Follow Viruspadu

Monday, October 20, 2008

pengalaman tentang tudung

beberapa minggu sudah saya terlihat dan membaca bingkisan ringkas dari supermummy berkenaan pemakaian tudung dalam msgbox saya...

rasa teruja dan terpanggil untuk klik dan mendalami kisah selanjutnya, oh! rupanya pengalaman bertudung supermummy, suka benar saya membacanya, yelahkan baca kisah2 benar buahan pengalaman orang lain sememangnya menarik

dan apabila saya melanjutkan bacaan tentang komen2 serta pengalaman2 readers yang lain, yang sangat tulus dan terbuka itu, timbul rasa seronok dan terpanggil rasa dihati ingin turut berkongsi rasa yang selama ini saya takut dalam berani untuk menyuarakannya

mood pulak dalam mode touching masa tu, :p dan ini pengalaman yang saya kongsi bersama mereka:

Kenapa saya pakai tudung?? Sudah pasti kerana tuntutan agama. Yang itu saya pahamlah, sebab tuntutan agama. Tapi persoalannya kenapa dahulu saya pakai sewaktu di Universiti tetapi kemudiannya, tanggal dan sekarang setelah bertahun-tahun saya pakai semula…

Saya tidak bertudung dulu bukan sebab saya jahil dan tak mahu paham dengan tuntutan agama tu, tetapi lebih kepada melayan kehendak jiwa yang masih muda. Saya teringin untuk memakai pakaian pelbagai fesyen. Ingin untuk memperagakan rambut. Dan ingin terasa cantik. Jangan salah faham, bertudungpun boleh juga kelihatan cantik bergaya, cuma…. Ye lah, gelora jiwa muda…

Dan kenapa pula saya kembali bertudung. Mungkin setelah usia muda telah berganjak ke penghujungnya, atau mungkin kegairahan berfesyen dan bergaya itu sudah memudar… dan mungkin juga hidayah Allah telahpun tiba.

Yang pasti cukup mudah Allah menurunkan hidayahnya. Hanya dengan bersenjatakan kenangan dan ketakutan. Kenangan dan rindu pada arwah anak dan ketakutan sama ada saya layak atau tidak bertemu semula dengan arwah anak itu di akhirat kelak.

Perasaan rindu yang mendalam itu membuatkan fikiran melayang kepada kenangan indah bersama arwah Alesha. Diselitkan juga dengan segala kepayahan dan dugaan sewaktu arwah sakit. Dari rindu yang gelap itu, terbit segala janji-janji Allah. Tentang dunia. Tentang hari pembalasan. Tentang pahala. Dan tentang dosa.

Adakah mungkin sang ibu pembuat dosa bakal diketemukan semula dengan si anak yang terjamin sebagai bidadari syurga??? Lantas terbit ketakutan yang maha mencengkam. Takut untuk bertemu dengan Allah kelak. Takut akan siksaanNya. Takut tidak dapat bertemu darah dagingku yang lebih dahulu pergi.

Saya perlu berubah. Dengan sokongan suami, saya berdikit-dikit berubah. Bermula dengan cara berpakaian. Saya mesti bertudung. Dan saya akan terus bertudung untuk beransur-ansur memperbaiki diri. Supaya nanti Alesha kenal akan saya di sana . Agar kami dapat bertemu untuk mengubat rindu…..

dan banyak lagi pengalaman menarik untuk dikongsi bersama di entry ini

~ terkenang zaman di fotopages pula rasanya

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

20 komen[s]:

eida.. said... [Reply to Comments]

shahdu baca N3 ni.. insyaallah akan ditemukan ibu dan anaknya diSANA...insyaallah...

RieNa said... [Reply to Comments]

jgn menoleh ke blkg lg..

langkah yg VP ambil ni sgt tepat dan betul.

doa byk2 moga Allah tetapkan iman dan tingkatkan ketaqwaan kita..
amin..

ajathajar said... [Reply to Comments]

touching betul entry ni.
inshaallah, dipermudahkan segalanya oleh Allah.

