Follow Viruspadu

Thursday, January 08, 2009

saat mendebarkan...

Baru sebentar tadi (jam 10.45 malam - 8 Januari 2009) berlaku kejadian mengemparkan. Sejak petang tadi, aku ngan Nisa balik ke Rantau selepas waktu pejabat. Ada urusan sikit. Tinggal la di rumah si VP dan si Sepet. Lagi pun VP masih lemah dan mabuk teruk.

Selepas urusan selesai di Rantau, aku balik dan sampai depan pintu rumah jam 10.30 malam. Nisa dah tido sejak dari perjalanan. Beberapa minit berselang, jiran depan rumah aku sampai. Mungkin dia satu family gi makan2 kat luar.

Tiba-tiba dia jadi panik dan isteri dia berlari keluar. Aku yg sedang mendukung Nisa untuk masuk ke dalam rumah turun terperanjat. Perasaan busy body dan ingin tau meruwap2. Aku tanya naper... dia cakap... pintu dapor dia terbukak!!!!... dia syak ada pencuri!!!!!

Cepat! cepat! call Polis.... Call org lelaki yg kenal... panggil jiran2 untuk bersama2 masuk ke rumah tgk sama ada pencuri masih ada atau tidak.

Dia ckp dia nampak kelibat org lari keluar dari dapur. Aku yg masih mendukung Nisa... cepat2 masuk ke rumah. Apa2 hal.... selamatkan Nisa dulu!!!

Beberapa ketika jiran2 yang lelaki ke luar. Ada bawa kayu. Ade bawa penyapu. Ada bawak kayu hoki.... Aku bila tgk dah ramai org keluar... aku terus masuk jer la. Kunci pintu cepat2 dan pastikan VP, Nisa & Sepet selamat... Aku cuma ngintai dari tingkap jer...

Dari tingkap bilik aku nampak keta polis sampai... OK dah selamat.

Sejak dua menjak nie, area taman aku byk kes kecurian. Dari kes kecurian itu aku dapat buat andaian @ conclusion....
1. Kesemua rumah yg dimasuki pencuri aku dapati sama ada baru ditukar cat baru atau baru selesai buat renovation.
2. Kesemuanya mengunakan khidmat pekerja asing untuk cat rumah atau renovate

Jadi aku syak.... kerja org dalam nie.... org yang buat kerja mengecat atau renovate tu. Amik kesempatan dengan menganalisa keadaan rumah dan ruang serta peluang untuk menyamun! So berhati-hati la uols...
Papa Alesha dan An-nisa Abriza: Suami Viruspadu

17 komen[s]:

Mata Hati said... [Reply to Comments]

hati-hatilah selalu..perkara2 mcm ni mmg dok leh dielokkan

masa ni lah pentingnya semangat kejiranan..sama2 tolong menolong

wanie said... [Reply to Comments]

sekarang ni makin banyak kes pecah rumah..kena sentiasa berhati2..nak dok rumah sorang2 pun takut

PuteriSatu said... [Reply to Comments]

aduhai...ri tu umah faina kat Acacia park nilai...dia pun syak warga asing...tapi klu ikutkan kes pecah rumah ni..memang majoriti yang buat keje tuh..warga asing...sepatutnya diorang ni...dah nak cari makan halal kat sini...menumpang kat negara kita ni...seharusnya sedar diri..ini tidak....tak tahu nak kata la...

Ceera said... [Reply to Comments]

eeeeeeeee bahayanyeeeeeeeee.. hati2 tau...

sheila said... [Reply to Comments]

itu namanya sambil menyelam minumlah air sikit..kalau tak nanti haus hohoho

mannira said... [Reply to Comments]

dapat ke tangkap penyamun tu..kerja kan dia secukupnya jahat betullll...org dah kasi cari makan..buat jahat plak kat negara org...isshhh...

:: p R i n c E s S _ N :: said... [Reply to Comments]

aduh makk..doa2kn x de pape y buruk blaku...

Ogy said... [Reply to Comments]

bahaya la skarang ni....

emmy said... [Reply to Comments]

la en laloque, naper tak jadi hero? ni dia lak lari masuk umah...tp mmg kat byk tpt dia punya modus operandi mcm tu...org2 yg kita suh buat keja yg dtg blk ngerjakan rumah kita...cissszzz...jejaga...konci la pintu dpn blkg n balkoni (kalu ada) selalu....

lily lotus said... [Reply to Comments]

harap2 Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga..aminn

HadSha said... [Reply to Comments]

yes saye setuju,, coz my uncle house pun kene pecah masuk lepas renovation.... satu subuh, ade lagi orang nak panjat bumbung dier... memang kerja orang yg renovate rumah die.. coz die tau lobang mane die leh masuk... haiya... bahaya2..

Munirah Abd said... [Reply to Comments]

betul tu!!!
my jiran pun kena lepas buat renovation!!!
kena pukau!!
siap pintu depan punya kunci pun tau..pada hal segompol kunci yg byk..!! bahaya skang ni!!

Mak Su said... [Reply to Comments]

hati-hati.... perhaps pekerja asing punya kerja ler tu

AQisH said... [Reply to Comments]

adoiii takutnya lahh..saya pon baru reno rmh dan baru pindah tak sampai sebulan lg..tp bila dah siap org cat semua nih..mmg kitorg tukar kunci mangga semua..

Liza said... [Reply to Comments]

dah penah kena, rumah kena pecah so masih lagik fobia sampai skrg

PerantauSepi1306 said... [Reply to Comments]

laloque.... we ol dulu lepas wat reno terus tukau mangga or kunci rumah yang baru koz takut gak org2 reno tu wat duplicate key kan.. at least kita berjaga-jaga jugak kan...

anyway take care ye and kem salam kat mmah jugak.. semoga dia semakin ok hendaknya.

Mrs.Sheikh said... [Reply to Comments]

pehh suspen...ingat sesuatu jadi kat zaimah...:D







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^