Follow Viruspadu

Wednesday, January 28, 2009

rombongan cik kiah ke shah alam

hari tu saya bukak blog kaklang, ternampak pulak amaran ni ha

"Hari sabtu ni ade lori.. so, hari sabtu ni, boleh lah angkut barang!!!
PERHATIAN TUK ADIK BERADIK KU, SILA FREE KAN DIRI ANDA SUMER TUK MENOLONG AKU TUK ANGKAT BARANG2!! JASA KORANG SUMER AKAN DI KENANG.."

ha dah baca tu tak reti2 ke nak balik cheras tolong kan, masa saya pindah dari serdang ke seremban dulu kaklang banyak tolong weols kan, so kali ni takkan nak buat2 tak baca pulak kan, nak2 plak en.laloque pulak ajak balik cheras sbb dah few weeks tak balik kan, dah dia ajak tu saya balik la kan, lg la saya suka, takkan nak tolak pulak kan, lgpun saya duk dalam kereta jer pun, cuma cabaran saya adalah nisa la, dia henyak2 perut saya dalam kereta, tu yang tak tahan tu

weols sampai rumah kul bape ek? erm disbbkan zack-u keje kan, kena la tunggu dia abis keje dulu baru leh balik kan, so dalam kul 1 baru gerak, dalam kul 2 lebih sampai la cheras

tanya2 mak, lori dah sampai kat rumah kaklang, en.laloque mcm dah paham2 la kan, terus dia gi nolong angkat barang, saya pulak pandai2 la bawak diri, duk umah mak saya, saya ni kalau ikut kang lg buat masalah jer, susah lak en.laloque nak buat keje dia kang

gambar2 ni saya curik lg dari blog erieq hikhikhik sbb saya tak ikut dorang punggah barang kan, so mana nak ada gambo2nya

ha tu dia rumah baru kaklang, very the besar tauuu kagum ai


lorinya kecik jer, sbb kaklang tak plan nak angkut semua barang kat rumah lama dia, dia plan nak beli baru, huhuhuhuh rumah baru harus perabot baru2 gitu kan, bila lg nak merasa barang baru2 hiks, alah lgpun rumah lama tu pun rumah dia kan, ada sape2 nak kisah barang2 dia jugak yang tinggal


dorang ni tgh buat lawatan keliling rumah ke hape masa ni kan

en.laloque borak2 ngan jiran depan rumah mak saya, namanya abang jamal, abang jamal ni baik sgt ngan keluarga weols, dah mcm sedara mara pun yer jugak weols rasa, jiran terbaik katanya :p

ni geng2 kelendan lori angkat barang minum2 dulu la gamaknya lepas penat2 angkat barang tadi kan, ish kira sikit la jugak barang2 nya kan seb baik tak angkut semua, banding dengan angkat barang2 saya pindah dulu,

penat sgt gayanya laki gua, tersandar mcm tu sekali

haaa... lepas tu depa balik la cheras balik, malam tu kan weols gi rumah atam kan makan2, terus ke rumah kaklang, kali ni saya dah igtkan en.laloque supaya bawak kamera, suh dia amik gambo, so baru lah ada gambo2nya ni ha...

hahahah sampai2 jer terus penuh rumah kaklang tau, tgk masing2 tawaf kat dapur baik punya,


nak naik tangga pun kena beratur ok hiks


bahagian atas


budak2 pulak sibuk nak bukak ps2, main game mar, takkan nak join makpak dorang gosip2 terkinja2 dalam bilik kot :p


kfc td tak habis, sambung makan kat rumah kaklang pulak hiks :p

nisa harus ngan mentor dia maksu :p

uteh, ciput dan ceera


weols sembang2, borak2, masing2 lepas tu capek sudah, kepenatan tau

weols balik ke cheras dlm jam 11 lebih mcm tu la

rumah kaklang memang besar, memang puas hati la, pada saya cukup besar untuk tinggal berlima kan, dan kita bersyukur dengan setiap rezeki kita kan, maybe pada orang lain rumah ni biasa2 ajer, tp pada yang berusaha mendapatkan rumah ni sudah pasti berasa puas dengan hasil usaha selama ni kan, wuiiiiiiii bukan senang nak beli rumah uolssss...

andak tumpang gembira dengan apa yang alang ada sekarang, alang senang andak turut berasa senang

bila nak buat BBQ?

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

11 komen[s]:

liwaniel said... [Reply to Comments]

cantik rumah baru alang..

ratna said... [Reply to Comments]

cantik & besar rumah alang tu. yer..betul ckp vp, bersyukur di atas rezeki masing2.

mamazana said... [Reply to Comments]

rumah tu kat atea Taman Pinggiran USJ ke? Dekat rumah i la...

mamazana said... [Reply to Comments]

rumah kak lang tu dekat area Taman Pinggiran USJ kan..?? Dekat area umah i la kak lang.

Gina said... [Reply to Comments]

zaimah..umah alang tu kat mana ? lawa la umah die..dah rezeki alang mendapat rumah yang luas untuk anak-anak dan juga keluarga

Liza said... [Reply to Comments]

cantik ler rumah alang, story ler skit pasal decorating rumah baru, topik faveret tu

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

besa uma br kak lang...

Mommy Lily said... [Reply to Comments]

besarnya umah dia..kagum kagum

zino said... [Reply to Comments]

kat area mana rumah tu.. susah nak dapat rumah teres sekarang ni .. gere pun bukan main lagi..

mak budak said... [Reply to Comments]

ni pinggiran usj ke? sbb my sis pun kat situ

Zaleha Ismail said... [Reply to Comments]

Nampaknya akak ni berjiran dengan kak lang VP... dia jalan pinggiran USJ berapa? Akak USJ1/5.... Jemput datang rumah akak VP.....







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^