah amik episode u pink my heart ni, biasanya dua tiga minggu baru kuar satu episode ye tak, saje la saya rajin2 sikit, sbb gambo pun dah ada kan

ok, ini merupakan kali pertama saya takut-takut berani + gediks :p ikut seorang lelaki bukan muhrim berjumpa dengan makpaknya

sebelum ni kirim salam laaaaaaaaaa

apahal lak kena jumpa makpak ko kan, sbb dulu masa kawan2 ngan yang lain2, saya mmg tak terfikir langsung la nak beraya ke hape ke, tp ngan en.laloque ni saya macam ... erm... macam... tergedik terlebih2 hahaha, rasa macam, erm konfeem la nak kawen ngan ko! hahaha

erm, masa ni raya, erm raya ke berapa ek? acik lupo pasal satu diari saya dah hilang, hauk tul la, diari tu dah la sarat ngan stori saya ngan en.laloque dulu, uishhhhhhhh diari tu punya detail, sampaikan saya makan hape, saya makan berapa hengget, saya bergayut berapa syiling satu hari pun ada ok! ohhhhhhhhhhh sayang tul diari tu hilang

bergambar kat pintu, malu2 kucing gatal :p


bergambar ngan mak mertua pulak

masa ni agaknya mertua saya cakap dalam hati, "bagus tul bakal menantu sulung aku, lemah lembut, baik, sopan, comel (tambah sendiri), hormat orang tua, pendiam"

hahahahaha, siyes weiiiiiiii, giler parkinson gagap2 guwe

saya cuma senyum, dan jawab sepatah2 , lepas tu senyummmmmmmmm lagik

paling tak boleh blah bapak mertua saya masa tu, punya xcited jumpa saya, siap tuko baju melayu keh keh keh, yelah acik kan menantu sulung uolsssss, anak sulong dah tua2 gajah tak gak kawen lagi, sedara mara lain cucu dah berderet, awak satu pun nan ado lagi hihihih, tu yang xcited tu, kelako!

saya igt saya yang over, tp depa pun samo huhuhuh

bapak mertua saya masa tu siap tanya, asal mana, la apa la, paling saya igt soalan ni tau

"omak ko tahu ke ko datang sini?"
"erkkkkkkkk"

kantoi! hahahaha, gilo ko nak bgtau omek den, ado yang kono hempuk ngan parang, sia2 jer hidup

tp ayat jawapan kena manis beb! sambil memberi senyuman paling manis, tanpa angguk tanpa geleng, tp senyummmmm ajer

jadi saya tak bohong ok, tp membiarkan soalan dijawab dengan soalan, bak kata nabil, LU PIKIR LA SENDIRI!

saya igt lepas tu, weols menyinggah rumah makcik gadung en.laloque singgah amik buah rambutan durian langsat segala lah, pastu siap jumpa nenek dia, huhhhhhhh gilo peluh2 saya dibuatnya, tp takpe, saya mcm biasa pakai senjata pendinding saya je, iaitu SENYUM walau apa jadi sekali pun, walaupun masa tu, kekadang sepatah haram saya tak paham apa nenek dia ckp, tp muka saya SENYUM jugak

saya igt ayat nenek masa tu, cerita pasal telur hahaha, layankan jer lah kan, kata gedik nak jadi cucu

"orang utara sebut telur ni teloq loqq ha, tp kalau kat sini telo, ada yang telu, mcm2" ~ ayat beh kurang la yo, tp nenek dia ckp nogori pokek bonar, acik tak paham, so senyum gak lagi, so ayat tu saya tanya balik kat en.laloque dalam keto, :p

24 jam saya hari menjadi sangat panjang... dan mulut dan rongga mulut saya juga hampir2 krem sbb asik senyum

"dia ni nampak jer diam, cuba masuk kereta kang, suara dia jer menjerit2 mcm nobita" ~kata en.laloque menyakat saya depan sedara mara dia.

tak guno ko lalok, pecah rahsia keayuan gua, cissssssssss!!!!

ha lepas tu, sempat lagi weols menyinggah kenduri bertunang member kenu UUM weols, dia pun sedara en.laloque gak


yang tak best masa ni, kenduri dia, perempuan lelaki makan asing2, ish tak lalu telan makanan sesorang, saya terus je menyentap, saya kata, kalau makan asing2 saya taknak makan, saya tunggu dalam kereta jer huhuhuh, terus en.laloque ajak makan kat dapur sambil duduk bersimpuh gitu :p ayu la ai masa tu :p

lepas makan makan, nak cuci tangan, saya ngan selamber masuk toilet cuci tangan, ada sorang nenek tu cakap ngan saya

"poi amikkan air basuh tangan untuk suami kau"

merah2 padam muka saya masa tu ~ tapi dalam hati sukaaaaaaaaaa hahahaha

lepas tu, ayat nenek tu asik jd modal dalam kereta en.laloque mengusik saya, "eh kita ni mcm orang dah kawen ker" "eh kita ni mcm suami isteri ke?" SENGAL!

dan inilah masa yang ditunggu2

bila en.laloque nak hantar saya balik cheras, dan secara tak langsung dia nak beraya kat rumah saya lah kan.......

giler kau! takotttttttttt!!!!

nak tahu apa respon family saya! nak tahu apa jadik lepas tu

bersambung...

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^