Thursday, November 06, 2008

bagaimana ke Klinik Pakar Wanita Sukhilmi

Seperti yang saya janjikan dalam entry ni, nah ini dia map bagaimana ke Klinik Pakar Wanita Sukhilmi, dan oleh kerana saya adalah seorang yang sangat bebal bab2 jalan ni, jadi bab tunjuk jalan ni saya serahkan kat en.laloque :p

****

Cara paling mudah ke Klinik Pakar Wanita Sukhilmi adalah melalui lebuhraya PLUS utara - selatan. Ini adalah kerana, klinik tersebut terletak lebih kurang 1.5km sahaja dari plaza tol Senawang. Anda perlu exit di Tol Senawang. Setelah membayar harga tiket tol, jalan terus sahaja. Pada masa itu, akan melalui 2 persimpangan lampu trafik. Sebaik sahaja melepas lampu trafik ke-2. yg terletak di atas jejantas jalan Seremban - Tampin, anda akan melihat landmark pertama di sebelah kiri anda iaitu kedai tayar terbesar di Seremban - MODERN TYRE bersebelahan stesyen minyak Shell. Pada masa ini anda perlu jalan terus tetapi rapat ke kanan untuk bersedia membuat pusingan U (U-Turn).


Landmark 1: Kedai Tayar MODERN TYRE




Setelah anda rapat ke kanan, anda akan dapat melihat tangki-tangki simpanan kilang minyak kelapa sawit di sebelah kanan tersebut. Ini merupakan landmark ke-2. Anda akan bertemu simpang ke kanan tersebut dan harus membuat pusingan U (U-Turn). Kira-kira 10 meter dari simpang itu, anda masuk simpang kiri yang memilik pondok pengawal.


Landmark 2: Tangki simpanan minyak sawit



Dengan itu anda telah sampai ke deretan kedai Senawang Business Park. Landmark ke-3 adalah Hotel yang terletak sederet dengan Klinik tersebut. Maka dengan rasminya anda telah sampai ke Klinik Pakar Wanita Sukhilmi.


Landmark 3: Senawang Business Park/Hotel



Beginilah rupa klinik Pakar Wanita Sukhilmi.


Dari dalam klinik kita dapat melihat Kedai Tayar Modern Tyre tadi..


*****

ok ada paham kah? punya detail tu, tak paham lagi, meh ai dush dush dush panggggggg sekali hikhikhik, ala gurau2 jer marrr...

ok ini lagi detail dia

Alamat: Klinik Pakar Wanita & Infertiliti Sukhilmi, No. 5-G, Jalan SBP 1, Senawang Business Park, 70450 Seremban Negeri Sembilan

No tel: 06-6751510
No Fax: 06-6751512

No Henset: oohhhhhhh kalau nak betul2, email or YM saya, akan ku berikan, yelahkan nak dedah no henset ni mcm bahaya sikit, lgpun saya tak mohon kebenaran doktor lagi

dan jika uols ke sana, sila bgtau doktor, "saya kawan zaimah" hiks... saje jer, takde la saya dapat untung ke hape kan, niat saya publish ni pun untuk membantu uols yang sedang berusaha untuk mengandung/dapatkan anak, atau yang dah mengandung teringin nak scan 3D ke kannnn

ok uolsss... selamat mencuba

Mama Alesha dan An-nisa Abriza
Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^