Follow Viruspadu

Saturday, November 01, 2008

buah terap

mcm mana nak sebut ek, tarap ke terap?

tolong betulkan saya

ada orang tu mengidam makan buah terap ni, opssssssss bukan saya uols, tp en.laloque tu haaaa, ini la rupa buah terap


orang2 semenanjung konfem tak kenal buah ni, nama dia pun tak pernah dengar kan, haaaa.... rugi uols tak rasa buah ni tau sedapppppppppp

rupa dia mcm buah cempedak di luar pagar, rasanya pun mcm cempedak + durian, eh ye ke, more to cempedak la, tp bau nya sangat kuat tau...

uols kalau dtg sabah ke serawak ker, disajeskan cari buah ni, try rasa, sedappp, mmg tak rugi makan, tp buah ni ikut musim gak la, kalau musim, bersepah2 lah, kalau takmusim maybe tak jumpa, melepas laaaaaa...

mmg dah rezeki en.laloque kot, sbb buah terap takde musim tp kebetulan ada satu

mmg rezeki dia :D

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

18 komen[s]:

arsaili said... [Reply to Comments]

salam..buah ni ala2 buah hutan...jungle product gitu..ahaha. En laloque cam my mum...favourite sgt mkn buah ni...kekadang kena bersiar2 ke pedalaman utk carik buah ni.Susah nak jumpa pun...dia ada satu lagi serupa tapi tak sama..so jgn silap...

[ LADYKiKi] said... [Reply to Comments]

buah terap .. yup terap.. jgn meniarap pas mkn buah tu sudah... ye en laloque.. hahaha!!


>>> nanti kalo nak dtg kch lagi.. dtglah time musim buah.. hiks

bee said... [Reply to Comments]

buah terap or tarap sama je..klu org local ada yang panggil tarap...sedap ka? saya pun suka sgt makan buah ni...klu goreng dgn tepun pun sedap kak...saya penah bawak balik smnanjung..cari yg mentah la..sbb buah ni cepat masak..kadang pagi dah masak petang terlalu masak jadi x sedap sgt..alahai craving lak nak makan buah ni..

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

ha'ah ler vp, cam buah nangka.. tapi isinya lain.. betul sedap ke tu..

Y@ZeD@ said... [Reply to Comments]

mmg sedappp kann buah terap nihh..!

tingat arituhh time pg srwk, kawan sy bwk pg makan kt satu restoran (rumah yea!) yg spesel kat situ nasi goreng terap... dia campur buah nihh lerr tp buah terap tuhh dia buat mcm jeruk..
nasik goreng terap nihh pun ada musim... kena tunggu musim buah terap br ada menu spesel nihh!

alamak, lupe arr nama kedai tuhh.. dah terberjangkit VP ler nihh lupe nama tmpt..!

Liza said... [Reply to Comments]

sah, memang tak pernah dgr pun, mesti sedap kan

Rika said... [Reply to Comments]

vp..
dkt sabah panggil buah terap. My fav buah tau..

Intan Sharina said... [Reply to Comments]

husband sy cakap ejaannya "tarap"..mmg sedap betul rs buah ni..nak buka pun senang..tak perlu pisau pun..baunya menusuk kalbu..kdg2 naik pening jgk klu hidu lm2..

sy tak leh mkn byk sgt buah ni sbbnya lps mkn angin satu badan..

ape2 pun buah ni mmg sedap..rugi sape tak mencubanya klu smpai kat sabah/srwk..

JIVEBUMZ said... [Reply to Comments]

haa la VP rupe lebih kurang sama ngn buah cempedak di luar pagar tu.. hiks

ija said... [Reply to Comments]

wei..kat tempat aku bersepah la buah ni.kitaorg panggil terap gak..

cik KOpi said... [Reply to Comments]

akak nak itit
kopi dah buka mulut ni
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

middaygeo said... [Reply to Comments]

buah terap blh mkn ke???kat kg ku takder sapa pun mkn buah ni bila luruh..buang jer

Btw kek lapis dayang salhah tu ado websitenyer

+ iNaMoRaTa + said... [Reply to Comments]

hehe..diz iz buah 'TARAP'..ngeee
mmg sedap..bila musim je mmg 1kampung bau buah ni..hehehe..
so,klu dtg sabah jgn lupa cari..hehehe

laloque said... [Reply to Comments]

sbb gua di besarkan di Sabah. So mmg kegemaran mkn tarap nie. last year bawak balik 4 bijik... seludup masuk kargo. kali nie xde rezeki... jumpa sebijik jer... so mkn di bilik hotel jer la

-Misztake- said... [Reply to Comments]

1st time dengar + lihat rupa buah nih..
xleh bayang la rasanya.. durian + cempedak = ape ye..?

eedany said... [Reply to Comments]

Orang Sabah panggil itu buah Tarap. Cuba try test masak buat cucur. Sedappp!

:)

Musliha said... [Reply to Comments]

wah.. perak kejap..
buah terap? uh.. uh..
first time dengor..

AzurA said... [Reply to Comments]

rupa die cam buah nangka??? nangka muda???? bukan???







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^