Follow Viruspadu

Thursday, October 23, 2008

Senarai produk susu tiada melamine

Sedikit info untuk golongan ibu, bakal ibu, alah semualah... kabar2kan pada semua la yer, walaupun berita ni dah lama, tp maybe ada yang terlepas pandang ker kan, so sama2 kita baca yer

sedikit petikan dari http://www.myhealth.gov.my/

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman, berkata senarai itu akan dikemaskini dari semasa ke semasa menerusi laman web kementerian.

Katanya, orang ramai yang mahu mendapat maklumat mengenainya juga boleh menghubungi kementerian di talian 03-88833503/655 sama ada untuk membuat aduan atau mendapatkan keterangan lanjut berhubung perkara itu.

Sehingga ini, antara produk yang disahkan selamat termasuk produk syarikat Mead Johnson, Dumex, Nestle, Fonterra Brands, Kilang Makanan Mamee, Dutch Lady, Wyeth, Ace Canning Corporation, Maestro Swiss, Malaysia Milk Sdn Bhd dan GlaxoSmithKline.

"Kementerian ingin menasihatkan pengguna tidak menerima sebarang susu dan hasilan susu dari China yang diberikan percuma sempena musim perayaan ini manakala pengimport atau ejen yang mengimport susu dan produk susu dari China diarah menghentikan import serta merta."

sekian dimaklumkan, nak maklumat lanjut, terjah laman web dia yer

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

12 komen[s]:

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

Dumex selamat kan...?

Suzi said... [Reply to Comments]

thanks akak VP 4 ur info about this susu..lega ckit rasanye...my alissa ni susah sikit minum susu tepung sbb dia alah banyak susu..skrg minum dutch lady..susu ke 12 yg ditukar..dia alah susu lembu tapi terpaksa sbb dia x nak susu isomil n pediasure..thanks a lot .. :)

ummu_hanis said... [Reply to Comments]

tq vp sbb kongsi crite ni. hai. apsal la diorg ni suka naye worg espesyeli budak kecik. susu pun diorg ubah suai. dunia dunia. eh cam tepanjang lak komen. huhuhu.

~ mzznana ~ said... [Reply to Comments]

monen dear....thx for d info....
mmmuah

DYLA said... [Reply to Comments]

ok gud info to share...
anak sy guna meadjohnson punyer.. selamat...

:-FarA-: said... [Reply to Comments]

info yang sangat bagus..

nasib anak2 ai minum keluaran nestle.yelah support tempat keje papa derang..hihi

Musliha said... [Reply to Comments]

bahaya kesihatan kanak-kanak..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

satu info yg berguna utk sume pengguna susu..thanxs ya VP..

KV said... [Reply to Comments]

seb baik anak kv minum mamil gold (dumex, kalo tak haru jgk nak menukar nya tu.
TQ for the info.

~ilyanie_usyuk~ said... [Reply to Comments]

fuh!..

nasib Dutch Lady ngan mamee disahkan selamat..

thank kak VP 4 ur info

=)

-Misztake- said... [Reply to Comments]

thank 4 info..
nasib baik dutchlady selamat..
esok bleh gi borong susu ni balik..

AzurA said... [Reply to Comments]

seb baik dumex slamat..anak2 pakai dumex jer







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^