Thursday, January 29, 2009

kebocoran sudah

sbnrnya dah lama bocor itu paip tau,

tiktiktiktiktik jer dalam toilet tu, tp sbb dalam toilet kan, mmg la dah sah2 basah, tu yang asik tertangguh2 tu, nak2 pulak weols kan jarang ada kat rumah kalau cuti2 sabtu ahad, kalau tak kat rantau mesti kat cheras

oh oh jadi isu kan, kata saya jarang balik rantau la apa la tak adil la asik balik cheras la, adoilaaa... en.laloque baca pun gelak tau, yelah sbb saya jarang sangat blogkan kalau saya balik rantau, alah uols saya ni kan duk seremban kan, memang selalu la sgt saya balik rantau tu, jgn la uols fikir bukan2 ok, mmg itu pun tujuan kenapa duk seremban ni kan,

hari tu kan, terkejut saya masa saya turun ke tingkat bawah, saya tgk tangga dah basah, uish seb baik saya tak tergelincir ke hape kan, apa lagi cepat2 la saya tunjuk kat en.laloque, terkejut dia, dan2 tu terus call abah dia,

dan2 tu pulak abah dia terus bawak geng dia yang memang kejenya expert part2 paip2 ni kan, tolong tgk2 apa yang tak betul, apa yang bocor, apa yang pecah

ha yang panjat tu abah mertua saya tu, dia dok tgk2, apa dia tgk ntah

yang baju belang2 tu kawan dia, apa ke nama dia saya lupa, sbb masa depa wat keje ni saya baring :p, tp saya tak la kejam sgt uols, saya baring lepas saya hidangkan kat meja ngan air ngan makanan semua la kan, takkan tetamu datang kita nak buat tak tahu pulak, senang kan lepas buat2 keje, terus leh minum2 gitu, dan layan2 tu saya serah kat en.laloque lah, badan dah tak daya, mertua saya pun asik la ckp, "ko gi baring lah mah" haaaa kelas kannnnnn mertua saya, very the memahami gitu


memang terer la, kejap jer dia tgk2, kejap2, tup2 siap sudahhhhhhh... dia bgtau paip ni tak sambung2 bla bla bla, arghhhh keje2 tu biar lelaki jer yang paham, huhuhuhuh...

agaknya dia tgk tin2 cat kat luar, siap dia pesan kat en.laloque "along kalau nak cat rumah ni panggil jer pakcik yer"

weols pun terfikir, elok jugak tolong2 dia tambah rezeki kan, sape lg nak tolong orang kampung sendiri, tgk la mcm mana nanti, weols cat rumah sendiri pun memang tak habis lagi, maybe mintak tolong dia jer,

~ oh saya masih mencarik helper weekend :p

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

4 komen[s]:

laloque said... [Reply to Comments]

aah... selalu jer balik Rantau nun. Bukan aper mak ayah tinggal berdua jer. Maner ada perkara happening nak di blogkan. Tak kan nak masukkan crite ayah gua sign borang buku teks anak org kampung atau pic dia lawat kawasan atau crite gi halau lembu masuk kawasan rumah kut??? ayah gua tu ketua kampung...

lagik pun ini blog VP, biarlah dia cerita pasal family dia sahaja. Family gua belah Rantau tu biarlah rasia jer....

Dari suami VP yg ikhlas dan memahami... chewah!!

ogy said... [Reply to Comments]

salam..
ya betul sokong en. laloque... tah apa² tah si ash sibuk sgt dengki ngan org.. kalau x suka jgn msk blog ni lg..

suh... suh...suh... ash p main jejauh jangan ganggu org bleh x?

sabar je ye kak VP jgn di layan org mcm ash tu.. xde guna nya...

ratna said... [Reply to Comments]

vp...mmg baik awak repair kebocoran tu cecepat.. utk elakkan apa2 yg boleh terjadi..

rillys said... [Reply to Comments]

senang ada org leh watkan anytime ;)

Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^