Untuk pengetahuan uols, Kotex ada menganjurkan KEM KOTEX® 2008 Club Med Cherating Beach pada 17 – 19 Disember 2008. Terbuka kepada gadis yang berumur 13 - 21 tahun, kalau uols bukan dalam lingkungan itu, ada adik-adik perempuan tu mohon kabar2kan.
"MAKEOVER" Diri Anda! Alamilah Sesuatu Yang Luar Biasa. Satu Perubahan Hidup Untuk Pengalaman Baru!
“Eksklusif! hanya 50 Gadis Bertuah akan dipilih untuk menyertai KEM KOTEX® 2008”
CEPAT!, terus download atau print je borang ni Pastikan baca dan paham betul2, Lepas tu isi, biar jelas dan terang la, kata nak menang kan :p.
Kalau uols BERMINAT?
Beritahu kami satu perkara tentang anda yang ingin diperbaiki untuk mengecapi impian anda
(Tidak melebihi 150 patah perkataan)
(Tidak melebihi 150 patah perkataan)
Semua penyertaan mesti diterima selewat2nya sebelum 5.30 petang pada
31 Oktober 2008 (Jumaat)
Jangan lupa baca terma dan syarat: Saya listkan sikit, nak lagi detail klik terma dan syarat yang tertera kat laman KEM KOTEX® 2008 :
1. Mesti seorang gadis berumur 13-21 tahun.
2. Uols boleh hantar berapa banyak borang penyertaan yang uols nak, borang fotostat pun boleh tapi setiap borang penyertaan mesti lengkaplah dalam tulisan asal; pastu dengan jawapan esei dan sebarang dua (2) polibeg luar pad Kotex® (sama ada Kotex Soft & Smooth® yang berwarna biru, Kotex® Dri-Comfort yang berwarna ungu ataupun Kotex® Style yang berwarna ungu muda). Tapi ingat! Kotex® buatan Indonesia tidak akan diterima.
3. Esei tu mesti ditaip/ditulis pada 1 helai kertas putih bersaiz A4. Kalau nak tulis tangan pun boleh, tp kena lah JELAS… ada paham?
4. Semua penyertaan mesti diposkan kepada: ‘Kem Kotex® 2008’, PO Box 8615, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46793 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Untuk Maklumat lanjut klik ke website kotex, http://www.kotex.com.my/kem2008/index.htm. Ok kalau tak paham lagi, uols call jer talian bebas tol 1800 82 1188 (Isnin Khamis, 9 pagi - 3 petang) atau emel: marketing.my@kcc.com, senang jer kan!.
Ini adalah view Club Med Cherating Beach, cantik sangat kan :D
Best tau join kem ni, sebabnya boleh “Beach Party” bersama selebriti okey. Ada Wan Sharmila, Sari Yanti, Elliza, Ahli Fiqir dan banyak lagi lah, whopss! Dr. Sheikh Muzaffar, angkasawan kita yang ensem lagi macho pun akan turut berada di sana.
Lagi menarik di Club Med Cherating Beach, uols boleh menguji daya tahan fizikal dan mental, boleh cuba kemudahan riadah yang lebih mencabar seperti wall climbing, sailing atau terbang di udara. BEST SANGAT!
Lakukanlah PERUBAHAN untuk pengalaman baru anda. ‘MAKEOVER’ diri anda. Kenalpasti potensi anda, tingkatkan keyakinan diri, buka minda dan dapatkan aspirasi baru bersama Kem Kotex® 2008.
Rebutlah peluang keemasan yang mungkin datang hanya sekali sahaja ini.
SUKA SAYA INGATKAN SEKALI LAGI, ESEI ITU MESTILAH TIDAK LEBIH DARI 150 PATAH PERKATAAN SAHAJA. MUDAH SAHAJA, KAN?
Selamat berjaya yer adik-adik ku sayang, siapa yang berjaya jadi top 50 tu, email la akak ko ni ha, habaq mai kat akak, uols hepi akak pun tumpang hepi tauuuuu.
Mama Alesha dan An-nisa Abriza









17 komen[s]:
dulu pernah dicekup sekali kat GIANT Penang utk jadi mama fotogenik....at last tak panggil pong...nampak sangat tak sesuai...hahahaha....
den nak join la
Saya baru cerita mengenai Club Med pada keluarga semalam. Memang bagus tempat tu. Saya pernah pergi pada tahun 1991.
Betul ke ni? Dulu Club Med ni ditutup setiap Disember kerana tengkujuh. Tak tahulah sekarang.
aisehmen..terpakse la pure-pure umor 18 taun camnih kan..kate nk jumpe angkasawan
kita dah terlepas umur.. ahaksss..
terlebih sudah had umoq..adoilaa melepas gue..hohoho
xnk la masuk pertandingan... nk dpt hadiah terus...
Salam Kenal & baru Mlompat ke sini;)
tau gakkk prkhabaran dari iklan TV.
mgkhayalkan diri juga..kalaulah umur saya masih bawah 20 tahun..dah tentu saya dah hntar eseinya..hihikkk:p
terlebih umor :|
haha tak layak la pulak..
entri u juga I faham, yg lain merapu2. I terlebih umur lak. I suka blog u.
ala..
da terlebih umur ckit jek..
frut la x ley join camni
=(
umur dah terlebih maaah...nasibla...hiks...
wah...tlg promote ek...:D...vp..kite bukak blog awak kat opis...ada mamat ni tgk pic awak..dia berkenan..siap tanya dah berpunya lom...hehe...kite jwb anak dah 2..dia kata sweet sgt awak pakai tudung...:D...
nak tumpang lalu saja sambil tutup mata...
umur lepas lagi nk join nh..
masalahnya, nk mengarang tu..
tidakku pandai susun ayat2 yg menarik..
:(
i'm one of the 50 luckiest girl..haha
kem ni mmg best glerr..gempak abis!!
that's the best momment in my life..jgn jelez..hehe
Post a Comment