Follow Viruspadu

Wednesday, November 26, 2008

Gaya Bahasa...

Ramai yg ckp gaya bahasa aku nie cam org lama2. Mungkin benar juga. Sbb aku di lahirkan di awal tahun 70an. Sudah barang tentu gaya bahasa berlainan dari zaman sekarang. Aku dibesarkan dengan dodoian lagu-lagu rakyat tudung periuk, jong-jong inai, air pasang dalam; diiringi irama nyanyian hail amir - ujie rashid, sohaimi meor hassan, latif ibrahim, beory marantika; bermain permainan konda-kondi, batu Seremban, laga bijik getah; makan jajan seperti ding dang, asam boi taroh dalam limau kasturi, atau sugus.

Dahulu aku belajar guna sistem lama, sistem sebelum KBSR atau KBSM diwujudkan. Sekang ntah aper sistem pun aku xtau. Mmg aku sekolah menengah dalam aliran Sains. Tapi sebenarnya aku minat sastera.

Masa di Sabah dulu, perpustakaan sekolah aku terlalu daif. Maklumlah, sekolah pendalaman. Ada satu koleksi buku yang paling aku gemar pada masa itu. Buku arab bertajuk - Kitab 'Alf layla wa-Layla yang telah dialih bahasa oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan tajuk - Seribu Satu Malam. Kalau tak silap aku ada 8 jilid semuanya. Buku itu la yang aku ulang-ulang baca selama 3 tahun di sekolah tu.

Aku mula membaca buku-buku sastera berat sejak umur 13 tahun. Buku pertama aku baca adalah - Keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer. Sampai sekarang buku itu adalah buku yg paling aku ingati. Penceritaan yang penuh dengan perasaan, dendam, marah, benci, takut, suka... sempurna la!

Dari situ timbul minat untuk cari buka beliau selanjutnya. Buku karya beliau seterusnya adalah - Subuh. Begitu sukar untuk mencari karya beliau kerana beliau dianggap sebagai ahli Komunis. Di Indonesia, beliau beberapa kali di tahan kerana berhaluan kiri dan dianggap bersimpati dengan perjuangan Komunis.


Pramoedya Ananta Toer (1925 - 2006)




Mujur aku masuk matrikulasi UUM. Di sana aku mula baca buku-buku karya A. Samad Said. Mula baca buku beliau seperti - Salina, Langit Petang dan Sungai Mengalir Lesu. Mula belajar sajak/puisi beliau cam - Suara Dari Dinding Dewan. Di matrik tu kitorg ada minggu kesusasteraan. Setiap kelas perlu mempersembahkan sajak, lagu puisi dan pementasan drama. Semua persembahan itu akan dipertandingkan antara kelas dan 3 yang terbaik dari setiap kategori akan di pertandingkan di peringkat akhir di Dewan Muadzam Shah, UUM. Paling tidak dapat dilupakan bila wakil kelas aku yang menyanyikan lagu puisi karya konpratasa, berliuk lintuk menari gaya Axl Rose - Gun N Roses!!! hahahahaha sampai sekarang xleh lupa kenangan itu.


Datuk A. Samad Said (1935 - )




Sewaktu belajar di Universiti juga selain aku brutal ngan xtvt lasak seperti mendaki gunung, berkayak, jungle trekking, rock climbing, water rafting dan ntah aper2 lagi, aku juga suka melepak di library UUM, tingkat 5, meja no. 3 dari kiri, sebelah tingkap yang mengadap the Mall/PKP/Masjid UUM. Kebanyakan rakan-rakan aku tau, kalau aku xde dalam bilik, atau xde jugak di Bilik Kelab Kenu pada waktu biasa 8am - 5pm... cari jer di library di meja no. 3, tingkat 5 itu. Aku tidak pernah berubah tempat dari sem 1 sehingga la grad. Hanya meja itu sahaja kegemaran aku. Aku siap ukir di penjuru kaki kiri yang rapat ngan dinding perkataan "laloque was here". Ntah wujud ntah tidak port aku tu.

Kenapa aku pilih situ??? sebab meja itu dekat ngan rak-rak buku koleksi sasterawan-sasterawan dunia dan hanya 5 langkah dari tandas! hahahahaha.. Di area itu juga dekat ngan kaunter simpanan koleksi video ilmiah. Pada masa itu aku gemar menonton koleksi ceramah/debat Ustaz Ahmad Deedat.

Antara koleksi buku yang paling aku minati pada masa itu adalah karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA). Semua buku beliau aku baca. Dan sekarang, semua buku beliau aku beli dan simpan dalam personal library di rumah aku tu.

Karya beliau yang paling membekas adalah:
1. Di bawah lindungan ka'abah
2. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
3. Di dalam lembah kehidupan

Cukup mengharukan dan cukup puitis. Bahasa yang digunakan penuh hikmah dengan makna tersirat. Sehingga sekarang buku2 karya beliau adalah paling aku minati sekali.


Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka)(1908 - 1981)




Mungkinlah, akibat terdorong membaca buku-buku sebegitu maka aku punya gaya bahasa jugak agak kekunoan... hahahahaha


Papa Alesha & An-nisa Abriza; Suami Viruspadu

11 komen[s]:

Musliha said... [Reply to Comments]

wah.. sungguh en. laloque org sastera..
bahasa lembut bergaya..
sedap bunyinya..

sC@RLet dEjaVU ^V^ said... [Reply to Comments]

ok la tuh.. tp mmg ada gaya bahasa lama.. tapi tak kesah lah en laloque... janji jadik diri sendrik.... org nak cakap apa lain citer... ok... tata

irdawatys said... [Reply to Comments]

Rindu nak nengok gambar VP......Sure Jusco pun rindu kat duta nyer yg sorg ni....

BigMouth said... [Reply to Comments]

hehehe, alang pun lahir awal 70an jugak...patut lah, bahasa alang ala2 sasterawan gak!! hahhaha

HappyIrfa said... [Reply to Comments]

mgkin kot

me, myself, cici and titi said... [Reply to Comments]

adeh...nak baca entry nie pun rasa berhemah aje..hahahahhaha. buku-buku pak samad mmg menarik, bny yang tersirat terutama novel Salina.

en laloque, salam kepada VP ye.

ummu_hanis said... [Reply to Comments]

aku rase kan en laloque ni musti bebaya laki haku. sibok jek ngan ahmad deedatnye.

vagg. said... [Reply to Comments]

ahahaa hokey jekla pun bahse cemana pun kan. asal xmain carut2 udah. org pun suka nk baca

InT@N said... [Reply to Comments]

msti brjiwa seni ni.....

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

kira ok la tu.. era 70an pun masih ok lagi tau.. bahasa2 puitis tu.. memang byk maksudnya kan..

Hijrah1429 said... [Reply to Comments]

Samalah sy suka gak karya2 berat, cuma yang Hamka punya tu, di dalam lembah kehidupan saya tak pernah baca lagi...yg dua tu memang best ceritanya...gaya bahasa,,,woww!







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^