Follow Viruspadu

Friday, December 26, 2008

NON INVASIVE BILIRUBIN METER


"Ini adalah salah satu alat yg di gunakan di klinik doctor (NON INVASIVE BILIRUBIN METER)...fungsi alat ni adalah untuk memeriksa serum bilirubin (jaundice) menggunakan kaedah pancaran cahaya ke kulit bahagian dahi dan dada bayi yg baru lahir...dan mesti anda tertanya tentang apa kebaikannye...dengan alat ini kita tidak perlu cucuk bayi utk ambil darah n result on the spot...x pyh tggu lame2 so baby pun rasa selesa dan ibu dan ayah...BERITA BAIK,perkhidmatan adalah percuma kpd bayi yg lahir di bwh jagaan doctor."~copy dari blog doktor sukhilmi

salam semua...
saje saya nak share somting yang saya rasa adalah satu berita baik, baik sangat saya rasa

yelah kalau ikut pengalaman saya, alesha dan annisa, lepas lahir ajer, anak2 saya memang kena jaundis ataupun penyakit kuning, alesha kena lama jugak, seminggu kena dok bawah lampu biru, tp lepas tu turun, lepas tu naik balik kuningnya, tp sbb masa tu dia mmg di hospital, so dia dapat rawatan yang sepatutnya

pengalaman annisa pulak, nisa kena kuning, lamaaaaaa sangat, sampai saya habis pantang, baru dia habis kuning dia, lama kan, so bayangkan, tiap2 hari kena bawak dia cucuk kat klinik, check kuning dia. kejap naik kejap turun kejap naik, risau hamat tau, cuma sekali jer lah kena tahan spital, sbb kuning dia naik 3++ mcm tu, yang lain cuma 2++ so, doktor suh monitor kat rumah jer, legaaaaaaa dapat monitor kat rumah jer, tp tu lah seksanya kena cucuk tiap2 hari kan

seksanya nak kena tgk dia kena cucuk tu, tp nisa ni mmg kuat, dia rilex pun tak nangis, omak eh yang lebih2 emo

so sekarang bila tgk ada alat baru, yang tak perlu cucuk2 lagi, arghhhhh lega betul laaaa... memang satu berita baik kan

so buat anak2 uols yang kena kuning tu, boleh la lawat klinik doktor peribadi ku, doktor sukhilmi, kalau nak tanya apa2 pun silakan ke blog dia, inysaAllah kalau ada masa dia akan balas

ini blog dia http://drsukhilmi.blogspot.com/

ok itu jer

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

5 komen[s]:

Casper a.k.a wifee en.atan said... [Reply to Comments]

tq VP for the info

misz fatin said... [Reply to Comments]

vp, nk tnya, camne nak buat back up blog? camne nak post sumer post kt blog lame ke blog baru?

Erieq said... [Reply to Comments]

ini mcm ayat laloque's blog jer.,

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

emm.. bagus kan ada alat camtu sekarang ni..

che ann said... [Reply to Comments]

salam vp..just want to share the info..alhamdulillah anak akak dua orang tu tak kena kuning..akak amalkan makan vitamin Amway..sejak dari pregnan 7 bulan ke atas..member yang suggestkan.dan alhamdulillah setakat ni tak kena kuning tu..disamping tak kena kuning utk baby..utk kita pulak insya allah tak kena sembelit..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^