Follow Viruspadu

Friday, February 20, 2009

lempeng kelapo dan Tips Membersihkan Hati

kelmarin kot, tp dalam minggu ni la, salah sorang opis mate saya, si pejal ni ha bawak lempeng tau uols

terus saya teringin pulak nak buat lempeng sendiri tau :p

gigih search kat google, jumpa la fotopages ni ha... maseh la yo, info anda sangat membantu saya tau, sok saya nak try lalalala... dan hasil lempeng kelapa saya nanti, harus saya blogkan yer, jadi tak jadi belakang kira :p

dicopy paste dari fotopages mama fami, harap tuan punya fotopages mengizinkan :p

LEMPENG KELAPA

Bahan-bahan :

500g tepung ~ diayak
200g kelapa parut
garam
air secukupnya
sedikit minyak

Kaedah penyediaan :

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak sehingga mendapat sederhana pekat.
2. Panaskan kuali leper dan lenserkan dengan sedikit minyak.
3. Tuangkan sesenduk bancuhan ke atas kuali dan leperkan setebal 1/2 cm.
4. Apabila telah kekuningan, terbalikkan lempeng dan biarkan masak.
5. Alihkan daripada kuali bila kedua dua belah telah masak dan ulangi proses di atas hingga semua bancuhan selesai.
6. Enak dihidangkan bersama Sambal Ikan Bilis

yummyyyyyyyyy...

tepung memang dah ado kek umah tu, tp kelapa takde pulak, pagi2 sok lepas hantar sepet gi keje boleh la cari kejap :p

tak sabar pulak nak try :p

semangat! semangat!

dan ini Tips Membersihkan Hati yang saya copy dari website motivasi
  • Beribadat dengan benar, seikhlas hati
  • Berakhlak baik
  • Menimba ilmu tanpa henti
  • Bekerja keras cara bijak
  • Bersederhana dalam hidup
  • Ringan tangan membantu sesiapa sahaja
~ harap2 hati kita semua bersih kan, jgn cepat buruk sangka kat orang kan kan...

sekian dari ustazah zaimah

Mama Alesha dan An-nisa Abriza

6 komen[s]:

rillys said... [Reply to Comments]

sejuk mata baca cara2 bersihkan hati tu..semoga terus jadi amalan kita...

laloque said... [Reply to Comments]

ok... sok mkn lempeng... yahoooo

amizah said... [Reply to Comments]

balik nanti nak buat jugal laaaa...

~ gyena~ said... [Reply to Comments]

wah, mcm sedap. nk try buatlah

[[ yong ibu chem ]] said... [Reply to Comments]

paling best kalau masak atas daun pisang!!!

gilerrr best!

Rozeela Zain said... [Reply to Comments]

lempeng kelapa.. my favourite tu... imah ni wat akak ter'mengidam' jee.. mana la akak nak carik kelapa parut kat jepun ni.. huhu.. nampak gayanya kena la peram dulu "mengidam" akak ni sampai tahun 2011... huhu.. lama lagi tu.. imah, make sure beli kepala muda tau... lagi kaw kaw.. dulu2.. masa kat kg. kami guna kelapa muda yg baru amik kat pokok tu.. alaa.. kelapa yg org jual2 kat pasar tu... pastu gunakan sudu utk amik isinya.. isi kelapa ni lagi manis dan lagi kaw2.. pastu gunakan air kelapa tu utk gantikan air utk bancuh tepung ngan kelapa tu.. yummy.. yummy..







Related Posts with Thumbnails

Penafian @ Pemberitahuan

Kebanyakan entry adalah dikarang pada malam hari selepas anak saya tido dan akan di auto publish pada siang hari. So jangan ingat saya ni mcm takde kerja lain asik mengupdate blog okey, saya membizi keje. SEKIAN dimaklumkan.

Segala isi kandungan dan gambar-gambar di viruspadu's blog ini tidak boleh ditiru, dihasilkan semula dalam bentuk-bentuk lain, dipindahmilik, dicetak, disimpan atau digunakan semula. Setiap rujukan hendaklah memberi kredit dan/atau rujukan kepada viruspadu's blog. SEKIAN dimaklumkan sekali lagi

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

^_^