Follow Viruspadu

Wednesday, November 12, 2008

pda vs smartphone

dari blog en.laloque

Banyak org dok tanya... best ke pakai PDA. Ntah la... itu semua bergantung pada aktiviti harian dan tujuan pemakaian. Bagi yang aktif dan perlukan alat untuk merancang jadual harian, maybe PDA adalah jawapannya.



HTC Touch (PDA)

Bagi yang aktiviti harian kurang dan biasa, smart phone atau handphone biasa dah mencukupi.

Kelebihan PDA adalah fungsi organisernya bagus. Memudahkan penjadualan. Membolehan kita berkomunikasi sama ada melalui email/MMS/SMS/bual/video dengan mudah.


Nokia - N95 (kategori smartphone)



Memiliki keupayaan aplikasi office yang baik - word, excell, pdf, dan powerpoint. Kita mampu juga untuk install pelbagai aplikasi lain seperti pocket islam. Bagi kita org islam, aplikasi pocket islam paling berguna. Didalamnya ada surah2 al-quran elektronik sama ada kita membaca paparannya atau kita mendengar dan membaca paparannya, beberapa hadis2 pilihan yang boleh ditambah melalui muat turun, kalendar islam, kompas yang menunjukan arah kiblat, azan akan berkumandang setiap kali sampai waktu berdasarkan bandar2 (dalam Malaysia) yang kita pilih. GPS yang lebih baik dari smartphone (sama ada aplikasi Garmin atau Mapking) dan bermacam2 lagi.

Keluasan skrin juga berguna untuk melayari internet sama ada secara wifi (percuma jer guna line tempat2 yang ada kemudahan wifi) atau direct melalui operator telco.

Kekurangan PDA pula. Kebanyakan PDA direka untuk orang yang aktif, yang jadualnya padat. Maka sistem aplikasi hiburan tidak diutamakan. Sistem bunyi kurang berbanding smartphone/handphone biasa. Gambar yang diambil dari camera kurang menarik/jelas. Game bersifat untuk mengisi masa lapang dan paparan clip video yang biasa-biasa aje.

Dipendekan cerita, keupayaan PDA hampir menyamai keupayaan notebook, cuma dia kecik dan kiut...

So sebelum anda buat keputusan untuk melabur wang sama ada nak beli PDA atau smartphone/handphone biasa... nilai keperluan sebenar anda terlebih dahulu.

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

6 komen[s]:

Musliha said... [Reply to Comments]

smart fon pilihan saya..
ekekeke.. xde benda nak organize..

~eiyra~ said... [Reply to Comments]

saya yg takat guna utk angkat call dan sms ni guna ajela tepon biasa biasa aje kan.. akekekkeeke..

SaDi said... [Reply to Comments]

sadi dah pernah pakai smartphone dan PDA... tapi.. once dah pakai PDA... rasa dah tak mau tukar handphone.. kalau nak tukar... mesti nak PDA jugak... sebab... aplikasi dalam pda lebih best :D

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

heh..heh..heh.. rasanya klu diberi pilihan mugnkin smart phohe kot jadi pilihan utama.. pda ni tak berapa minat ler plak

Shafie said... [Reply to Comments]

sy suke smartphone..

pda belum lg kot..

huhu..

prebetsabu said... [Reply to Comments]

berlaku kesalahan sikit kat artikel laloqe...

PDA merupakan istilah bg suatu device yg telah lama digunakan.. sejak early 90's..

dimana, pada zaman tu, PDA belum lagi diintegrate dgn function utk telephone...

evolusi merubah segalanya...

PDA skrg telah dilengkapi dgn pelbagai function... phone, gps etc etc...

smartphone? jgn di samakan smartphone ngn handphone..

smartphone merupakan evolusi daripada PDA..ianya merupakan daripada spesis handphone, tetapi telah dinaik taraf agar lebih advanced dari segi penggunaannya..

pada dasar, functionality PDA n smartphone adalah sama...

bezanya hanyalah pada rupa paras fizikal...

pda biasanya berbentuk segiempat, dgn ruang paparan yg luas, berserta touch screen, manakala smartphone datang dlm pelbagai bentuk, tetapi masih mengekalkan ciri2 fizikal handphone...

pda n smartphone secara amnya direka utk kegunaan business/professional, maka function2 yg disediakan secara default lebih kepada kegunaan pejabat, namun terdapat juga smartphone yg mengkhusus pada multimedia. kesemua PDA n smartphone support sofware utk doc editing, atau lebih tepat lagi, OS Win Mobile dan Symbian 9.0 mmg bole diinstall software doc editing n presentaion.

kualiti audio speaker pada pda n smartphone sekadar bole didgr, tak sesedap handphone yg direka utk multimedia (cthnya utk nokia - N Series, sony ericson - W series). Versi awal PDA n smartphone tidak dilengkapi dgn sebarang kamera, tetapi oleh kerana trend market menampakkan kehadiran kamera adalah perlu di dalam mobile device, maka ciri ini dimasukkan sekali sekadar memenuhi syarat n bonus added value...

itu sahaja serba sedikit yang ingin dikongsi..

harap diperpanjangkan pada en laloque.... dah komen kat sini mcm malas lak nak komen kat blog dia.. hiks..

*hati2 ngn touchscreen.. perlu penjagaan rapi.. disebabkan ruang paparan yg luas, ianya cenderung pada calar n hentakan kuat... jika tidak dijaga, touhc screen cenderung pada kehilangan sensitiviti... atau lebih tepat, screen alignment perlu kerap dilakukan.....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^