Follow Viruspadu

Sunday, October 26, 2008

tayar la pulak

lepas satu - satu

hari tu kan, kes aircond kembara tu kan, so yang tu dah selesai la

oh yer, selaku pemandu wanita yang hanya tahu start engine dan tekan minyak sajer, bukan la rutin saya untuk memeriksa benda lain, sedangkan meter minyak pun saya tak perasan dah takuk mana, inikan pulak angin tayarnya :p


pagi itu, masa weols nak gi sarapan, en.laloque la ckp kat saya, dia tanya apa kena ngan tayar kembara, dan jawapan standard yang akan saya bagi adalah, ENTAH keh keh keh, jawapan yang sangat saiko kan, sgt menyakitkan hati penanya :p

ahaks, baru perasan tayarnya sudah kehilangan angin sikit2 lor, ish seb baik tak pancit tengah jalan ke hape ke, mau panik berkilo saya dibuatnya kan, mana la saya reti nak buat apa, nangis guling2 kat situ gak kekdahnya nanti


sebelum gi sarapan, terus singgah workshop, mintak check apa kena ngan tayar acik ni ha, sementara dia godek, weols melepak kat kedai makan sebelah dia, so tak la boring menunggu ye tak, bagus en.laloque carik workshop ni


nisa minat air pancut2 ni, papa nanti letak satu kat umah kita mcm ni la papa, letak ikan beso dalam kolam kecik papa tu,


bila dah selesai, lengcai tu bgtau, ada paku melekat kat tayar tu, adoiyaiiii, tp takpe, tayar sudah ditampal... selamatttttttt, apa2 pun saya tetap bersyukur yang masa saya bawak kembara tu, semuanya berjalan lancar

tampal tayar RM5 jer rupanyanya, seb baik la kan

oh yer, masa tampal tayar tu saya tak tgk la lengcai tu buat mcm mana, eh mcm mana ek tampal tayar? mcm tampal plaster ke? letak gam ke? ermmm... mcm2 imaginasi saya ni :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

7 komen[s]:

-Misztake- said... [Reply to Comments]

mmg bernasib baik sungguh kembara tu tak rosak tepi jalan mana- mana..

Shafie said... [Reply to Comments]

sy sendirik tak pnh tgk org tampal tyr cne...hehe..

xpe yg penting sentiasa cek keadaan tyr..

p/s: sy pon nk g cek la ;p

~ilyanie_usyuk~ said... [Reply to Comments]

em en. laloque kena la letak air pancut tuh gk kat uma kan

haruusss gtu!

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

heh..heh..heh..biasa ler kita pun sama kan.. pemandu wanita yg tahu bawa keta je..

FaRiHa said... [Reply to Comments]

ermm saya dah tgk dier tampal tayar camana sangat lain dari kiter tampal kertas guna gam..dulu saya pon pakai start enjin bawak...skang encik daddy dan encik cinta hati suh saya blajo sikit2 pasal kete...takut aper2 jadik kata mereka...

Musliha said... [Reply to Comments]

hehe.. tak silap kalu dia sedut macam ada bendalir masuk jer..

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

biasolah tu mmah.. keter ni memacam peel dia.. akak pun la ni naik dan tekan minyak ajer.. lelain cik abg la pk... ;p







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^