Follow Viruspadu

Saturday, November 22, 2008

2nd check up...

Dah 2 hari vp ngadu sakit di bahagian abdomen dia, sejak khamis hari tu. Apa yg mampu aku lakukan hanya mengurut bagi melegakan sakit itu. Lagi pun kebetulan sabtu ni (pagi tadi), dia ada appointment ngan Dr. Sukhilmi. So check sekali la nanti.

Sesampai jer Senawang... kita sarap dulu




Sampai2 jer di Klinik, harus layan sarap dulu. Makan biasa2 jer, nasi lemak utk mama dan Nisa. Teh tarik untuk vp dan sy hanya sirap limau. Pas dah kenyang baru segar nak gi jumpa Doktor.


Kontrol ayu sementara tunggu minuman sampai




Ramai juga org datang pepagi kat klinik nie. Ingatkan kitorg sampai kul 9 pagi dah kira awal dah. Rupanya kami giliran ke-3 pagi nie. Ok la.. yg penting servis bagus.


Nisa layan mama sedang menunggu giliran




Klinik nie bersih dan suasana ceria. Layanan pun cukup mesra. Lagi pun Doktor Sukhilmi nie merupakan pakar O&G dan kesuburan. Di klinik dia juga boleh buat prosedur IVF. Beliau merupakan pakar perunding bagi Hospital Colombia Asia Seremban dan Southern Hospital Melaka. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat dalam tentera dengan pangkat Kolonel di Hospital Kem Trendak.


Dr. Sukhilmi menerangkan sesuatu pada VP




Masa mengandungkan Nisa dulu, sekiranya VP mabuk terus. Flat tak bermaya dan tak larat bangun, di klinik ini la (sekiranya pada waktu pejabat) VP akan mengambil IV drip dia. Utk kuatkan sikit badan. Sebab VP xmoh admitted kat hospital. Takut katanya. Kalau kena pada waktu malam, mahu tidak mahu kena juga la pergi hospital dan kesudahannya, pasti akan di tahan 1-2 malam... kadang kala ditambah darah sekali.


Kemudahan ultrasound di sini antara terkini. Ada 3D untuk mereka yang berminat nak tgk wajah bakal baby anda




Hari ini cukup bermakna... sewaktu ultrasound dijalankan, janin sudah bergerak2 dengan laju dan kami gembira melihatnya. Kata doktor baru 7 minggu dan dijangka akan bersalin bulan Julai 2009, insyallah. Kira sempat collect duit raya tahun depan...

Baby yang mulai terbentuk (dalam bulatan)




Walau apapun, biarlah keduanya; si ibu dan anak sihat dan selamat serta dalam rahmat Allah hendaknya.


Nisa cuba memberikan sokongan moral pada mama dia



Tersenyum manis bila menatap gambaran anak yg bakal lahir



Nisa sedang main game sementara menunggu urusan pembayaran dibuat.



Cobaan Nisa mengambil gambar mama dia





Papa Alesha & An-nisa Abriza: Suami Viruspadu

13 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

ermmm....tumpang epy tgk fam sis vp & en laloque

chUNk said... [Reply to Comments]

keian akak vp..arap2 sume selamat..insyaAllah...salute ngan abg laloque atas jagaan diberi...
smoga bahagia selalu..aminn..

ummu_hanis said... [Reply to Comments]

betul la akak penah jumpe dr nih. tapi akak dah ade gene sendiri. sejak anak pertama akak dgn gene yg sama juga. dr tan cheng hock. di hospital mahkota. dulu sama dgn dr sukhilmi me kat southern. kalau die cuti mmg patient die jumpa dr sukhilmi lah. mmg baik dr suhkilmi nih. lembuuuuuut jek. semoga vp sentiasa dalam keadaan ok selama mengandong nih ye.

edrina said... [Reply to Comments]

alhamdulillah..semoga vp & baby sihat2 selalu. :-)

aS_c0mei said... [Reply to Comments]

akak..sy g klinik ni sabtu lepas.tp sy smpi kul 10 lebih,dr sukhilmi ckp akak ada sblm tu.sy terlambat skit.klu tak leh jumpe pelok cium akak.hikhikhik..

nway,thanks a lot sbb bg maklumat psl doktor ni.sy & hubby dh mulakan langkah pertama....dokan kami ye kak.

yp kn,sy nk tau la kat mana lubuk cina tu kak?sy dh add ym akak.klu leh sy nk tau kat mana tu,dr apa yg sy bc psl wan enon tu.klu leh,sy pon nk cuba gak la...mana la tahu..ada rezeki sy...approve id ym saya k!thanks!

klu tak...akak publish la camana nak pegi ke umah wan enon tu plak.hehe...mekasih daun keladi..hihihihi...;p

Musliha said... [Reply to Comments]

mus tumpang hepi..
bahagia je rasa..
moga nisa jadi kakak yg baik.. haikkk..

aNgah said... [Reply to Comments]

salam kak..
owh xsangka usia kandungan kita sebaya..duenya jgk julai 2009..akak doakan skali ye moga kandungan saya kali nih slmt hingga saat melahirkan ye..papepun saya jgk doakan yg sama tuk akak..amin..

Apash said... [Reply to Comments]

edd you sama ngn my sister le..july09. ske bc blog you.. anyway semoga you and baby sihat selalu..

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

semoga vp sihat hendaknya..bahagia je tgk gambar tu...

QASEH QASTURI said... [Reply to Comments]

vp,... saya due 05 july....agak2 sapelah yg kuar dulu erk...
semoga awak sihat selalu...

JMAM said... [Reply to Comments]

July... anak no2 saya lahir di bulan itu.. Insyallah.. harap semunya berjalan dgn elok... happy for you guys....take care..

green apple said... [Reply to Comments]

wohooooooooooo..dah preggie dah ko ye.

surrender la aku.

Liza said... [Reply to Comments]

sentiasa doakan vp sihat and selamat melahirkan baby yg sihat and comel macam mak nyer...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^