Follow Viruspadu

Friday, December 26, 2008

kenduri belah lelaki

wah wah wah

cerita saya ni sangat la dah basinya kan, ahhh pedulik la basi ke hape ke kan, janji acik update sebagai kenangan kat sini gitu kan

ok kali ni weols nak gi kenduri belah family ciput pulak, kendurinya kat sabak bernam nun, jauh bukan main lagik, so en.laloque cakap, kita gerak ke cheras sabtu malam ahad, so tak perlu lah hari ahad tu baru nak kecoh2 bangun pagi kan, gilo nak bgn kul 6 pagi siap2 gitu semua kan, kalau nak siapkan diri sendiri ajer tak ngape gak, barang2 nisa tu yang leceh sikit, barang dia saje, penuh satu bonet, tu baru anak sorang, kalau anak dua kang, harus acik tukar pakai van keh keh keh

so pg tu, weols siap2 lah, sbb janjinya nak gerak dari cheras jam 9 pagi, kebetulan en.rep aka pakngah nak join sekali, hari tu masa kenduri kat cheras dia tak dpt join sbb ada hal kan, so kali ni dia nak join la, so kete weols gerak dulu, sbb nak jemput rep dulu, punya la weols terkocoh kacah semua, tgk2, orang2 kat rumah belum gerak hapa pun lg, yelah nak kumpul ramai2 mmg lambat sikit kan, so takpe la, lgpun weols bawak la keto lambat2 kan

adoiyaiiii, membawak perempuan mengandung adalah sangat leceh hikhikhik, kejap2 nak berhenti muntah2, ishh, kali ni dah bijak sikit, sempat elakkan tudung dari terkena muntah, kang kalau terkena muntah, adoiiiiii... mcm2 la tuduhan dilemparkan padaku, ewahhhh... hahaha, poyo2! pastu kejap2 nak singgah beli buah la, kejap2 nak singgah toilet la, hiks... jd walaupun weols yang awal gerak, tp mereka tetap dpt mengejar weols dgn jayanya :p

perjalanan mengambil masa 3 jam weiiiiiii... saya dah pening2 sakit2 belakang dah dalam kereta, ada gak terfikir menyesal ikut semua, tp tak ikut mcm mana pulak kan, ikut mcm ni pulak jadinya, pasrah ajer la... adik punya pasal kan, lgpun sekali jer seumur hidup dia kan

weols baru sampai, ni kat rumah singgah ni, weols sampai awal, jam 12 lebih dah sampai, so lepak2 la dulu, muka saya dah toya habis dah neh :p


nasib saya baik sikit, sbb nisa berdukung ngan maklangnya, dapatlah saya merehat2kan badan saya ni, tuhan jer yang tahu betapa terasa nak pitam terhoyong hayangnya saya :p tp senyum tetap senyummmmmmm gitu, ai kan murah ngan senyuman :p


sepet ngan ceera, masa ni saya tak larat nak bangun bergambar ngan ceera, saya cuma igt, nak minummmmmmmmm dahagaaaaaaa panasssssssss


duduk saje, muka dah pucat, mekap dah lekang, asik muntah2 jer kejenya, abis mekap acik vogue2 tu tau



nisa, en.laloque, en.rep dan ciput, ontah apo yang diborakkan, saya pass kamera kat erieq jer, suh dia amik gambar apa yang patut, nak suh saya pegang kamera, rentikanlah, nak jaga diri sendiri pun tak mampu hiks


sebab weols sampai awal, perarakan pengantin pun diawalkan jugak la, elok awal2 ni, elok sbb saya dah tak larat nak balikkkkkkkkkkk :p

sweet jer kan... tp mcm kesian kat pengapit ciput tu, kemain tinggi tangan dia angkat nak kipas ciput punya pasal keh keh keh


nisa jalan mcm orang beso jer, :p

nampak tak yang saya bulatkan tu, selipar saya tu lah, pakai pun mcm nak taknak jer, asal sarung, nak tercabut roman eh hiks, adoila, selekeh betul saya kan

nisa ngan papa


the pelamin



saya tak kuasa nak naik rumah masa ni, saya lepak kat bawah jer, nyehhhhhhhhhh pastu saya makan dulu

kat sana kan, makan asing2 tau, depa dah asingkan lelaki satu tempat perempuan satu tempat, tp saya tak pedulik jer, makan jer ngan en.laloque satu meja nyeh nyeh nyeh

adoi poyonya wajah ku kan


ok2, lepas tu kan, saya dah tak mampu nak jalan lg, en.laloque terpaksa pimpin saya jalan ke kereta,

satu perjalanan yang agak menyeksakan, dan lepas tu saya tobat dahhh, taknak kuar rumah dahhhh hikhikhik

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

8 komen[s]:

Casper a.k.a wifee en.atan said... [Reply to Comments]

adeii kesian kat VP..lepas ni sakit nak bersalin plak kan??? tidakkkkkkk lariiiiiiiiiii

Liz said... [Reply to Comments]

saye pon tak ske kalo org2 ni dok asing tempat duduk laki pompuan melampau sgt..dah kalo laki bini..bior la dok sblah2..

so..takpe kak vp!!ahaha..

ros said... [Reply to Comments]

ala siannya akak ni....saya tgk pun sian sgt...xper2 akak kene kuat dan tabah...akak pun saya tgk dah kurus sket...take care kak..chaiyokkk!!

eLLy said... [Reply to Comments]

cian kat ko.. tak larat yeee..

org yg tak mengandong pun klu asyik muntah je dah lembik,
apetah lagi klu org yg mengandong ..

atty's said... [Reply to Comments]

lawanya ceera..

lil^RED799 said... [Reply to Comments]

gambar nisa dgn papanye tu...
die dah pandai buat pout!!!
waaaaaaaaaahhh
siap mekap lak tuh!
ehhehehhe

Erieq said... [Reply to Comments]

hyee kesian nyerrrrrrrrr..,
ayie pun kesian jugak la andak.,nati ayie belanje andak kopi tarik nak.,hehe

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

alahai..kesiannya.. memang nampak tak larat muka vp tu.. smpikan pki selipar pun nak tak nak je.. anyway.. cantik semuanya







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^