Follow Viruspadu

Sunday, November 16, 2008

Hai... I'm back...

Hai... sekali lagik kita berlintas langsung dari studio berita.

Hari ni, kami sekeluarga memenuhi jemputan seorang kenalan. Kawan di UUM dulu. Senior aku masa di U dan super duper oldie senior bagi VP. Kitorg sama2 join kelab kenu UUM. Lama aku tunggu senior aku ni naik pelamin. Dah nak masuk 40 baru nak nikah. Mujur aku xtempah banner bertulis ayat ini "Akhirnya... nikah jugak ko Areyum!"

Iye... beliau dikenali sebagai Ayam sewaktu di kampus dulu. Org nyer hepi go laki.

So, oleh kerana berita penikahan ini amat mengejutkan banyak pihak, maka bebudak kelab kenu telah menjadikan majlis walimatul urus En. Areyum ini pot untuk reunion kelab. Lebih 6-7 bijik kereta turut serta konvoi ke majlis itu yang di adakan di kg pihak perempuan, Kg Sg Mahang, Nilai, N9. Nak konvoi rumah pegantin lelaki jauh sgt kat Kangar, Perlis nun...


Nisa sedang memasang tekad untuk membawa kereta papanya...




Pada mulanya kitorg cadang nak berkumpul di Hentian Nilai. Bila aku sampai sana, si Doel call kata kumpul kat parking space selepas tol Nilai. Bila aku nak sampai jer, dia cakap dah gerak ke Nilai Square!.... aku luku pulak kepala Doel nie kang. Nasib baik aku kenal si Doel nie dah lama.

Dari Nilai Square, kitorg konvoi dalam 6-7 bijik keta ke Kg. Sg. Mahang dengan diketuai oleh si Chon. Sebab apa bagi dia jadi kpala, sebab dia baru beli Toyota Rush baru... hahahahaa


Are you ready mama & papa... Let me teach you both how to drive... ewah!!




Aku ingatkan si Chon nie tau jalan. Sebab dia bawak keta menonong jer lajunyer. Kitorg follower nie susup sasap nak follow belakang vontot rush baru dia tu. Pastu aku tgk, apasal dia terus lak nie, simpang kg sg. Mahang dah lepas dah, masa lalu depan stesyen komuter Batang Benar tadi??? muskil aku... sekali rupanya, dia pun xtau... maka secara xlangsungnya, kitorg pun ikut sesat-barat. Dia U-turn kitorg U-turn, dia masuk simpang kitorg pun ikut masuk simpang, dia berhenti kitorg berhenti.... cam nie xleh jadi nie. Masa diorg sibuk2 nak pusing balik masa kitorg dah terlepas masuk Taman Dahlia, aku take the lead... Aku sound Doel... follow aku la... so aku terus jadi kpala tunjuk jalan. Bukan sebab aku tau, tapi sebab aku dah perasan signboard kg sg Mahang masa kat stesyen komuter tadi... hahahahaha... so gua lenjan bawak konvoi gi kg tu...



Mabuk2 pun gagah gak nak gi kenduri kawen... nak jumpa kekawan kan



Akhirnya kitorg sampai gak rumah pengantin pompuan. Cam biasa la kan. Bila gi kenduri kawen. Musti la makan kan... so the rest of the story, paham2 sendili maa.... layan gambar jer... ok



Ini la Ayam... Senior aku, pegawai LHDN ni, tapi xmoh tolong kawan kasi kurangkan cukai... hahahahaha... Gurau jer. Dia wat gaya konon macho la tu!




Pasangannya... kitorg gelarkan Itik...




Nie sebahagian bebudak kelab kenu UUM... 2 baris meja kitorg cover!!!




(Pic ini kredit kepada Ina - www.dygina.fotopages.com - Sapa nak cari fotog utk wedding cari dia) : Geng Kelab Kenu UUM



(Credit to dygina.fotopages): Pengantin yang xreti sabar... nak terkam jer!


Sekali lagi... saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada En. Haryatul Yusri b. Md. Yusop serta pasangannya Pn. Noor Niza bt. Tambiran. Moga berbahagia selamanya ke akhir hayat...

Papa Alesha & An-nisa Abriza dan Suami VP

14 komen[s]:

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

sian vp...sabar banyak2 yer kak...

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

cayang akak..idolaku..ahaks..

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

alaha..comel sungguh nica...nak lagi gambar2 dia...

honeysour's blog said... [Reply to Comments]

rindu kat nica ni..lamer dah tak nampak dia dlm blog...

lieya shayunk said... [Reply to Comments]

hye kak vp...
sg mahang tu dkt ngn stesen ktm batang benar..dkt la ngn kolej sy..kolej legenda...hihi..cumel kak vp pkai bju pink...=)

ummu_hanis said... [Reply to Comments]

yess!! go vp!! buktikan yg org mabuk jugak bleh pi umah org kawin. akak sunggoh kagum.

Musliha said... [Reply to Comments]

lawa songket merah tuh..
kenan..

Aleeya said... [Reply to Comments]

dah sampai seru kawen la gak yer..tahniah untuk member ngan pasangannya tu..

vp dah bape minggu?saba yer, awal2 mmg gitu kan..dah lama nnt..dah stabil baru best makan makan makan dan makannnn..he he

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

mabuk2 pun.. vp sitll maintain erk.. pandai ke nisa nak bawa papa ngan mama dia tu.. hehe..heh

wanie said... [Reply to Comments]

comel nisa tu...vp tak larat nak update blog ye..nasib baik en. laloque tolong update kan..kalau tak rindu la nak baca entry2 dari vp ni

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

alahaiii naper den terlepas perjumpaan nie.. neway syiook gathering Mmah? misti la best kan.. hehehe

lily lotus said... [Reply to Comments]

cantiknya baju vp! paling menyerlah tu..

shafa said... [Reply to Comments]

eh...eh..itu akak aku..
ptt ler smlm tepon asik2 kt kenduri..asik2 kt kenduri..
gi ngan saper..??
gi ngan sara..
cam aku lak asben die sibuk tanya die gi mn n ngan sape...
hehehehehe....

mid said... [Reply to Comments]

congrats mmah sbb pregnant lagi. hehhehe. pic reramai yang pakai tudung biru pegang payung biru tu... muni ker?







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^