Follow Viruspadu

Tuesday, December 02, 2008

Food Quality Survey...hadiah menarik menanti anda!

jom uols kita bantu honeybear2108, apa salahnya jawab2 soalan ni kan, kejap jer pun kannn...

sila yer uols, kita bantu membantu :D, bantuan anda sangat2 dihargai tau! lagipun jawab soalan dpt cenderahati lagi uols ...

-------------

Salam semua,

Saya merupakan pelajar PhD di Curtin University of Technology, Australia.

Tajuk kajian saya adalah PERSEPSI DAN PENGALAMAN PENGGUNA KETIKA MEMBELI BARANGAN SEGAR DARI KEDAI JUALAN RUNCIT DI MALAYSIA.

Saya ingin mengajak Tuan/Puan yg berminat untuk menjawab survey ini. Dengan melengkapkan survey ini, Tuan/ Puan akan mendapat cenderahati istimewa dari Australia. Di samping itu juga, Tuan/Puan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM100 tunai (utk 3 pemenang!)

Syarat-syarat penyertaan:
1. Tuan/Puan merupakan orang yang bertangungjawab membuat keputusan pembelian barangan segar (buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan ayam) untuk keperluan isirumah.
2. Terbuka kepada Tuan/Puan yang tinggal sekitar Lembah Klang sahaja.

Jika berminat, sila email kepada food.quality.survey@gmail.com berserta bahasa pilihan (samada ingin menjawab dlm B. Inggeris atau B.Melayu). Survey akan diemailkan kepada anda.

Sila maklumkan juga kepada rakan-rakan lain yang berminat menjawab survey.

Terima kasih.

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

4 komen[s]:

Musliha said... [Reply to Comments]

kita org penang takleh masuk eh?
rugi aishhh..

oren said... [Reply to Comments]

waa..saya org kedah pun, tak leh masuk ka?? apa kata cik adik yg buat survey nih, luaskan skit skop kajian tuh..meliputi semenanjung mesia ke??

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

alamak kita org jb pun tak blh nak join ke.. sedih la..

Anonymous said... [Reply to Comments]

saya boleh saya boleh
yayyyy

umisha







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^