Follow Viruspadu

Thursday, January 08, 2009

mereka terlalu memanjakan :p

minggu ni saya mc lg, huhuhuh giler lah dari minggu lepas mc, skrg ni kepala tgh pusingggg... pening habis, tekak toksah ckp dia punya loya, jalan lebih sikit jer sakit perut, bhgn bwh tu ler, jalan lebih sikit jer kaki dah gigil2, abis tu mcm mana acik nak gi kerja, mau pitam kang, lg susahkan nak hantar spital bagai kan

ok saya tahu uols pun mesti dah bosan dgn cerita ceritut betapa mabuknya saya, kali ni saya gagahkan diri taknak masuk spital byk2 kali, kali ni saya cuba kuatkan semangat, tp dalam kuat2 tu, ni terasa nak demam pulak dah, adoiyaiiii... jangan la demam!

minggu lepas en.laloque ajak saya balik cheras kejap, walaupun badan saya bgtau, "tak payah la balik, ko bukan sihat sgt" tp hati saya nak sgt balik cheras,

pape pun en.laloque dah pesan awal2, balik cheras tp takleh tido sana, sbb ahadnya dia kena balik rantau pulak, almaklumlah kenduri kahwen adik ipar saya 11hb ni jer, dah tentu2 lah ada kenduri berkampung kemas2 segala kan

mujur jugak weols balik sabtu malam ahad tu tau, sbb mak mertua saya malam2 tu admited masuk spital seremban, tulang dia lari, sekali xray, dah teruk, patut la beberapa hari ni dia mcm sakit sgt2 tak leh bgn semua, ada hikmah kenapa pulang awal kan. muka en.laloque risaukan omak eh toksah cakap la mcm mana, dalam kereta diammmmmmmm jer, pastu ckp "apsal la hospital takleh melawat malam2" sedih pulak saya tgk masa tu, tp saya diam jer la, kejap2 saya tanya "papa ok tak?" dia angguk jer... alahai syahdu betul

ok2 berbalik kepada cerita asal saya balik cheras tu kan

saya kan tgk kaklang aka BigMouth tu letak gambar kteow goreng dia yang sgt maveles tu dalam blog, so alang2 nak balik cheras ni saya sms la dia, ckp saya nak balik cheras, suh dia masakkan kteow, dia balas "ok" jer

so bila sampai rumah mak, mcm biasa weols borak2 semua, saya tgk baby hakim lagik, borak2 ngan kak ida semua, sorang2 family saya balik, lama2 rumah jd sgt riuh

petang tu mak saya tanya, nak makan apa, wahhhhhhhh... dan2 tu saya buat permintaan nak makan sup tahu + fishball, pastu mak saya nak wat tomyam sekali, en.laloque ditugaskan untuk beli2 barang2, sobab eh bini dia yang over nak makan itu ini kan ha apa lg beli lah! keh keh keh

masa en.laloque keluar gi beli bahan2, kaklang pulak balik dengan bahan2 nak makan kteow goreng ngan mee goreng sekali

hahahaha........ tu sape yang mengada2 nak makan semuanya ni, semua ANDAK nak makan wakakakakaka

see MEREKA SGT MEMANJAKAN SAYA KAN... apa saya nak makan semua dpt... ohhhhhh i likeeeeeeee... atam sila jeles wakakakakaka

sbnrnya rasa bersalah jugak, yelah mcm menyusahkan pulak, last2 saya ckp kat mak saya, "mak tak payah la masak sup tahu + fishball tu" yelah wei dah byk sgt, saya takut saya tak makan jer nanti, tp mak saya tetap nak masak jugak, dia ckp "takpe mak masak sikit jer, bg rasa" alolololo so sweet kan mak saya, almaklumlah saya nak teringin nak makan dari minggu lepasnya lg, tu yang agaknya mak saya tak sampai hati kalau tak masak tu... aolololo terharu la you

dan seperti biasa, saya adalah melepek ketika semua orang tgh bertungkus lumus masak, tp saya tetap lepak kat dapur jugak, konon nak teman depa masaklah, sudahnya kena halau ngan kaklang, "dah la tu andak, ko pegi la kat depan tu, kang ko bau2 ni kang ko muntah" hahahah memang betul pun ai muntah2 masa tu, giler bau macam2, uwekkkkkkkkk uwekkkkkkkkk bau minyak bau tumis memang sgt meloyakan :p sudahnya saya lari jugak, bila dah siap jer

"ANDAKKKKKK TURUN MAKANNNNNN"

hahahaha... itu mmg jeritan yang acik nanti2 kan

sedappppppppp sedapppppppp sedapppppppppp


gambar2 adalah dicuri dari blog atam sbb saya tak kose nak amik2 gambar, memandangkan saya bukan lg blogger tegar buat sementara waktu ni kan :p, nanti saya dah sihat saya tegar balik yer

waktu makan adalah sgt best, sbb weols satu family besar berkumpul di dapur sambil makan makan makan, sambil kutuk mengutuk, nak2 plak ahli keluarga dah bertambah dua orang kan, baby hakim dan ciput, terasa betul kemeriahan berganda tu

lepas makan saya terus pulang ke seremban

terima kasih kaklang sbb masakkan untuk andak, terima kasih mak sbb masakkan untuk andak jugak, terima kasih kakcik sbb buat kuih apa ntah nama dia :p, terima kasih akak sbb sgt rajin (rajin tu termasuk dalam program diet akak kah??? hikhikhik), terima kasih kat uteh sbb tolong kupaskan mangga untuk andak, alah pendek kata terima kasih kat semua lah kang ada lak kecik hati kang hikhikhikik

ok tu jer daaaaaaaaa... nantikan next update saya ntah bila akan muncul hikhikhik, nak gi baring balik :p

i miss u olsss...

oh yer, yang tanya2 soalan kat saya pasal backup blog tu kan, tolong bukak entry2 lepas tu boleh tak, saya tak sempat la nak balas, soriiiiiiiiiiiiii

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

11 komen[s]:

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

family kak vp mmg beshh wo..meriahh sgtt...

Musliha said... [Reply to Comments]

keluarga besar..
best kan..

lily lotus said... [Reply to Comments]

hehe..mcm kedai mamak..main order jer..takpe rezeki baby tu :D

Ceera said... [Reply to Comments]

atam tak buat permintaan pun.. cuba atam buat.. mencecet2 dorang nak masakkan untuk atam tauuuu

MasNurin said... [Reply to Comments]

salam,
bestnya tengok mee goreng tu. mak dan adik2 saya sume jauh2. Huhuk

fealize_eleanoer said... [Reply to Comments]

ok vp..jaga kesihatan yer...

byk2 kan berehat dan makan makanan berkhasiat...

:)

Mrs.Khairul Niza said... [Reply to Comments]

bestnyer dah uwek2...salam perkenalan dari ira keys...

CuTeMiUt78 said... [Reply to Comments]

Takpe la kan vp, sekali2 diaoarg manjakan vp..

lillies said... [Reply to Comments]

bestnye.....happeningla family akak...!!!meriah...!!

wanie said... [Reply to Comments]

untung vp...best family vp..semua rapat

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

yashhhh kalu masa ngandung ni mmg lah mnintak apa dapat.. yelah kalo kempunan kang lelh je air lior baby tak ke susah nanti weh.. :D neway mmah semoga sihat plak lepas ni.. sabo ye... akak doakan supaya cepat je rasa masa berlalu buat mmah... tengok2 dah deliver gitu :D

to lalowue semoga cepat sebuh bonda anda ye... amin...







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^