=)

Ayong said... [Reply to Comments]

istiqamah! itu yg penting..InsyaAllah, akan dipermudahkannya!

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah.. kagum saya membacanya.. nie la yg ingin sy tnya tp amat takut sekiranya VP terasa..

mica@tetty said... [Reply to Comments]

takpa allah dah buka hati kak..ikut je kata hati

MAMA IQA said... [Reply to Comments]

tahniah menang 2nd prize..
insyaAllah..segalanya akan dipermudahkan di sana kelak!

laloque said... [Reply to Comments]

selayaknya ibu bertemu sang anak...

mama danial said... [Reply to Comments]

terlintas jugak nak tanya persoalan yg sama, tapi terasa diri ni jahil jua maka dipendamkan.Tetapi setelah melihat semua perubahan ini, hati ini kagum.malah tak tergambar perubahan yg mendadak ini.Syukur...arwah bangga dapat mama macam zaimah.....

ina's said... [Reply to Comments]

tersentuh...gud luck yer...

mannira said... [Reply to Comments]

touchingnya...alhamdulillah..moga..kita diberikan hidayah dan petunjuk..moga dipertemukan kalian...aminnnn....

pesonarose said... [Reply to Comments]

zaimah, akak ni paling nangis kalau baca entry alesha..aduhh..takleh tahan sedih...tepakse la tarik napas pastuh pegi toilet...pastuh tarik napas sambung baca balik...sure boss ingat gaduh ngan laki hapa hiks..akak rasa elok zaimah slowly simpan dan kunci dalam hati mengenai arwah kan..cukup stakat kenangan bersama arwah...sabar bebanyak dan redha seredha-redhanya..untuk kebaikan arwah juga kan..

NONIE AZIZ said... [Reply to Comments]

tak terucap kata-kata...akak pun lebih kurang ngan VP...kadang pakai kadang tak.. hati sekarang berkeinginan untuk memakai tudung lebih tertib...Rupanya bila pakai cara lebih tertib ada yang menyukainya.....

Musliha said... [Reply to Comments]

semoga mendapat rahmat dari-Nya.. aminnn..

Ietams said... [Reply to Comments]

ala.. syahdu je bace..
teruskan je niat suci tu..
okey pe, makin tambah lawa gitu.. :)

ArELeEz said... [Reply to Comments]

chaiyokk vp! kuatkan ati, bulatkan tekad, insyaallah..

Mama_Nofal said... [Reply to Comments]

ko pandai ngarangg ekk..Aku mbaca pon tertarik mnarik..tp mcm bc novel pon ado hikss..

shah said... [Reply to Comments]

ok jer
supporter ramai!

che kiah said... [Reply to Comments]

Tahniah!Itulah kesannya jika sentiasa mengingati mati. Perbuatan pada hari ini memberi kesan pada 'kehidupan' kelak.
Saya selalu jeles melihat wanita yang bergaya ranggi tapi satu yang saya tanamkan "tak pa, di syurga nanti semua tu aku boleh pakai".Moga kita dapat menjadi ahli syurga..aminnn

Sama-samalah kita saling mengingati.
Btw, saya ex-uum. Dulu join kelab kenu masa 1st sem, pernah le camping ngan cik laloque hehehe lepas tu saja join kelab kembara! sebelah saja kita!

Wynn Yasser said... [Reply to Comments]

Mmah,kau dah start pakai tudung rupenye... Tak sangka perubahan kite sama. Yela, lama sungguh aku tak menjenguk blog kau ni. Maklumle, bile virus M dtg, jgn kate blog org, blog aku sendiri pon aku tak masuk. Hehe... Cantek kau pakai tudung. Sila senyum simpul...

Nnt kalau ada mase, kite jumpa, aku cerita kat kau kenapa aku berhijrah jugak. Ceritanye mgkn lebih kurang. Doakanla aku berjaya pakai sepenuhnye dgn cepat. "step by step" haih...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^